Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah

on Friday, September 5, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.

Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu.

"Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu. Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang Porigi dan kedua-dua akhbar tersebut," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kenyataan Ramlang Porigi melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam," katanya.

Beliau berkata keduadua penerbitan itu tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan artikel temuramah mereka dengan Ramlang.

"Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya," kata Khairil Annas.

Pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Ramlang, dan "tidak pernah pada bilabila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."

"Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," katanya.

Khairil Annas berkata pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Ramlang merupakan saksi pada majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari yang mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramlang bagaimanapun pada 24 Ogos lepas telah turun berkempen untuk Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa beliau telah diarah untuk menjadi saksi pada majlis itu, dan turut mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari itu tidak sah.

Bagaimanapun keesokannya, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

Sementara itu, Ramlang dalam temuramah dengan Suara Keadilan dan Siasah mendakwa pegawai khas Najib mengarahkannya menjadi saksi kepada sumpah Mohd Saiful Bukhari itu.


ulasan-aku memang dah ramal ustaz ramlang ni memang diperalatkan PKR dan Anwar memang bijak selepas saiful sumpah dia mencari point yg boleh matikan sumpah itu dgn mencari Ramlang ini sebagai benteng nya.


2 Responses

  1. UTk pengetahuan hang..slps sumpah sampah tu ..geng2 reform blogger cr siap yg jd saksi ni last2 dpt info dia sebar di internet..siap add,friendster ,pengundi pmtg pauh ,bljr manabil ulum ..

    pastu rmi org call mrh kn ustaz ni..krn jd saksi dan dia rasa tertekan dan tampil wat penjelasan..utk bersih namanya..malu pd masyarakat.Namanya sdh bersih..atas pendedahan tu..

    Khairil annas ni la yg bergambar dgn sefol..dpn pjbt TPM...

  2. Anonymous says:

    itu aku pun tau,ni semua keja anwar dan konco2 nya .mereka akan cr kelemahan ustaz ni dan attack dia. tp ustaz ni bodoh juga kerana hang sbg seorg ustaz ,dugaan besar ni pun hang tak boleh hadapi ..mcmana la bolh jd ustaz.

    utk bersih nama ,p la jmpa mufti KL minta wat press conference bersih nama hang .bukan p matang pauh dok sebelah anwar ceramah ..itu bukan bersih nama tp agenda politik .bila dok sblah anwar mula la ckp kena diarahkan oleh pegawai khas TPM la,sy rasa saiful spt rasa tak bersalah .. nampak sgt la ustaz duit juga dia ni mcm hangpa ckp kat ustaz firdaus .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.