CD Azmin dan Reformis mahu jatuh Khalid Ibrahim

on Friday, October 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam , bekas seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan mengenai pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ng Lum Yong yang merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa, pengakuan tersebut terdapat di dalam rakaman perbualan telefon antara Ramlan dengan seorang yang sehingga kini masih belum dikenali.

Beliau mendakwa, rakaman perbualan telefon itu diterimanya dalam bentuk cakera padat di rumahnya 10 hari yang lalu.

''Sejak itu saya mendengar rakaman perbualan ini boleh dikatakan pada setiap hari. Saya mahu mengenal pasti identiti mereka dan akhirnya saya dapat mengecam salah seorang mereka ini ialah Ramlan Abu Bakar, ketua gerakan reformis.

''Saya tidak kata dakwaan mereka ini benar tetapi saya percaya rakaman audio ini telah tersebar ke seluruh negara. Selain disebarkan dalam bentuk cakera padat orang ramai dapat mengaksesnya melalui blog suaraampangpoint.blogspot,'' dakwanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Antara kandungan perbualan itu ialah mengenai habuan yang dijanjikan dalam bentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) kepada penggerak reformis bagi menjayakan demonstrasi bogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada tahun 2009.

Demonstrasi itu sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang menaikkan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan tetapi ia akhirnya dibatalkan


Siapa yang orang yang Ramlan bualkan dalam cd tersebut ? blog GAP mempunyai maklumat mengenai orang ke dua dalam perbualan itu . klik di sini


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.