PULAU PINANG: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail hari ini menjelaskan bahawa beliau bukan seorang bersikap perkauman dan kekecohan yang timbul ekoran kenyataannya mengenai masyarakat Cina baru-baru ini berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.
Beliau mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman pra merdeka semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh 23 Ogos lalu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) membuat komen melulu tanpa usul periksa.
Katanya adalah tidak adil beliau dibicarakan di dalam mahkamah media dan didapati bersalah serta dihukum tanpa penjelasan diperoleh daripadanya dan pemberita berkenaanlah yang seharusnya dipersalahkan kerana menjadikan ia sebagai perkauman.
Bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri 13 ketua dan wakil Umno bahagian di Pulau Pinang serta para penyokong parti di Menara Umno di sini, Ahmad kesal kerana ceramahnya mengenai fakta sejarah bagi membangkitkan kesedaran kepada orang Melayu dan anggota Umno mengenai perjuangan bangsa Melayu disalah lapor oleh pemberita berkenaan.
"Saya tidak akan meminta maaf di atas kesalahan yang dibuat oleh pemberita berkenaan. Saya tidak bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya bahawa orang Cina adalah penumpang di Tanah Melayu sebelum merdeka dan sememangnya bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang di sini ketika itu," katanya.
Ahmad berkata beliau berdiam diri selama ini kerana mahu menilai dan melihat perkembangan isu ini dan kebetulan beliau berada di Bangkok kerana membawa pasukan sepak takraw negara menyertai Kejohanan Sepaktakraw Piala Raja Thai.
"Saya membuat keputusan tidak mahu terburu-buru memberikan kenyataan balas seperti mana beberapa pemimpin Cina yang membuat komen melulu dan tidak berasas yang menampakkan ketidakmatangan mereka dan memanaskan isu yang tidak berasas ini," katanya.
Ahmad berkata ucapan itu dibuat sebagai penjelasan kepada masyarakat Melayu mengenai pentingnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikekalkan berikutan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan DEB dan kononnya mahukan kesamarataan.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata ucapannya menceritakan bagaimana British menjajah Tanah Melayu dan membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombong bijih timah dan India di ladang-ladang getah.
"Kemudian British telah membangunkan kawasan yang didiami oleh orang Cina dan membina klinik, hospital dan juga sekolah di kawasan itu sehingga membolehkan orang Cina mendapat pelajaran lebih awal daripada orang Melayu.
Selepas 10 tahun merdeka pula, katanya jurang ekonomi antara kaum Melayu dan Cina begitu ketara sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 yang meninggalkan kesan mendalam dan pahit kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Semasa menuntut kemerdekaan, orang Melayu telah rela dan sanggup memberi hak kewarganegaraan kepada orang Cina dan orang Cina juga bersetuju hak dan ketuanan Melayu tidak boleh dipertikaikan dan agama Islam menjadi agama rasmi negara. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui," katanya.
"Maka, saya tidak bersikap perkauman. Saya mempunyai ramai kawan Cina dan India bukan sahaja dalam politik, sukan dan perniagaan tetapi dalam kehidupan seharian. Saya tiada masalah hubungan dengan mereka.
"Saya tidak akan meminta maaf dan saya juga tidak mempunyai sebab untuk meminta maaf dengan sesiapa pun dalam isu ini. Saya tidak membuat apaapa kesalahan," katanya.
Ditanya mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya beliau meminta maaf dalam tempoh seminggu ini, Ahmad menegaskan: "Perdana Menteri selaku pemimpin besar kita dan juga Pengerusi BN terpaksa menjaga hati parti-parti komponen. Walaupun saya menyokong Perdana Menteri dan sayangkan beliau, saya kena mempertahankan prinsip saya dan semua ketuaketua bahagian di Pulau Pinang bahawa saya tidak akan meminta maaf." BERNAMA
pejuang bangsa- Tahniah Dato Ahmad Ismail ! anda telah menjadi seorang pejuang yg berpegang kepada prinsip dan tidak mudah tergugat dengan seluruh negara menekan anda. Pejuang Bangsa menyokong Dato Ahmad Ismail supaya tidak meminta maaf kerana yang bersalah adalah media itu yang mempunyai agenda untuk menimbulkan isu perkauman .Ceramah Dato Ahmad adalah berkisar mengenai sejarah iaitu dari zaman pra merdeka hingga penubuhan DEB dan beliau mahu orang melayu flashback balik kepada sejarah semula. Memang benar kaum cina sebelum merdeka adalah pendatang dari tanah besar mereka ke sini dibaa oleh British untuk berkerja di lombong2 dan seterusnya menjadi rakyat negara setelah mencapai kemerdekaan . DAP yg buat laporan polis tu sudahla jangan tunjuk hero kerana yang putar belit dan buat aniaya orang lain adalah media . Kalau sapa yang ada di ceramah beliau tentu faham maksud dan intipati ceramah Datuk Ahmad Ismail itu .
