Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2010-09-26

default

Guan Eng mahu rampas tanah di Balik Pulau bina IPT Cina dari Singapura

on Thursday, October 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

"Saya risau akan ada lebih banyak tanah terpaksa diambil untuk menyediakan kemudahan buat mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen sumbangan pakaian terpakai untuk mangsa banjir di Pakistan di sini, hari ini.

Difahamkan, tanah di kedua-dua kawasan terlibat terdiri daripada kebun buahan-buahan yang mempunyai pemilik dan membabitkan kira-kira 10 buah rumah.

Menurut Syed Amerruddin, pihaknya tidak menentang hasrat kerajaan negeri mahu membina universiti di negeri ini tetapi perlu dilaksanakan di kawasan lebih sesuai seperti di Bukit Jambul atau Bayan Baru.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula rancangan pembinaan universiti tersebut kerana kewujudannya nanti akan membawa lebih banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk tempatan.

"Jika projek pembinaan universiti ini diteruskan, saya rasa dalam tempoh 10 tahun lagi, tiada lagi kawasan hijau dan perkampungan Melayu di Balik Pulau," ujarnya.

Tegas Syed Amerruddin, UMNO bahagian itu akan berusaha menghalang pembinaan IPT berkenaan demi kepentingan alam semula jadi dan kedudukan kampung-kampung Melayu di situ.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan, Aziaan Ariffin menjelaskan, pihaknya akan membantah usaha berkenaan meskipun kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan rancangan itu.

"Setakat ini apa yang kita tahu tanah di kawasan Pondok Upeh seluas 16 hektar di tahap akhir untuk diambil-alih dan kerajaan negeri telah membeli tanah-tanah tersebut dengan harga hanya RM8 bagi satu kaki persegi berbanding harga pasaran antara RM16 hingga RM40.

"Bagi kawasan Kampung Genting pula, minggu lalu kita telah mengadakan perbincangan singkat dengan kira-kira 29 orang pemilik tanah terlibat.

"Mereka tidak bersetuju dengan pengambilalihan itu dan berhasrat menghantar notis bantahan kepada kerajaan negeri," jelasnya


Komen PB

Isu ini sudah lama didedahkan oleh blogger Penang dan nampaknya pembinaaan sebuah universiti Nanyang yang berkiblatkan Singapura semakin menjadi kenyataan . Hasrat DAP mahu Pulau Pinang menuju Singapura ke 2 semakin menjadi kenyataan .

Balik Pulau yang merupakan sebuah daerah ala kampung seperti di Kedah kini bakal menjadi bandar Cina jika dibina universiti dari Singapura . Bukan hanya setakat staf IPT ini berada di Balik Pulau tetapi ribuan pelajar Cina juga akan tinggal di sana.

PB pernah menghantar pertanyaan ini melalui twitter kepada Yusmadi , tetapi beliau hanya menjawab perkara ini tidak benar. tetapi sekarang sah lah Universiti dari negara Lee Kuan Yew yang selalu menghina negara bakal menjadi kenyataan !!




default

MMC mahu beli UEM Group , syabas Syed Mokhtar Al Bukhary !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila PB mendapat tokoh korporat Melayu terkenal , Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu membeli UEM Group merupakan langkah yang baik dan sangat dialu-alukan. UEM Group merupakan syarikat yang besar dimiliki Khazanah yang majoritinya stafnya adalah Melayu sehingga ke level top management !! Sekarang ini UEM Group diketuai oleh Datuk Izzadin Idris iaitu merupakan CEO dan MD UEM baru yang peramah dan very humble .

Syed Mokhtar pula merupakan pemilik MMC Corp dan banyak projek2 mega dijalankan oleh syarikat ini seperti contoh projek landasan berkembar keretapi Ipoh - Pdg Besar . Walaupun pelbagai kritikan oleh pembangkang yang dengki kepada jutawan Melayu ini kononnya kroni kerajaan , tetapi sebenarnya syarikat milik orang Melayu inilah yang berkemampuan yang PM katakan untuk menjalankan projek dengan usaha sendiri bukannya ali baba kan kepada syarikat bangsa lain .

PB juga masih ingat semasa di bangku sekolah menengah dulu , kelas tuisyen percuma oleh Yayasan Al Bukhary cukup terkenal dan mereka membantu anak2 Melayu yang lemah dalam mempelajari subjek kritikal seperti Matematik Tambahan , Fizik dan Kimia . Itu belum lagi kira masjid dan sekolah agama yang dibina oleh beliau untuk umat Islam . Ini lah tokoh korporat Melayu yang perlu kita banggakan kerana beliau walaupun kaya tetapi menolong anak bangsa . Roh Melayu adalah dalam jiwa Syed Mokhtar !! Jadi , PB mengalu-alukan hasrat MMC mahu membeli syarikat UEM Group ini .





KUALA LUMPUR, 5 Okt – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan yang ia sedang meneliti tawaran jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu membeli Kumpulan UEM Berhad, konglomerat yang menguruskan pemegang konsesi lebuh raya PLUS dengan mengambil kira rekod kewangan beliau.

Pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, kerajaan telah pun menerima cadangan daripada syarikat Syed Mokhtar, MMC Corp Berhad untuk mengambil alih syarikat tersebut. “Khazanah akan melihat pada semua aspek cadangan,” kata beliau.

“Kami juga akan melihat soal situasi apa jua cadangan yang dikemukakan dan rekod latar belakang pembeli,” kata beliau di sini hari ini. Laporan media yang tidak disahkan menyebut tawaran itu bernilai RM15.6 bilion. Semalam, MMC memaklumkan Bursa Saham bahawa ia telah memanjangkan tawaran mahu membeli UEM kepada kerajaan tetapi belum memaklumkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar menyertai konsortium usaha tersebut.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut Syed Mokhtar dipercayai telah menulis kepada Putrajaya untuk mendapatkan tanah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh dan pusat latihan polis di ibu negara - sebahagian daripada usaha beliau mahu mengambil alih konsesi-konsesi lebuh raya PLUS.

