Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu 21-22 Oktober

on Friday, September 12, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu yang julung kali diadakan bulan depan diharap mampu memulihkan kuasa politik orang Melayu yang dilihat semakin lemah, di samping menyatupadukan Melayu secara keseluruhan.

Pengerusi penganjuran Kolonel, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kongres pada 21 dan 22 Okt itu akan mengumpulkan semua resolusi yang akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi dipertimbangkan untuk pelaksanaan.

"Kuasa politik Melayu pada hari ini dilihat semakin lemah dan kami mahu kongres ini mampu mengubah senario semasa orang Melayu dalam negara dan juga menyatupadukan orang Melayu daripada semua segi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kongres dua hari itu dianjurkan oleh Majlis Profesional Melayu dengan kerjasama Kelab Warisan Melayu, Prished Consultants dan Badan Kebajikan Anak-anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan itu akan diadakan di Dewan Besar, Wisma Persatuan Sejarah Malaysia, Jalan Tun Razak di sini.

Kamarudin berkata, penganjur terpanggil untuk menganjurkan kongres yang julung kalinya diadakan ini sebagai sumbangan bakti kepada kerajaan pusat.

"Pada masa dulu, jarang-jarang sekali kerajaan meminta atau menjemput profesional Melayu sebagai satu badan khas bagi memberikan pendapat dan idea dalam usaha pembangunan negara, dan sekarang rasanya sudah tiba masa untuk kita tampil membantu," katanya.

Beliau berkata 12 kertas kerja akan dibentangkan dalam kongres itu dan antara pembentang ialah Lt. Jen. (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said, Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob dan Ekram Sanusi.

Katanya, peserta kongres itu terbuka kepada golongan veteran serta golongan muda profesional Melayu, dan orang ramai yang berminat menyertainya boleh menghubungi sekretariat sebelum 30 September ini dengan menelefon 03-42527679.

- Bernama

p/s -kepada rakan2 blogger,ahli2 UMNO yang masih lagi sayang bangsa Melayu ,ayuh sertai sebagai peserta Kongres Masa Depan Melayu pada 21-22 Oktober bagi membincangkan masa depan Melayu dan mengemukakan resolusi kepada Yang Dipertuan Agong dan PM. Aku pun teringin pergi ke sana juga untuk melihat sendiri biar la aku nun jauh di Utara tetapi atas semangat sayang kepada bangsa dan masa depan anak cucu kita kita perlu bincangkan perkara ini kerana kita masih lagi berkuasa.Jika tidak berkuasa ,tiada guna lagi bincang semua ini . Hidup Melayu !!!


One Response

  1. Confirm !!! aku menyertai Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu . aku pun dah berjaya ajak bos aku pun masuk sama..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.