Ahmad: Saya tidak bersikap perkauman, isu perkauman timbul kerana salah lapor akhbar
on Saturday, September 6, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
September
(43)
- Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009
- Mukhriz tonjolkan kewibawaan sebenar BERANI BERUBAH
- Mengapa peralihan kuasa 2010 mesti dipercepatkan ??
- Syukur turun 10 sen -hadiah Raya untuk rakyat
- Apabila gila mereka semakin menjadi-jadi
- Habuan seks =sedekah
- UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak La...
- Apakah tanpa Pak Lah UMNO bertambah baik ??
- Pemuda perlu jadi wadah generasi muda-KJ
- Fairus mahu saman Siasah
- 23 Sept pulak
- KJ umum bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia "Set...
- PM tukar portfolio dengan Najib- apa tandanya ???
- Anwar Bohong Rakyat dan ancaman kepada negara -PM
- Ujian Paling Getir buat Pak Lah
- Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita
- Propaganda menakluki minda
- Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu 21-22 Oktober
- Di sebalik 3 tahun hukuman
- Khir Toyo: Biar polis siasat
- SELAMAT KEMBALI PEJUANG BANGSA MELAYU
- Tun Dr Mahathir dicadangkan menjadi Penasihat UMNO
- Syabas Tsu koon kerana memenangi permainan ini -Ah...
- Pejuang Umno Ahmad Ismail digantung keahlian 3 tahun
- Isu sebenar Datuk Ahmad Ismail
- Tun Dr Mahathir kembali ke UMNO
- Waspada Banjir besar
- Mukriz bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia 'Bera...
- Ancaman kepada Melayu
- Zahid: Umat Islam tidak akan diam bila agama dihina
- Realiti Sebenar MB Perak
- Ketua Polis Negara nafi khabar angin dakwanya naza...
- Ahmad: Saya tidak bersikap perkauman, isu perkauma...
- Rentetan Sejarah 2 :Sebab Penentangan Malayan Union
- Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur maj...
- Mahukah Kita Terima Maaf Lim Kit Siang?
- 16 SEPT.= REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)
- Rentetan Sejarah 1 : Malayan Union
- Perjanjian sulit Abdullah-Haji Hadi
- Pemisahan Singapura daripada Malaysia
- Isu Datuk Ahmad dan Melayu dituduh perkauman
- Najib, Muhyiddin sentuh strategi selamatkan BN
- ADUN N.Sembilan ditahan BPR
-
▼
September
(43)
Kiter sepatutnyer memerlukan lebih ramai pemimpin melayu macam Dato Ahmad nie..
Pemimpin Melayu yang berani memperjuangkan Bangsanyer..
Tidak takut pader tekanan..
Berpijak kepader kebenaran..!!
Hidup MELAYU..!!
betul tu yuznizam, saya kenal Datuk Ahmad semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh dan beliau menjadi Bapa Angkat kepada peti undi kawasan saya.Secara peribadi ,Datuk Ahmad seorg pemimpin Melayu yang berkarisma ,tegas dan mempunyai prinsip dalam perjuangannya.Beliau sangat mesra dan tidak sombong kalau siapa yang pernah bersua muka dengan beliau.
Saya yang tinggal di PP dan di Permatang Pauh ,saya melihat sendri kemiskinan dan kemunduran melayu PP dan pemimpin melayu khususnya UMNO di PP cukup menyedari akan hal ini untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak melayu . PP kini diramal akan menjadi Singapura ke 2 dan perkara pertama dihapuskan ialah DEB .
Berani kerana benar !!!
Hidup Melayu !!!