The Malaysian Insider difahamkan, MMC telah mengemukakan bidaan itu kepada Kementerian Kewangan Ogos lalu dan perkara tersebut telah dibawa kepada perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Kumpulan UEM Berhad dimiliki oleh Khazanah, badan pengurusan pelaburan kerajaan.

Bidaan mendapatkabn UEM hanya salah satu daripada beberapa usaha digerakkan oleh jutawan kelahiran Kedah ini. Difahamkan Syed Mokhtar juga telah menulis kepada kerajaan untuk membeli tanah seluas 1,200 daripada 3,000 hektar miliki Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh untuk dibangunkan oleh pentadbiran Najib di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selain itu, juga difahamkan tokoh perniagaan ini juga mahu mendapatkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini, yang menempatkan Muzium Polis dan pusat logistiknya untuk dimajukan

default

Melayu & Islam adalah dua ramuan sakti !

on Wednesday, October 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



PB cukup tertarik dengan artikel blog Sang Tawal Sakranta mengenai Melayu & Islam adalah Ramuan Sakti . Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan di Semenanjung Emas ini dan inilah merupakan kunci untuk menjadikan semula bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang hebat selepas dihancurkan oleh penjajah yang memutarbelitkan fakta sejarah .


Oleh :
Sangtawal Sakranta.




“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat…”
itulah antara titah Raja Dr Nazrin dalam Youtube dibawah: [ perhatikan pada minit yang ke 0.15 ].



Dengar baik-baik Titah Raja diatas pada minit ke 6.15 … “Barang simpanan Allah ; melayu islam di bumi ini…” itu adalah kata – kata seorang Raja yang menjaga amanah, terkeluar tanpa sengaja dari mulut baginda!

Bagi mereka yang benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan “Barang Simpanan Allah” ini sudah pasti akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja mereka yang menjaga amanah dan kesucian agama islam.

Raja-Raja Melayu tahu “Ramuan Sakti” itu adalah satu amanah Allah yang wajib dipertahankan sejak turun temurun lagi. Cuba perhatikan pada minit yang ke- 7.27… ia berkaitan dengan amanah yang perlu dipikul oleh seorang raja dan keturunanannya… … seperti titah Baginda :

“ bahawa yang perlu dipertahankan itu… bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang raja.. tetapi kerajaan baginda kerana tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah Negara … tanpa Negara apalah ertinya suatu bangsa…”

Barang yang disimpan sudah pasti akan digunakan bila tiba waktunya.

Pemegang amanah “Barang Simpanan” melalui auliya’ Allah sejak zaman berzaman sudah tahu bila masanya “Barang Simpanan” itu akan dikeluarkan dan digunakan!

Dajjal dan hamba iblis juga sudah tahu dari zaman berzaman “barang Simpanan” itu ada tersimpan di bumi Semenanjung Emas ini. Itu sebabnya awal-awal lagi Negara Singa di selatan tanah air kita telah dijadikan tapak utama mereka memantau kebangkitan “Barang Simpanan” itu.

Bila Raja semakin berilmu dan memahami islam, bila Raja semakin takutkan Allah, manusia akan takut padanya, bila Raja tidak memandang dunia, dunia akan mengejarnya… dan bila Raja bertemu Daulatnya yang sebenar … maka tunggulah saat kebangkitan “Barang Simpanan” di bawah naungan kerajaannya.




Akhir sekali , marilah kita renung kembali wasiat Raja-Raja Melayu demi memastikan “Barang simpanan Allah di bumi ini” kekal.

default

Sidang media Rahimi diserang penyokong Anwar

by Pejuang Bangsa
 - No Comments






Hari ini selepas Rahimi , pembantu peribadi Anwar membuat laporan polis di Balai Polis Klang , beliau mahu mengadakan sidang akhbar . Tetapi sidang akhbar beliau bersama peguamnya telah diserang oleh penyokong tegar Anwar Ibrahim iaitu Hindraf dan gengster PKR .

oleh : GAP

SUMBER MEMBERITAHU GAP.

isu terkini kes liwat anwar ibrahim.
tarikh 6/10/2010
masa 3.30 petang
lokasi restoran lotus klang

pada jam 3.00 petang rahimi bin osman selesai membuat laporan polis di IPD klang selangor. repot polis bernombor 7818/10 . antara kandungan repot tersebut.

1) rahimi osman dipaksa menandatangani 2 akuan bersumpah pada jun 08 mengenai anwar dan saiful bukhari di di hotel quality shah alam.

2)akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28jun 2008 dan akuan bersumpah kedua ditandatangani selepas dipinda kandungannya di hadapan pesuruhjaya sumpah yang tidak dikenali di old town petaling jaya dengan mencatatkan nama najib dan rosmah dalam konspirasi kes liwat terbaru anwar dengan saiful.

3)rahimi telah ditahan di hotel quality shah alam selama beberapa hari oleh anwar,latheefa koya dan saiful izham ramli.

4) rahimi membuat sidang media ini untuk mendedahkan bahawa akuan bersumpah itu TIDAK BENAR (untuk mengaitkan najib/rosmah dalam konspirasi liwat )

5)beberapa bulan yang lalu rahimi telah dihubungi oleh latheefa koya untuk melakukan akuan bersumpah yang baru namun tidak dilayan oleh rahimi.

6)sidang media rahimi ini ditemani oleh peguamnya ramachandran a/l subramaniam dan seorang lelaki melayu.

sidang ini diganggu oleh 10 orang samseng india yang dipercayai didalangi oleh bekas ketua pkr klang krishnasamy yang turut hadir.
ISU PENTING DISINI

1) rahimi sudah tak tahan lagi dengan fitnah melampau yang sedang dilakukan oleh anwar dan latheefa koya.. ANWAR SEMAKIN KANTOI.


