Habuan seks =sedekah

on Wednesday, September 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




MASYAALLAHHHHHHH..MENGUCAP MENGUCAP..ZINA HANG KATA SEDEKAH !

aku terkejut kenyataan yang tidak beradab serta memalukan umat Islam oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yang mengaitkan ungkapan “sedekah” dengan pemberian tiga wanita China berhubung dakwaan rasuah yang dihadapinya bersama Exco kerajaan negeri bulan lalu.


"“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya."

Pemuda UMNO Perak

Ketua Pemuda UMNO Perak, YB Zainol Fadzi Paharuddin menyarankan ahli PKR tersebut, Fairul Azrim Ismail, 30, bertaubat dan beristghfar serta kembali kepada landasan Islam yang sebenarnya.

Menurutnya, sebagai orang Islam individu berkenaan seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu yang secara terang-terangan memalukan umat Islam.

"Kita mintalah ulama-ulama Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah individu berkenaan. Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas terbabit mencari dalil dan alasan yang sewajarnya untuk menutup perkara berkenaan.

"Pengakuan secara jujur telah keluar daripada mulut individu berkenaan. Maknanya benarlah amalan rasuah telah berlaku di dalam sebuah kerajaan yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan", ujarnya.


"Malah kepada Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…...pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang di dalam Islam. Matlamat menghalalkan cara", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah,dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah. Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks.


One Response

  1. Anonymous says:

    Betul tu.

    Dalam UMNO, betapa benar sekalipun sesuatu tuduhan atau skandal seks, para pemimpin atau ahli UMNO yang terlibat akan bermuka sardin atau berwajah selamba je, mcm tak berlaku apa-apa. Mengaku pun idak, menafikan pun idak, apatah laie nak letak jawatan. Chua Soi Lek gak yang gentleman ( eh, lupa lak, dia bukan ahli UMNO ! )

    Tapi lain plak ngan kes PKR ni, mereka telah maju setapak lagi dengan mencipta fatwa dan menyalahkan orang lain pula.

    Mungkin reaksi berwajah selamba dan bermuka sardin dah di copyrighted oleh UMNO kot.

    Dunia, dunia .. apa mau jadi ?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.