Siapa Musuh Malaysia ?

on Tuesday, November 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Persoalan seperti siapa musuh Malaysia dan tuduhan rasuah apabila sistem pertahanan negara dibangunkan kadangkala menjadi stereotaip yang menjelekkan. Sedangkan rakyat negara jiran seperti Indonesia dan Singapore cukup berbangga dengan kemajuan pertahanan mereka.

Saya hendak mengulas sedikit mengenai perolehan set pertahanan negara dipandang negatif seperti apa yang berlaku dalam perolehan Eurocopter EC-725 dan kapal selam Scorpene dalam Dewan Rakyat oleh pembangkang. Mungkin saya bukan pakar mengenai pertahanan dan ketenteraan ,tetapi saya bangga jika negara saya mempunyai kelengkapan pertahanan yang canggih . Melihat YB Sallahudin Ayub dari pembangkang dalan rancangan Hujah semalam , beliau berasa bangga apabila isu Eurocopter ini menjadikan suasana riuh rendah dalam Parlimen sehingga menyebabkan PM menangguhkan pembelian itu dahulu.




Setiap pembelian peralatan pertahanan sebenarnya berpandu kepada Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang memungkinkan negara ini mengambil pendekatan pertahanan bersifat defensif (bertahan) atau ofensif (menyerang) dalam mempertahan kedaulatannya.

Memetik kata-kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata berasaskan dasar ini, pihak berwajib mewujudkan perlu Operational Concept (OC).

"OC ini adalah mustahak iaitu bagaimana angkatan tentera akan mendukung DPN dalam mempertahan kedaulatan kita dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ),"


Perancang pertahanan pula akan melihat jika ada kelemahan yang perlu diatasi dalam pertahanan negara misalnya adakah negara ini mempunyai peralatan maritim yang mencukupi untuk mempertahan EEZ, katanya.

"Di sinilah perancang-perancang di Markas Angkatan Tentera akan menentukan apakah yang kita perlu ada untuk mengatasi kepincangan ini, adakah kita perlu ada kapal perang, kapal terbang, lebih ramai infantri atau sebagainya.

Kadang-kadang sikap sesetengah rakyat Malaysia dan ahli politik pembangkang mempersoal mengapa perlu beli jet Sukhoi ,kapal selam,helikopter, lebih baik peruntukan itu untuk pembangunan rakyat dan membantu golongan miskin. Selalunya apabila kerajaan mahu melakukan pembelian ,maka akan kedengaran isu rasuah ,komisyen la sedangkan ianya seperti mainan politik pembangkang.

Adakah kita mahu lihat negara-negara di sekeliling kita memajukan bidang ketenteraan dengan peralatan lebih canggih,moden dan kita hanya dilengkapi peralatan kententeraan lama dan tidak digunapakai lagi negara2 lain . Zaman cepat berubah dan ATM perlu seiring dengan perubahan itu .


2 Responses

  1. salam pejuang bangsa.

    Dalam hal ini saya menyokong penuh tulisan saudara.
    Walaubagaimanapun saya berharap semoga tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas pembelian peralatan perang ini.

    kerajaan hendaklah tegas dalam isu pembelian peralatan dan kelengkapan perang demi mencapai visi dasar pertahanan negara.memang beli benda benda ni semua mahal dan menelan belanja yang banyak...tapi apa guna rakyat kaya raya bila negara mudah diancam dan dikuasai musuh...dan kita menjadi pelarian perang dibumi sendiri.

    sistem pertahanan kita mestilah canggih dan mampu melawan musuh.

    negara kita mestilah mempunyai teknologi peperangan yang baik.Teknologi peperangan merujuk kepada kesemua senjata,kelengkapan dan kenderaan untuk bertempur.Teknologi ini amat ditekankan dan amat penting dizaman rasulullah lagi.dizaman moden ini,teknologi peperangan boleh dibahagikan kepada 5 kategori:

    1.senjata ofensif untuk menakutkan musuh.