Ikuti koleksi video samseng dan gengster PKR membuat kecoh di sidang media Rahimi .








p/s : kita tunggu dan lihat kes rahimi ini pulak ...

default

Akhirnya mangsa liwat terbaru Anwar buat laporan polis

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sumber: Gelombang Wangsa Maju

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.

Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau.


Setelah rakyat diperlihatkan dengan gelagat Wild Animals in PKR Kingdom and Human Barabarics pada Pemilihan PKR 2010, rakyat akan sekali lagi dipertontonkan dengan filem haru biru Anwar Ibrahim ‘I Am The Real Sodomizer’.

Belum habis musibah menimpa PKR, aksi peliwat Ketua Umum PKR pula didedahkan oleh orang kanan beliau.

default

Sumbangan wang RM 100 sebenarnya untuk edar Suara CAT kepada warga emas !!

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kisah wang RM 100 yang dianggap sebagai penghargaan kepada warga emas berumur 60 tahun oleh kerajaan negeri Pakatan kini panas dengan isu duit itu bersumberkan duit judi . Artikel mengenai wang RM 100 ini sebelum ini PB pernah mendedahkan mengapa di borangnya perlu ada ruang untuk diisi profail tempat mengundi . klik di sini



Apa tujuan sebenar Guan Eng dan DAP buat semua ini sehingga nak dapat RM 100 pun kena isi maklumat mengundi di kawasan mana ???



Sebenarnya profiling pengundi warga emas digunakan oleh Guan Eng lidah biawak adalah bertujuan untuk menyebarkan akhbar propaganda Suara CAT kerajaan Guan Eng terus ke rumah warga emas . Ia akan diposkan ke rumah mereka dan menurut seorang warga emas di kampung PB , beliau sudah mendapat 2 naskhah akhbar Suara CAT malah salah seorang daripada ribuan penerima duit RM 100 .


Apa yang ada di dalam akhbar propaganda Guan Eng lidah biawak ini dan konco2 nya ?? Contohnya adalah seperti di bawah disertakan bukti bergambar lagi apa yang sedang dibohongi oleh pemimpin lidah biawak ini .


Ini merupakan artikel retorik dan kuat pembohong . 1 October lepas Mahkamah Sesyen telah menolak untuk melanjutkan tempoh penangguhan pelaksanaan arahan pengosongan dan merobohkan rumah mereka oleh pemaju Mission Fairway Sdn Bhd .

Ini kenyataan Raja Pembohong dlm artikel dalam Suara CAT di atas :

" perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri lazimnya merasakan bahawa RM 10 ribu yang ditawarkan oleh pemaju adalah tidak munasabah .Mereka ( pemaju ) kena tawar lebih !

Sekiranya mereka masih berdegil , kerajaan Negeri sama sekali tidak akan membenarkan pihak terbabit membuat pembangunan termasuk di lokasi-lokasi lain selain Jelutong .




Ini pulak kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, Mohamed Yusoff Mohamed Noor memberitahu, kerajaan negeri telah berjanji untuk membela nasib penduduk.

''Setakat ini tiada keputusan mutlak secara hitam-putih bentuk pampasan yang kerajaan negeri akan beri kepada penduduk.

''Apa pun, kita akan usahakan untuk memindahkan mereka di sekitar kawasan ini,'' ujarnya.klik di sini

Penduduk kampung tuntut janji Guan Eng

PULAU PINANG 5 Okt. - Sudahlah rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun bakal diroboh, janji-janji manis kerajaan negeri untuk memberi pampasan setimpal pula tidak dikotakan.

Itu nasib yang menimpa penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang terpedaya dengan janji pemimpin kerajaan negeri.

Menurut salah seorang penduduk, Mohamad Idham Zakaria, 48, beberapa hari sebelum bulan Ramadan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam pertemuan dengan penduduk kampung berjanji untuk menggantikan rumah penduduk terbabit dengan pangsapuri kos sederhana bernilai kira-kira RM75,000 sebuah.

Selain itu katanya, mereka juga akan disediakan rumah transit di dalam kawasan kampung tersebut.

"Bagaimanapun, dua hari lepas semasa mesyuarat dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Jelutong, kami diberi surat untuk ditandatangani sebagai persetujuan menerima pampasan berupa pangsapuri bertaraf kos rendah yang akan dibina oleh kerajaan negeri.

"Surat tersebut juga tidak memaklumkan mengenai penyediaan rumah transit dalam kampung seperti yang dijanjikan oleh Guan Eng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Idham menambah, dalam surat berkenaan, mereka juga diarahkan supaya mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas rumah transit disediakan.

"Kami tidak akan keluar dari rumah selagi tidak mendengar daripada mulut Ketua Menteri (Guan Eng) sendiri untuk menunaikan janji-janjinya sebelum ini.

"Kami tidak mahu dia (Guan Eng) hantar wakil sama ada wakil rakyat atau jawatankuasa kariah masjid, kami mahu jumpa Ketua Menteri sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketiadaan penduduk sepanjang prosiding, seorang lagi penduduk, Jaafar Ariffin, 67, memberitahu, mereka telah dimaklumkan oleh peguam supaya tidak hadir ke mahkamah pada hari berkenaan.

"Malangnya, peguam yang sepatutnya membela kami tidak hadir menyebabkan mahkamah membuat keputusan tanpa pengetahuan kami," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, mereka berhasrat untuk melaporkan perkara tersebut kepada Majlis Peguam supaya tindakan dapat diambil terhadap peguam tersebut.

