Archive for 11/30/08

default

Aktiviti YB KJ di Rembau

on Sunday, November 30, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

setiakawan

Gambar-gambar KJ di Kampung Sentosa Jaya dalam DUN Paroi ketika siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah, lawatan ke Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang dihadapi penduduk saban hari akibat kelewatan penyiapan projek pembentungan dan kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Sdr. Mohd Isam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Gemenchih.


Ditemuramah oleh para wartawan yang mengikuti siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah.


Melihat sendiri kadar kebersihan air yang digunakan untuk diminum dan kegunaan harian penduduk di kawasan setinggan yang tidak mendapat bekalan air bersih.


Mendengar aduan penduduk di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan bekalan air bersih.


Mendengar rintihan seorang warga emas yang memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menguruskan keperluan harian, dan KJ memaklumkan kepada pegawai JKM agar meneliti perkara ini dengan memberikan bantuan warga emas.



Makan Tengahari di Balai Raya Kg Sentosa Jaya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.

sumber : www.rembau.net

* Melihat gambar-gambar dari laman web beliau mengingatkan saya kepada lagu YB oleh Nd Lala .Inilah tanggungjawab dan amanah untuk wakil rakyat agar membantu rakyat apabila rakyat dalam kesusahan dan perlukan bantuan.

* Yb KJ walaupun seorang pemimpin dari golongan muda tetapi beliau adalah anak muda yang berjiwa rakyat .Gaya kepimpinan beliau dan peribadinya yang mudah mesra dengan rakyat cukup dikagumi dan saya berpendapat rakyat Rembau bertuah memiliki Anak muda bernama Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin mereka.

default

UMNO Permatang Pauh -Adakah YB Arif Shah ke PKR ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



" Mereka terus ketepikan saya dalam setiap urusan pentadbiran parti di peringkat bahagian dan tidak diberi tugas serta tanggungjawab yang sesuai.Saya tidak dijemput hadiri mesyuarat. Pemimpin Permatang Pauh terutama ketuanya bongkak dan sombong .

Dia melarang saya menghantar surat kepada cawangan UMNO dalam bahagian walaupun berkaitan peluang kerjaya @ tender " -YB Datuk Arif Shah

Merujuk kepada kata-kata oleh Yb Datuk Arif ,ia menunjukkan ada krisis dan pergolakan dalam UMNO bahagian antara beliau dengan pemegang jawatan Ketua Bahagian Datuk Abd Jalil. Yb Arif kecewa dengan pimpinan bahagian yang diketuai Datuk Abd Jalil yang mengenepikan beliau terus dari mesyuarat dan mengikut perlembagaan parti YB Arif Shah layak menjadi Exco Jawatankuasa Bahagian secara automatik selaku wakil rakyat.

Desas -desus ini cerita ini juga dikaitkan dengan jawatan TKM 1 PP iaitu Yb Fairus yang bakal digantikan oleh orang lain dalam PKR sendiri .

Usaha memujuk oleh pemimpin PKR PP mungkin Anwar Ibrahim sendiri tepat pada masanya kerana mereka memerlukan pengganti yang lebih kaliber dan kuat bekerja untuk memperjuangkan Melayu dan rakyat dan perkara ini Yb Arif Shah sendiri mengakui telah dipujuk oleh PKR sehingga diberi ganjaran yang cukup lumayan.

Berita mengenai isu ini sudah tersebar dalam akhbar Sinar Harian Edisi Utara hari ini dan semalam dan saya pun sempat mendapat maklumat mengenai isu ini dari orang kuat Pemuda UMNO Permatang Pauh sendiri.

Mengikut sumber dari rakan saya ini cerita ini bermula apabila YB Arif ikhlas ingin membantu rakyat dalam DUN Permatang Pasir dan Penanti kerana kawasan ini dikuasai pembangkang .Hal ini menyebabkan Datuk Jalil mungkin merasakan YB Arif akan lebih berpengaruh darinya dengan membantu semua rakyat di Parlimen Permatang Pauh sedangkan sebelum ini Yb Arif shah hanya menjaga kawasan Dun Seberang Jaya sahaja .

Apa salahnya YB Arif ikhlas ingin membantu rakyat dan bagi Parlimen Permatang Pauh ,beliau merupakan calon tunggal UMNO yang menang di dalam DUN Parlimen Permatang Pauh.

Naluri saya masih lagi percaya YB Arif Shah akan kekal bersama UMNO kerana beliau adalah pejuang UMNO tulen dan krisis dengan pimpinan UMNO bahagian tidak mudah untuk mematahkan semangatnya untuk terus berjuang bersama UMNO.

Saya hairan melihat pemimpin UMNO Permatang Pauh ini ,mereka asyik memikirkan diri sendiri ,pengaruh politik dan jawatan tetapi tidak mahu memikirkan bagaimana menguatkan parti,membaiki kelemahan dalam parti dan menarik sokongan golongan muda .

Kalau seperti ini lah gaya pimpinan Datuk Abd Jalil di Permatang Pauh ,saya percaya Permatang Pauh akan menjadi lagi kubu kuat PKR pada PRU 13 lagi .

Pemuda UMNO Permatang Pauh pulak saya tidak tahu apa yang mereka buat perancangan untuk menarik golongan muda selepas PRU 12 ini  atai masih lagi seronok dan enjoy dengan kejutan dari BERANI BERUBAH .


pautan
Deputy Chief Minister’s post offered to Arif Shah


"Jangan jadikan saya, Umno alasan keluar parti" -Datuk Abd Jalil

Guan Eng tidak nafi penyertaan Arif Shah ke PKR
ADUN BN saran Fairus ditukarkan
Fairus ,ingatlah bukan senang menjadi pemimpin


Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.