6000 jemaah solat Jumaat di surau Ar Rahman ,PWTC

on Friday, October 22, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

lebih 6000 orang hadir solat Jumaat di Surau Ar Rahman ,PWTC





Alhamdulillah PB pertama kali bersolat Jumaat di Surau Ar Rahman , PWTC bersama 6000 orang jemaah . Surau ini bukan hari ini diadakan solat Jumaat seperti yang blog2 totok PAS sebarkan tetapi telah dimulakan pada 2 Julai 2010 lagi . klik di sini

Khutbah dan imam Solat Jumaat ini oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom . Semua perwakilan serta barisan kepimpinan UMNO termasuk Presiden UMNO dan Timbalan Presiden hadir menunaikan solat Jumaat sebelum menyambung sesi perbahasan pada jam 3.00 petang .

Mengikut dalam mazhab Syafie ,syarat sah solat Jumaat ialah dilakukan dalam banggunan yg dikhaskan untuk solat jumaat dan sekurangnya oleh 40 orang lelaki yang mustautin dan dikerjakan setelah membaca dua khutbah.klik di sini . Jadi tiada masalah diadakan solat Jumaat di PWTC ini kerana ia telah dikhaskan yang telah bermula 2 Julai lalu dan buat pertama kali dalam sejarah ia dilakukan ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO .


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Alhamdulillah lebih 6000 orang hadir solat Jumaat di Surau Ar Rahman PWTC dimana sudah barang tentu lah jemaah dari pemimpin2, perwakilan2 dan petugas Perhimpunan Agung PEKEMBAR 2010.
    Cuma saya terkilan kenapa Imam tidak kepada DS Haji Mohd Najib, dalam memperjuangkan islam pemimpin itu adalah bersifat seorang Mufti,Imam dan Bilal TETAPI jangan menjadi Makmum.
    Pemimpin2, Wanita, Pemuda dan Puteri PEKEMBAR perjuangkan lah Ugama bukan bangsa SEBAB ISLAM bersifat Global tanpa sempadan.
    Saya masih menggantung borang ke Ahlian saya untuk menjadi Ahli PEKEMBAR sejak perhimpunan tahun lepas lagi...

  2. PB, rupanya kita bersolat jumaat dalam satu jemaah tadi :D

    Memang ramai..penuh wooo.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.