"Kami beri tempoh lima hari kepada peguam Nasrul untuk memberi tunjuk sebab kenapa tidak hadir ke mahkamah sebelum kami membuat laporan kepada Majlis Peguam," tambah beliau


Jadi , SUARA CAT yang diedarkan percuma oleh kerajaan negeri sebenarnya hanya lah alat propaganda Guan Eng untuk terus membohongi rakyat . Guan Eng cakap dalam Suara CAT bahawa kerajaan negeri akan bela nasib penduduk Kg Pokok Assam tetapi sehingga hari penduduk mendakwa tiada keputusan hitam putih pun oleh kerajaan negeri untuk membantu penduduk pun.

Kesimpulannya , penghantaran akhbar Suara CAT terus ke rumah warga emas sebenarnya merupakan strategi politik DAP dan kerajaan negeri untuk menarik sokongan golongan ini dengan menggunakan maklumat daripada borang memohong duit RM 100 . PB yakin ramai warga emas yang dapat duit RM 00 sudah mendapat Suara CAT yang dihantar oleh kerajaan negeri ini .








default

Rakyat Kedah kata SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan !

on Tuesday, October 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

sumber gambar : Mc Kedah ke KL

PB tertarik dengan banner isu kenaikan air di Kedah yang didedahkan oleh rakan blogger Mc . Menurutnya , ia digantung berhampiran traffic light tengah Pekan Padang Serai iaitu kawasan Parlimen PKR Gobalakrishnan . Bannernya bertulis tulisan tangan dan kenyataannya berbunyi begini :

“Ayaq Paip Besi - Harga Serupa PEPSI.

SADA = Syarikat Ayaq Datuk Azizan.

Awat Lagu Tuuu”



Tu dia ... orang kampung PB di Pdg Serai pun sudah naik marah bila air naik dengan kenaikkan harga air sebanyak 27% . Seperti artikel PB sebelum ini , klik di sini kenaikan air oleh SADA adalah membebankan rakyat khususnya yang menggunakan kuantiti air yang banyak . Lebih teruk lagi, kualiti perkhidmatan air di Kedah memang tidak memuaskan sehingga di beberapa tempat tidak mendapat langsung bekalan air .

Walaupun mereka cuba menuding jari terhadap kerajaan pusat menuduh mengenai kenaikan tarif air ini , tapi PB melihat ini bermula kelemahan pentadbiran kerajaan negeri sendiri yang diterajui PAS sejak memperkenalkan SADA . Lebih menarik lagi rakan blogger MPP mendedahkan kenaikan tarif air ini untuk mencari duit untuk digalas ke PRK Galas bagi membantu calon PAS .klik di sini

Rakyat Kedah nampaknya berang dengan keputusan mengejut kenaikan air di Kedah ini kerana PAS selalu melaungkan kerajaan berkebajikan dan berjiwa rakyat. Nah sekarang terima lah padahnya kenaikan air serta berlambak lagi cukai2 yang lain dikenakan oleh kerajaan PAS !

default

Pas Besut meroyan wali selipar dipanggil Tok Guru Gilo

by Pejuang Bangsa
 - 10 Comments





PAS Besut semalam memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah “DAP Anti Islam” Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu. Mereka menjadi marah dan sensitif sangat bila penceramah UMNO melabelkan Nik Aziz sebagai " Tok Guru Gilo "

Kelakar betul PB bila melihat Pas Besut ini jadi marah bila Nik Aziz dikritik dan digelarkan dengan gelaran tersebut . Awat la bodoh dan bebal macam orang gila sangat tentang benda remeh seperti ini . Adakah Nik Aziz ini dianggap Tok Guru @ wali oleh semua pengikut tegar Pas , maka tidak dibenarkan sesiapapun mengkritik orang tua itu ?


PB hairan dengan PAS Besut yang diketuai Wan Azhar ini kerana macam lah semua pemimpin2 PAS tertib dan tawaduk dan tidak pernah langsung menghina , maki hamun pemimpin UMNO . Dari kafir mengkafir , tuduh Najib bunuh Altantuya , maki hamun hingga lah ungkapan celaka yang diungkapkan oleh Nik Aziz .. Siapa pemimpin PAS yang tak pernah mengata kepada UMNO dan kerajaan ??

Mr Bean PAS yang terkenal dengan mulut laser fitnahnya , sehinggakan Najib pi Singapura baru -baru ini pun dia buat fitnah2 bermacam-macam . Tok Guru Nik Aziz pulak , apa yang dia tak kata kepada UMNO dan beliaulah yang suka memberi gelaran -gelaran yang tak sepatutnya .. Baru-baru ini dia kafirkan UMNO lagi menjelang PRK Galas iaitu dengan berkias mengkafirkan UMNO .Kononnya kerana tarbiah PAS mereka lebih Islam daripada orang lain.

Petikan dari haprak daily

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, malam tadi.Katanya, akibat itu perjuangan Umno hanya setakat dunia sahaja.

Kalau PAS Besut cakap perkataan Tok Guru Gilo oleh penceramah UMNO boleh mencetuskan ketegangan isu keagamaan dan perkauman , ini fitnah dan dakwaan tahap gila terhadap UMNO menolak Islam apa pulak ??? Mana lagi yang kurang ajar dan biadab sehinggakan dia rasa dirinya ada hak untuk menghukum umat Islam lain sebagai kafir kerana menolak Islam. Memang elok pun digelarkan Tok Guru Gilo !!


Kesimpulannya , satu lagi lawak bodoh oleh PAS Besut yang mahu bikin isu di Terengganu .Sebelum nak tuduh pihak lain dengan menuntut pemohonan maaf , cermin la diri itu dulu terlebih dahulu bahawa pemimpin mereka sendiri pun dok menghina , mencerca dan makin hamun pemimpin UMNO juga.


" kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih "

default

Pendedahan disebalik sumbangan RM 2 juta Kelab Lumba Kuda

on Monday, October 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas heboh isu sumbangan duit juda lumba kuda kepada kerajaan negeri beserta bukti surat yang didedahkan oleh Pemuda UMNO , timbul pulak cerita disebalik tabir kisah kelab lumba kuda ini dengan kerajaan negeri yang mana boleh menimbulkan banyak persoalan yang harus kita tahu sebagai rakyat PP . Sebelum itu lihat video di bawah ..





