16 SEPT.= REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)

on Thursday, September 4, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

. PADA awal tahun 1960an, Lee Kuan Yew telah mendesak Kerajaan British di London Komanwel supaya mendesak Tunku A. Rahman untuk menerima Singapura menyertai Malaysia. Dalam pilihanraya bandaran Singapura, Barisan Sosialis yang disokong Kesatuan-Kesatuan Sekerja Singapura memenangi kerusi melebihi kerusi PAP. Pihak Komunis akan memerintah Singapura jika LKY tidak membuat sesuatu, apatah lagi LKY berkali-kali menyatakan kepada British dia takut hidup dikelilingi oleh 200 Juta Melayu di nusantara Melayu ini.

2. LKY juga menyatakan sebab mengapa Melayu tidak diambil sebagai tentera dan polis Singapura. Menurut logik LKY, jika peperangan berlaku antara Singapura dengan Malaysia, askar Melayu Singapura tidak akan menembak orang Melayu Malaysia, sebaliknya jika orang Cina menjadi askar Singapura, mereka tidak kisah menembak orang Cina Malaysia!

3. Semasa BJ Habibie menjadi Presiden Indonesia, Singapura cuba mengugut Indonesia dan BJ Habibie memberi amaran supaya LKY melihat peta dunia, Singapura hanya satu titik merah sahaja. Selepas itu, LKY diam dan tutup mulut, mungkin kerana dia masih fobia dikelilingi lebih 200Juta Melayu. Begitulah Prejudisnya LKY kepada orang Melayu, sehingga orang Melayu tidak boleh menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Tentera dan Ketua Polis Singapura!

4. Di Malaysia, DAP + PKR beria-ia sangat untuk menjadi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri pada 16 September, walau dengan cara yang tidak Demokratik. Lim Kit Siang boleh buang saja buku tulisannya " The Crisis Identity of Malaysia" berkenaan Demokrasi kerana kini dia sendiri kini sudah bersetuju untuk jalan belakang. Presiden PAS dengan nada sinis berkata janganlah menjadi seperti Mat Jenin panjat pokok kelapa.

5. Apabila DAP berarak sambil melaung-laungkan slogan Anti-Melayu di Kg Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1969, rusuhan berlaku kerana mereka lupa tanah ini Tanah Melayu, mereka lupa negara ini ada Raja-Raja Melayu, mereka lupa negara ini mempunyai Rejimen Askar Melayu Diraja. Maka Mageran ditubuhkan dan negara Malaysia terselamat daripada ancaman DAP.

6. PRU12 sudah memberi mandat kepada BN untuk memerintah kerajaan persekutuan. Jika DAP mahu merosakkan mandat rakyat ini ( dengan terikut-ikut dengan Janji Manis Anwar yang sudah gila kuasa ) apakah anda fikir Rejimen Askar Melayu DiRAJA Malaysia ( RAMD ) akan berdiam diri? Jika DAP selalu mempersoalkan kredibiliti Pasukan Polis DiRAJA Malaysia (PDRM )apakah DAP juga berani mempersoalkan Rejimen Askar Melayu DiRAJA Malaysia?

7. Kong Fu Tze ( Confucius ) katakan gunakan Kelembutan untuk mendidik masyarakat yang Keras Kepala, manakala seorang lagi ahli falsafah China sezamannya Han Fei Tzu gunakan Kekerasan jika mereka Keras Kepala! Dalam Ucapan Bajet 209 baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia masih gunakan falsafah Confucius yakni gunakan kelembutan, apakah mereka paksa Perdana Menteri Malaysia gunakan falsafah Han Fei Tzu.

7b. Jika DAP fikir mereka sudah 100% kuat untuk menafikan Suara Rakyat dalam PRU12 ( BN=140, PR= 80, BEBAS=1 ) apakah Rejimen Askar Melayu DIRAJA akan berdiam diri jika negara dalam Huru-Hara?


jentayubaka.blogpsot.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.