Live dari Dewan Merdeka : Persidangan Pemuda UMNO Malaysia 2010

on Wednesday, October 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

4.30 petang

Wakil daripada Pulau Pinang mendedahkan pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Di antaranya ialah isu Kampung Pala, isu tanah di Balik Pulau sekarang untuk dibina IPT dan lain-lain. Siri pembohongan Guan Eng jelas menunjukkan Ketua Menteri PP ini telah menunjukkan siapa sebenarnya dirinya yang bertopengkan Khalifah Umar Abd Aziz di depan penyokong PAS



3.30 petang

Sekarang pembahas dari Kedah telah menyampaikan ucapan perbahasan Wakil dari Kedah itu menyatakan bahawa sokongan kepada KP Negeri Kedah sepenuhnya dan menentang sebarang bentuk usaha memecahbelahkan perpaduan dalam Pemuda UMNO Kedah .

Selain itu , kes Memali yang menggemparkan negara suatu ketika dulu pun turut disentuhnya dan beliau menyalahkan amanat Hj Hadi dari PAS kerana menyatakan perjuangan mereka menentang kerajaan ketika itu merupakan jihad. Beliau juga membangkitkan isu Pengerusi Perhubungan Negeri di negeri2 pembangkang supaya dikaji semula oleh kepimpinan UMNO bagi memberi peluang kepada pemimpin negeri2 ini menerajui sendiri .

Isu air juga turut disentuh oleh beliau dan Pemuda UMNO Kedah merasakan ia zalim dan menindas kepada rakyat. Pemuda UMNO Kedah berazam dan tekad untuk membantu parti untuk merampas semula Kedah dari pembangkang .

Selain itu, beliau juga menegur kepimpinan Pemuda diketuai KJ serta barisan exconya supaya turun padang membantu Pemuda Kedah dan juga negeri2 yang diperintah pembangkang .


One Response

  1. Anonymous says:

    Aii, dalam perbahasan pun nak bawa budaya "saya sokong" lagi.

    Sapa tu?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.