Syabas kepada rakan blogger Media Permatang Pauh yang mendedahkan isu selepas video ini yang dilihat mempunyai kaitan dengan sumbangan RM 2 juta :


Saya merasa hairan juga kenapa tiba-tiba sahaja pihak Penang Turf Club (PTC) mahu memberi sumbangan sebanyak RM2 juta kepada kerajaan negeri DAP untuk digunakan didalam Program Basmi Kemiskinan. Dan tambah menghairankan, kenapa tiada langsung sebarang publisiti dibuat sama ada dari kerajaan negeri mahupun pihak Kelab Lumba Kuda itu sendiri?

Selalunya, sumbangan sebegini besar jumlahnya, pasti akan diadakan Majlis penyerahan replika cek ataupun majlis sidang media. Tetapi, didalam hal sumbangan Penang Turf Club ini, tiada sebarang majlis dilakukan. Bukankah ini semua agak meragukan?

Rupa-rupanya, ada yang cuba disembunyikan di sebalik sumbangan tersebut. Pada 08 April 2010, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan untuk menaikkan harga cukai tanah terhadap Penang Turf Club dari RM493,045 kepada RM2,363,559 setahun!

Menurut Lim Guan Eng lagi, ini berikutan penukaran status tanah PTC dari Zon Rekreasi kepada Zon Pembangunan Bercampur.Ini merupakan peningkatan terhadap harga tanah dari sebanyak RM 0.54 kaki persegi kepada RM 2.58 kaki persegi di kawasan Kelab Lumba Kuda tersebut.
Dan Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian telah meminta pihak PTC menjelaskan cukai tertunggak bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 sebanyak RM6.1 juta sekaligus.

Ini tidak dipersetujui oleh pihak PTC dan satu sidang akhbar telah dibuat oleh Lim Guan Eng pada 8 April 2010 bagi menolak tuntutan PTC untuk menggunakan kadar lama cukai tanah seperti sewaktu pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Menariknya, hanya selepas lebih kurang tempoh tiga bulan sahaja
(lihat tarikh surat sumbangan dan juga tarikh video sidang media), sumbangan sebanyak RM2 juta telah diberikan oleh pihak PTC kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri kononnya untuk Dana program basmi kemiskinan.

Apakah sumbangan ini ada kaitan dengan arahan kenaikan cukai tanah yang tak dipersetujui oleh pihak PTC yang berjumlah RM6.1 juta tersebut? Dan apakah sumbangan RM2 juta dari pihak PTC ini memang khas untuk Dana Program Basmi Kemiskinan P.Pinang sahaja ataupun ia ada tujuan lain disebaliknya?


Persoalan ini perlu dijawab oleh Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri. Semua perkara-perkara diatas memungkinkan wujudnya tanggapan dari rakyat mengenai salahlaku yang sedang berlaku didalam pentadbiran kerajaan DAP P.Pinang!

default

Guan Eng dapat gelaran terbaru " Raja Pembohong "

by Pejuang Bangsa
 - No Comments





default

Mr Bean PAS pun takut Ku Li jadi calon PRK Galas

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Menjelang PRK Galas yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini , beberapa pemimpin PAS terpaksa mengeluarkan kenyataan mengenai PRK Galas akibat daripada ketaq bila dengar nama Ku Li mengetuai jentera BN dan kemungkinan nama beliau dicalonkan calon BN . Sampai ada pemimpin PAS bernama Din Puduraya pun marah kepada Tan Sri Muhyiddin kerana lari dari tanggungjawab sbg Pengarah Jentera kerana kebiasaanya jawatan itu diketuai oleh TPM .

Syndrom Ku Li Phobia kini menghantui kem PAS di Galas walaupun di Kelantan mereka menguasai lebih 2/3 kerusi Dun dan ia sudah boleh dianggap kerajaan yang kuat. Terbaru Mr Bean Mahfuz PAS yang terkenal dengan lawak bodohnya begitu yakin Ku Li akan menolak tawaran keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.

Selain itu ,seperti biasa Mr Bean juga terkenal dengan perangai kaki bodek dan pujianya sepertimana beliau pernah memuji dan mempertahankan Anwar. Beliau bukan main lagi puji Veteran Umno ini terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak.

Apa maksud sebenar Mr Bean puji Ku Li ?? Adakah Mr Bean dan PAS sudah takut dengan pengaruh Ku Li di Gua Musang ?

Yang syok tu Mr bean kaitkan pujian ini dengan isu royalti minyak Kelantan . Kita semua sedia maklum PAS Kelantan sudah failkan tuntutan kepada Petronas mengenai isu royalti minyak . Jadi , kot mana pun mereka terpaksa mengharapkan bantuan ehsan Ku Li yang lebih berpengalaman dalam isu royalti minyak ini . Rupa- rupanya hanya kerana isu royalti minyak , PAS takut sangat dengan Ku Li .

default

Warga emas P.Pinang kesal & kecewa terhadap Lim Guan Eng

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Video ini diambil ketika pemulangan wang oleh warga emas di Bukit Mertajam semalam yang kecewa wang ehsan RM 100 & orang miskin bersumberkan duit hasil judi . Pembohongan Guan Eng sejak dari awal dengan menafikan kerajaannya menerima wang judi dan akhirnya terpaksa mengaku juga telah membuatkan ramai warga emas ragu-ragu sumber wang yang diterima mereka .









Jawapan Guan Eng a.k.a Raja Penipu dalam isu pemulangan wang judi selepas balik dari Australia ini nampaknya cukup pondan dan tidak seperti kebiasaannya mulut lidah biawaknya suka provokasi dan kritik kaw2 UMNO dan BN .