    2.senjata defensif untuk mengelak ancaman ofensif.

    3.Teknologi pengangkutan untuk memindahkan senjata dan tentera.

    4.Komunikasi yang mengkoordinasi pergerakan tentera.

    5.Radar atau peralatan canggih yang mampu mengesan angkatan musuh.

    Diantara langkah langkah yang diambil oleh rasulullah ialah mempelajari teknologi dari bangsa asing,menggalakkan sahabat dan ummat memberi infaq atau derma kejalan fi sabilillah,
    memperuntukkan perbelanjaan yang khusus untuk membeli kenderaan dan alat alat kelengkapan perang dan sebagainya.Nabi juga selalu menggalakkan kegiatan menunggang kuda dan memanah disamping nabi juga berusaha meningkatkan kekuatan tentera berkuda baginda dari semasa ke semasa.contohnya dalam perang badar,jumlah kuda hanya 3 ekor sahaja...iaitu seekor untuk setiap 100 orang,dengan usaha baginda nisbah itu meningkat kepada seekor kuda untuk tiap tiap 3 orang.baginda berjaya mendapatkan 10 ribu ekor kuda untuk 30 ribu orang tenteranya dalam masa 7 tahun.Baginda sendiri juga mempunyai 7 ekor kuda yang terbaik dizamannya...seperti kuda-kuda yang bernama sakb,murtajiz,Tharb,sabhah...dll.

    senjata adalat alat terpenting dalam peperangan sehingga Allah menyebutkan tentang besi dalam surah Al-hadid ayat 25.Rasulullah juga memberi galakan kepada perusahaan membuat senjata seperti pedang ,tombak dan anak panah.

    Rasulullah juga bersabda dalam hadis riwayat Al-hakim..."syurga adalah dibawah bayangan mata pedang".Rasulullah juga mempunyai pedang pedang yang terbaik seperti Ma'thur,Al-Adhab,Zul-Fiqar,Al-Qala'ee,
    al-battar,al-hataf...dll.

    dizaman rasullah juga ,baginda mempunyai teknologi peralatan perang yang sangat digeruni musuh dan pertama kali digunakan ditanah arab iaitu Manjaniq...iaitu alat melontar peluru.....ia digunakan pertama kalinya ketika rasulullah mengepung bandar Taif pada syawal tahun 8 hijrah.

    selain kecanggihan senjata untuk menyerang nabi juga begitu menekankan alat untuk mempertahankan diri juga seperti baju besi,topi besi,Tursun(perisai),Dabbabah(kereta perisai)dll lagi.

    oleh itu untuk menegakkan sebuah negara yang berdaulat dan mempertahankan agama islam..sistem pertahan negara adalah amat penting sekali dan segala usaha kearah itu hendaklah disokong.

    wassalam..

    sangtawal sakranta.

  2. terima kasih sangtawal ..

    kalau hendak diceritakan mengenai sistem pertahanan sesebuah negara dan kerajaan itu memang panjang .

    saya akui memang Rasullullah memang pakar dalam ketenteraan dan jika anda membaca sejarah perang yang dilalui baginda memang harus diakui bukan hanya semangt jihad dan iman setiap pahlawan islam tetapi strategi dan kelengkapan perang setanding dengan musuh .

    saya cuma risau mengenai situasi tidak menentu di negara keliling kita.Thailand dan Kemboja merebut kuil bersejarah itu sehingga berlaku pertempuran di sana.kita lihat singapore,mereka banyak mendapat kelengkapan ketenteraan seperti jet pejuang dan helikopter dari US dan terbaru dari Israel .

    aspek terutama radar pengesan amat perlu untuk mengawal pergerakan musuh ke ruang udara kita.Saya berharap ATM akan mempunyai sebuah pesawat tanpa juruterbang untuk melakukan pengawasan dan mengesan musuh.

    Prepare for Battle !!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.