KEPALA BATAS, 3 Okt 10: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.


Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.


“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya. - HarakahDaily



Kelihatan ayat2 Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ini seperti orang takut mungkin kerana ramai warga emas sudah mula marah kepada kerajaan negeri . Sudah lah ketika balik dari holiday dan berseronok di Australia disambut di Penang Aiport bukan laungan Hidup Khalifah tetapi teriakan Guan Eng Penipu !! hahaha ....


Padan lu punya muka !!

default

RPK bertukar ke Raja Lawak sebab tak sokong Pakatan

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dalam media pro pembangkang semalam , heboh berita penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin a.k.a Raja Penipu Kuat mengkritik secara terbuka pakatan pembangkang kerana masih gagal menunaikan beberapa janji walaupun menguasai beberapa negeri.

Lebih kelakar tu bila PB baca beliau mengancam untuk berhenti menyokong pakatan pembangkang jika segala janji yang dibuat pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 tidak dipenuhi.Menariknya beliau bercakap ini pada satu sesi dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut disertai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pb melihat satu lagi wayang opera oleh RPK dan Anwar kononnya mahu menarik diri daripada menyokong pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Selain itu , mungkinkah duit untuknya tinggal di London sudah tidak cukup lagi dan PKR perlu menaja lebih lagi .

Bukan satu perkara yang baru RPK mengkritik PKR dan Anwar dan benda ini yang diulang semula saja untuk mengalihkan perhatian kerana tidak lama lagi akan diadakan PRK Galas . Anwar - RPK dua watak pembohong yang tidak dapat dipisahkan dan bohong lah salah satu tak nak sokong Pakatan .



default

GEMPAR !! Lagi pemulangan duit oleh warga emas kecewa dengan Guan Eng

on Sunday, October 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

dengan laungan "Guan Eng PENIPU " warga emas
memulangkan wang ehsan RM 100









Hari ini dianggarkan seramai 47 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sekitar Bukit Mertajam sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri berlidah biawak bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian

Mereka semua ini ada dari sekumpulan warga emas yang berasa terhina dengan perbuatan kerajaan negeri menggunakan duit judi lumba kuda untuk sumbangan kepada warga emas lalu memulangkan wang tersebut dalam satu sidang media jamuan Hari Raya KEMAS Bukit Mertajam .Wang yang dimasukkan ini akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.



default

Gempar !! Guan Eng disambut demo di Penang Airport

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments









Semalam PB mendapat berita maklumat ketika Guan Eng dan beberapa pemimpin kerajaan negeri sampai Penang Airport , berlaku demo / protes di sana oleh golongan muda Pulau Pinang .

Penyertaan golongan muda semalam yang menunggu Guan Eng dan melakukan protes menunjukkan Ketua Menteri bernama Guan Eng lidah biawak semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat Pulau Pinang. Malah bukan sahaja melibatkan warga emas tetapi juga ahli-ahli parti PAS sendiri yang sudah sedar tentang putar belit dan pembohongan Guan Eng selama ini.



Selain itu , PB juga mendapat sms pada 4hb Oktober 2010 bersamaan 25 Syawal 1431 jam 10 pagi, ramai lagi warga emas yang akan ke KOMTAR untuk menyerahkan wang ehsan yang telah mereka terima kepada kerajaan Lim Guan Eng DAP.

Nampaknya Guan Eng semakin tertekan yang sekarang ini diserang kiri dan kanan dengan isu kenaikan air oleh PBA dan isu wang judi untuk warga emas . Terima lah penangan orang Penang !!



default

Persatuan Ulama Malaysia PP sokong pemulangan duit judi oleh warga emas

on Saturday, October 2, 2010 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang hari ini membidas tindakan pemimpin kerajaan negeri yang beragama Islam serta kerana tidak menyiasat dengan terperinci berhubung dana yang diterima untuk program membasmi kemiskinan tegar dan wang ihsan kepada warga emas. Sudah tentunya yang beberapa pemimpin yang berkenaan seperti Malik Itik , Salleh Man , Mansor dan beberapa pemimpin Pemuda Pakatan seperti Syed Mikael yang hebat mempertahankan Guan Eng lidah biawak .

Pemimpin-pemimpin Melayu beragama Islam dalam kerajaan negeri seolah-olah 'membutakan mata' dan 'memekakkan telinga' apabila perkara tersebut dibangkitkan oleh rakyat PP sekali gus menerima bulat-bulat penerangan yang diberikan Guan Eng dan konco2nya sebelum ini.


Timbalan Yang Dipertua II persatuan itu , Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dalam satu kenyataannya nyata kesal dengan cara pemimpin beragama Islam menangani isu tersebut mahu mereka memainkan peranan lebih tegas terutama yang membabitkan hal agama.

Pada masa sama, beliau turut menyokong tindakan penerima bantuan program berkenaan serta wang ihsan sebanyak RM100 dari Penaga yang memulangkan wang tersebut adalah tepat sekiranya mereka meragui sumber dana itu.


"Jika saya sendiri pun akan memulangkan wang kerana ragu-ragu mengenainya, malah kenyataan dikeluarkan kerajaan negeri juga berbelit-belit dan menyebabkan rasa ragu-ragu itu semakin menebal.

"Mula-mula kerajaan negeri nafi tetapi lepas itu mengaku ada terima, namun ia diasing-asingkan, bukankah itu sahaja sudah cukup buat kita ragu-ragu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.



Jadi , jika Persatuan Ulama sudah menyatakan bahawa sokongan terhadap tindakan memulangkan wang judi jika ragu2 mengenainya , Malik Kassim dan pemimpin2 Pemuda Pakatan yang menjadi balaci Guan Eng tak perlu la bising dan menghina mereka ini bersandiwara atau dipengaruhi pihak lain .

Ikuti juga luahan warga emas ditipu oleh Guan Eng lidah biawak mengenai wang RM 100 ini. Ternyatan mereka bukan bodoh dan tahu bahawa nilai RM100 yang diterima dari Lim Guan Eng serta DAP adalah terlalu kecil untuk dibanggakan. Jelas sekali warga emas seperti pakcik ini bukanlah bodoh seperti yang dituduh oleh blogger-blogger tak cukup ajar didalam PAS.



default

Wang Ehsan: Pemuda Pakatan pun nak menyalak juga

on Friday, October 1, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Hu ha pasal isu wang Judi kerajaan Guan Eng lidah biawak nampaknya semakin menarik antara Pakatan VS UMNO Pulau Pinang . UMNO dilihat sebagai membawa suara rakyat yang berasa tertipu dengan sumbangan wang ehsan RM 100 oleh kerajaan negeri yang berkiblatkan Duit Judi .

Manakala kerajaan negeri Guan Eng pulak telah di COP sebagai PEMBOHONG kerana telah bodoh sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak menerima satu sen pun duit judi . Apabila keluarnya bukti surat dari pejabat Ketua Menteri itu , akhirnya tembelang pemimpin berlidah biawak ini diketahui rakyat .

Rentetan daripada surat itu , 2 hari lepas telah diadakan majlis pemulangan semula wang RM 100 oleh warga emas di Penaga yang berasa terhina dengan sumber duit judi yang mereka terima . Semalam Pemuda Pakatan yang menjadi tentera gurkha tetap di barisan hadapan Guan Eng telah mula menyalak dengan satu kenyataan bodoh dan kelakar .

Ng Wei Aik yang terkenal sebagai Adun kaki pembohong klik di sini ini bersama 2 lagi balaci Syed Mikael dan S/U Pemuda PAS menyalak mencabar kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno negeri itu agar memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat mereka jika serius mahu menyelamatkan umat Islam daripada menerima wang ihsan yang mereka dakwa sebagai dana bersumberkan hasil judi.

Setakat ini sahaja keberanian dan hujah Pemuda Pakatan yang menjadi anjing kesayangan Guan Eng ? Apa kena mengena gaji & elaun wakil rakyat dengan wang derma judi kepada warga emas ?? Wakil rakyat dia buat kerja untuk rakyat di kawasannya dan perlu dibayar elaunnya . Pembangkang pun sama juga , ada berani ka tak ambil duit gaji & elaun YB ini .


Mengenai isu pemulangan duit RM 100 itu , punya pasal la mereka nak pulang duit itu . Mereka tidak mahu bersubahat menggunakan duit yang mendatangkan syak wasangka kerana sumbernya didapati dari sumbangan duit judi . Awat hang pa ingat duit RM 100 itu besaq sangat ka sampai dok hina warga emas ini yang pulang duit itu .

Mereka ini kalau hendak pergi menunaikan haji pun yang kosnya RM 10000 , mereka sanggup kumpul duit hasil titik peluh sendiri , inikan pulak duit RM 100 yang kerajaan negeri bangga sangat ... poorah !!


Malah cukup kurang ajar punya puak2 Pakatan ini ialah mereka sanggup menghina warga emas yang memulangkan wang ini semua hanya sekadar berlakon dan bersandiwara. Malik Itik ini kepala dan memang sial la Exco boneka ini ,demi pertahankan Guan Eng pembohong ini warga emas dihina seperti budak sekolah .

Selain itu , Pemuda Pakatan juga dalam kenyataannya dengan bangga telah mendapat penjelasan lagi seekor orang kanan Guan Eng iaitu Phee Boon Poh selaku Exco Kebajikan negeri bahawa wang yang tertera di dalam surat ini adalah sumbangan untuk program anti kemiskinan (RAK ) bukannya program penghargaan warga emas . Di tambah lagi kononnya pengakuan Pegawai Kewangan negeri bahawa RM 2 juta sumbangan lumba kuda itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK .


Boleh percaya ka cakap puak2 DAP yang diketuai Guan Eng lidah biawak bahawa duit judi ini tidak disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK dan program penghargaan warga emas .

Sedangkan sebelum ini Lim Guan Eng telah BOHONG SELURUH RAKYAT MALAYSIA BAHAWA NEGERI PULAU PINANG TIDAK TERIMA SATU SEN DUIT JUDI MALAH DENGAN BANGGA NEGERI PERTAMA HARAMKAN JUDI BOLA .

Bukti surat terima duit judi


Tetapi bila tersebarnya bukti surat kerajaan negeri terima duit judi yang dibangkitkan Pemuda UMNO , Guan Eng terpaksa mengaku menerima duit sumbangan judi . Pemimpin seperti ini bila cakap boleh percaya lagi ka ???

Sudah lah sebelum ini dia bohong , kini dia nak bohong lagi bahawa duit itu tidak disalur untuk umat Islam . Jika betul mereka tidak salurkan duit judi ini kepada umat Islam , mengapa tak beritahu terus masa isu ini dibangkitkan Pemuda UMNO bahawa kerajaan negeri PP terima duit judi tapi tidak digunakan untuk umat Islam .

Persoalannya di sini , adakah penjelasan oleh Phee Boh Poh dan pegawai kewangan negeri ini merupakan pusing cerita terbaru selepas pembohongan Guan Eng tidak menjadi ??

Selagi rakyat tidak melihat bukti akaun kewangan bahawa wang itu tidak diberikan kepada umat Islam , jangan harap orang nak percaya lagi cakap kerajaan negeri lagi .


default

Tarif Air di Kedah naik !! Hadiah kerajaan berkebajikan PAS

by Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang ditubuhkan oleh PAS sejak menerajui negeri Kedah semalam telah mengumumkan hadiah menarik kepada rakyat Kedah iaitu kenaikan tarif air antara 25 dan 44 peratus bagi kegunaan domestik, membabitkan 457,707 atau 90 peratus pemegang akaun di Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din, berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air dari semasa ke semasa.

PB melihat tindakan kerajaan PAS Kedah menaikkan harga air jelas membebankan rakyat khususnya yang menggunakan kuantiti air yang banyak . Contoh mudah kalau satu keluarga itu mempunyai 9 orang , sudah tentu la jumlah kuantiti air digunakan adalah tinggi . Di tambah lagi dengan kualiti perkhidmatan air di Kedah memang teruk sehingga di beberapa tempat tidak mendapat bekalan air .

Walaupun mereka menyatakan alasan kali terakhir tarif air Kedah disemak adalah pada 1993 iaitu sudah 17 tahun tidak dinaikkan , tetapi mengapa zaman kerajaan BN dulu tidak pulak menaikkan tarif air ??

Mengapa bila tiba PAS perintah negeri Kedah dan menjadikan pulak pengurusan air Kedah diswastakan ke SADA , tiba2 hari ini air telah dinaikkan sebanyak 27 % !!

Hebat betul cara Ostat Azizan mentadbir negeri Kedah ini dan ini lah kerajaan berkebajikan patut dijadikan role model . Menariknya , selain Kedah umumka naik air kerana kos operasi meningkat , di negeri Khalifah LGE pulak air naik kerana kerajaan negeri mahu kenakan rakyatnya yang guna air banyak . haha

Inilah stail pemerintahan kerajaan Pakatan Haprak !! AIR menjadi mangsa di negeri2 Pakatan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada duit rakyat .

default

Wang judi dipulangkan elak bersubahat perbuatan kotor oleh syaitan

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Lagi pandangan golongan ulama yang bersetuju dengan tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan dan wang ihsan RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang di Penaga baru-baru ini memulangkan semula wang judi itu .

Ia
diulas oleh bekas Mufti Johor iaitu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Mohd. Nooh Gadot berkata, tindakan tersebut dibuat kerana ragu-ragu sumbernya daripada hasil perjudian.

Katanya, ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada bersubahat atau terlibat dengan perbuatan kotor dan keji yang disukai syaitan.

Menurut beliau, ini dapat dibuktikan menerusi surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala serta mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan kotor, keji dan jijik serta perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Sehubungan itu, Nooh berkata, bagi umat Islam berhubung makan dan minum amat penting kerana ia ada hubung kait dengan dosa dan pahala.

“Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram termasuk judi memberi kesan secara menyeluruh bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi yang lebih penting keturunannya.

“Antara kesannya adalah ia akan membawa penyakit, lembap dan lemah dalam pelajaran serta rosak moral dan keruntuhan akhlak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Johor mengulas tindakan 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 bertindak memulangkan semula wang itu kepada kerajaan Pulau Pinang, kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Selain itu, kata Mohd. Nooh, ia juga boleh menyebabkan hilang pedoman dan arah hidup serta terarah melakukan maksiat, dosa, melakukan perkara mungkar, keji dan penyelewengan.

Tambah beliau, orang yang memakan benda haram menyebabkan mereka juga suka mengunjungi majlis-majlis yang tidak berfaedah dan gemar berkawan dan bersahabat dengan orang yang fasik.

“Doa orang sebegini juga, permohonan, hajat, permintaan dan ibadahnya tidak diterima Allah SWT dan yang lebih dahsyat ia akan melahirkan zuriat dan keturunan bermasalah.

“Orang sebegini juga benci perkara-perkara kebaikan dan maaruf seperti ke masjid, surau dan majlis-majlis ilmu dan matinya kelak dalam keadaan su’ulkhatimah (mati dalam keadaan buruk),” katanya.
Mesej jelas supaya tidak pandang remeh hukum Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata, tindakan memulangkan semula wang RM100 semalam merupakan mesej jelas kepada semua pihak supaya tidak memandang remeh hukum dan kesucian Islam.

Wang tersebut yang diragui datangnya daripada sumber perjudian adalah menghina golongan miskin, khususnya kepada orang Islam. “Saya kesal pihak yang dulunya lantang membantah lesen judi bola sepak kini sanggup menggunakan sumber judi untuk membantu orang miskin.

“Justeru, saya rasa walaupun jumlahnya hanya RM100 setiap seorang, mesej yang ingin disampaikan amat jelas iaitu orang miskin tidak wajar diperlakukan dengan sedemikian rupa,” katanya.

default

CD Azmin dan Reformis mahu jatuh Khalid Ibrahim

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam , bekas seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan mengenai pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ng Lum Yong yang merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa, pengakuan tersebut terdapat di dalam rakaman perbualan telefon antara Ramlan dengan seorang yang sehingga kini masih belum dikenali.

Beliau mendakwa, rakaman perbualan telefon itu diterimanya dalam bentuk cakera padat di rumahnya 10 hari yang lalu.

''Sejak itu saya mendengar rakaman perbualan ini boleh dikatakan pada setiap hari. Saya mahu mengenal pasti identiti mereka dan akhirnya saya dapat mengecam salah seorang mereka ini ialah Ramlan Abu Bakar, ketua gerakan reformis.

''Saya tidak kata dakwaan mereka ini benar tetapi saya percaya rakaman audio ini telah tersebar ke seluruh negara. Selain disebarkan dalam bentuk cakera padat orang ramai dapat mengaksesnya melalui blog suaraampangpoint.blogspot,'' dakwanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Antara kandungan perbualan itu ialah mengenai habuan yang dijanjikan dalam bentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) kepada penggerak reformis bagi menjayakan demonstrasi bogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada tahun 2009.

Demonstrasi itu sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang menaikkan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan tetapi ia akhirnya dibatalkan


Siapa yang orang yang Ramlan bualkan dalam cd tersebut ? blog GAP mempunyai maklumat mengenai orang ke dua dalam perbualan itu . klik di sini

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps