Pejuang bangsa amat terkejut dengan kenyataan muka depan Sinar harian "Perdana Menteri tidak semestinya Melayu: Tun " .
Tun memang terkenal dengan sindirian tajam dan pedas untuk didengar tetapi kesannya kepada UMNO terutamanya dan BN cukup mendalam .Pakar Perlembangaan Rais Yatim ,pemimpin2 UMNO ,Perkasa ,dan lain serta ahli akademik seperti Prof2 sibuk mempertahankan ketuanan melayu dan bangsa Melayu masih belum boleh menerima PM bangsa lain . Pendapat saya lah Kata-kata yang diucapkan oleh Tun sejak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan keluar dari UMNO adalah punca terbesar mengapa Barisan Nasional tidak kuat dan UMNO berpecah pada hari ini.
Mahathir sehingga sekarang ini masih lagi percaya bahawa dia adalah Pemimpin yang paling bijak, dan semua kata-kata yang diucapkan memberi kesan baik kepada parti dan kerajaan walaupun beliau bukan lagi ahli UMNO.Cuma kesannya ialah beliau cakap semua itu seperti tidak fikir kesannya malah boleh memudaratkan parti .
Pastinya kenyataan itu mendebarkan perasaan setiap Melayu yang mendengarnya. Ramai yang gelabah dan gelisah mendengar pengucapan beliau berkenaan Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan boleh menerima sesiapa sahaja asalkan beliau mendapat sokongan majoriti.Kenyataan terkini oleh Dr.M perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya oleh ahli-ahli UMNO.
Apakah di sebalik kenyataan beliau ialah penyatuan Melayu yang amat-amat diperlukan di saat sebegini. Beliau berkali-kali menegaskan sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan majoriti akan layak secara automatik menjadi Perdana Menteri. Ini juga merupakan peringatan kepada Melayu-melayu yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan yang belum tahu apa akibatnya di masa hadapan.
atau
adakah dia mahu pepecahan di dalam UMNO di saat semua pemimpin UMNO dari pusat ke bahagian dan ahli-ahli UMNO sedang bertungkus lumus untuk menguatkan semula parti UMNO tiba-tiba dengan melepas cakap 'melepaskan' satu letupan bom seakan-akan mahu meranapkan terus parti UMNO dalam PRU 13.
Mana dia penyokong2 Tun dan anak2 dan team Gergasi mereka yang cakap hebat mahu kita akan pertahankan hak orang melayu dan ketuanan melayu ??? Tidak kesian ke melihat bagaimana Gabungan Melayu Perak bersusah payah berarak hantar memorandum ke Sultan Perak untuk mempertahankan institusi Raja Melayu ,pelembagaan persekutuan ,agama islam dan kontrak sosial .
Hakikatnya , Tun tidak Iklas dalam perjuangan, sebab itulah Perjuangannya Tidak Mungkin Akan Selesai..
Dan amat malang bagi Mukhriz kerana dia terpaksa menanggung beban yang dimulakan oleh ayahnya.
Ikuti transkrip sidang media tersebut.
Soalan 1
Ramai yang bercakap soal Perdana Menteri bukan Melayu, pandangan Tun mengenai isu ini?
Tun Mahathir: Bila anda bercakap berkenaan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri (PM) anda adalah bersifat perkauman, tetapi sama ada Melayu atau bukan Melayu jika ia diterima oleh majoriti masyarakat Malaysia ia boleh jadi Perdana Menteri, bukan macam (Perdana Menteri) Singapura yang mana telah menerangkan bahawa mereka tidak menerima Perdana Menteri dari bukan dari kaum Cina. Di sini (Malaysia), undang-undang mengatakan sesiapa boleh menjadi PM, dan ia tidak semestinya orang Melayu sahaja. Tetapi ia mesti ketua kepada majoriti parti, itu dia spesifikasinya. Jika diterima oleh rakyat Malaysia, ia boleh jadi (PM) sama ada Cina, Melayu, India asalkan dia bangsa Malaysia.
sinarharian
Apabila kita terlepas cakap ...
on Thursday, November 13, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
13 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
November
(40)
- Aktiviti YB KJ di Rembau
- RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008
- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail me...
- ‘Selamat hari jadi Pak Lah ke 69 "
- The Fabulous KJ
- RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER KE 3
- Arak : Pas seperti anak tiri dalam Pakatan Rakyat
- Apabila anak minta tolong bapaknya ...
- Pewaris di cabar oleh GMI
- Mengapa Muhkriz tidak mahu debat ??
- Sessi Soal Jawab Parlimen 29 Oktober 2008: Memperk...
- Resolusi Sidang Parlimen Blogger 24 November 2008
- Khir,Muhkriz ..siapa yang mahu melantik mereka ini...
- Kenalilah Khairy melalui isi hati kita sendiri…
- Kebangkitan PEWARIS untuk pejuangan bangsa Melayu...
- RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 ...
- Strategi baru Tun dalam pemilihan UMNO
- Siapa pilihan Pemuda UMNO ?
- Hala tuju Pemuda UMNO akan datang di bawah KJ
- Dilema UMNO
- Siapa Musuh Malaysia ?
- YB Khairy Jamaluddin yang mudah didekati
- Saya rela menjadi Mangsa dari menjadi seorang biadab
- Swot Analysis KJ
- Apabila kita terlepas cakap ...
- Blog terbaru muncul untuk sabotaj geng PRO KJ
- Mujur Mukhriz tidak mahu berdebat, jika tidak........
- Hulk mengamuk di sidang Umno Seremban, Pak Lah k...
- Tahniah Ali Rustam dan Pemuda Rembau calonkan KJ
- KJ –Siri 1
- Pesanan akhir untuk Pemuda Rembau-kpmu.net
- Visi KJ jelas dan Nyata dalam Astro Awani -kpmu.net
- Pro Tun jangan perkecilkan kemampuan Ali dan Muha...
- THE USUAL SUSPECTS – IDENTIFYING KHAIRY’S DEMONS (...
- Wawancara akhbar Watan dengan KJ
- Muhkriz takut berdebat
- Kenapa The Star tidak siarkan kecaman Jamaluddin t...
- Lihat debat dari sudut positif
- Fitnah ke 2 - Orang putih dibelakang Nori disangka...
- Putera UMNO membawa pulang Puteri
-
▼
November
(40)
mahathir kan mamat apa hairan. tapi dia suruh media tanya anwar ibrahim.. adakah anwar setuju bukan melayu jadi PM?
Assalamualaikum,
Kata-kata Dr.M adalah sindiran kepada Singapura yang tidak bersedia untuk melantik P.M dari Bangsa Melayu dalam masa terdekat dan PERINGATAN kepada UMNO dan BANGSA MELAYU
hang lekir
sindirin pun seperti makan diri sendiri .. dan boleh dijadikan modal pembangkang.
fikir la kata2 mahathir itu .dia tak apa sudah tua dan kaya tapi generasi akan datang tak tahu lagi masa depan mcmana. Nak cakap pun cakap la ,tetapi jangan gadai masa depan bangsa sendiri .
Salam Pejuang Melayu,
Setakat mana sangat pembangkang nak buat modal, sebab kalau pembangkang cakap lebih-lebih, nanti kena backfire oleh melayu PAS dan PKR.
Tu lah nak jadi pejuang melayu kena dulu abih bertapa cari ilmu. Kalau setakat berbekalkan slogan setiakawan, silap-silap langkah nampak sumbang.
Betul ke kata-kata Tun boleh membebankan Mukhriz? Hanya orang yang berilusi akan percaya dengan hakikat ini. Apa yang terjadi nanti team setiakawan akan memutarbelitkan kenyataan.
Kata-kata Tun tidak akan membebankan Mukhriz. Sebaliknya, apa yang telah menjadi satu kenyataan hakiki, Khairy telah membebankan Dollah Badawi. Tapi korang tak nak terima kenyataan ini kerana asyik dibelai mimpi Khairy.
http://the-antigonist.blogspot.com/
Wassalam.
Salam perjuangan
Wahai pejuang bangsa, nampak benar Ilmu kau tentang politik dan perjuangan bangsa cukup sempit dan mentah. Pergi belajar lagi jangan komen pendapat orang yg bijak klu diri tak cukup Ilmu. Cuba pahami betul2 apa yg Tun katakan jgn dek kerana kedangkalan anda, maka anda telah membuat komen yg benar2 memalukan apabila menggelarkan diri pejuang bangsa. Fikir dulu sebelum menulis atau bercakap kelak memakan diri. Tun sebenarnya mengingatkan melayu-melayu yg tak sedar diri. Cuba dalami betul maksudnya adik bucuk oiiiiii.
Inilah cara Tun berkempen untuk anak nya, walaupun tidak jelas tetapi akan ada sususlan yang akan membersihkan nama Mukhriz. Siapalah Mukhriz dalam arena politik, seorang ahli perniagaan yang bagaikan payung terjun menyertai politik. Masih ingat dalam satu wawancara politik, apabila ditanya apakah pencapaian terbaik beliau, dengan selamba dan bodoh beliau menjawab, semua produk Fiber Optik di Malaysia adalah dari kilang beliau. Lain orang tanya lain dia jawab.
Sama jugak la macam Piggy Singh
baru setahun jagung hidup dalam dunia cyber ni dah nak tunjuk belang. harap2 Piggy Singh sudah tersedar dr lamunan terhenti bersama Mukhriz.
Apa yang perlu kita perhati dan perhalusikan di sebalik kenyataan beliau ialah penyatuan Melayu yang amat-amat diperlukan di saat sebegini. Beliau berkali-kali menegaskan sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan majoriti akan layak secara automatik menjadi Perdana Menteri. Nah...setakat ini orang Melayu masih lagi memegang tampuk pemerintahan kerana kelebihan majoriti. Bukankah ini patut dikekalkan bagi mencapai kelangsungan kuasa. Ini juga merupakan peringatan kepada Melayu-melayu yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan yang belum tahu apa akibatnya di masa hadapan.
Pesanan sinis ini harus dititikberatkan oleh Kaum Melayu yang telah terpecah kepada tiga kelompok sekarang hanya kerana ideologi politik masing-masing. Berbeza dengan Amerika Syarikat, mereka hanya panas ketika musim pilihanraya kemudiannya bersatu semula setelah selesai pilihanraya untuk mencapai objektif dan hala tuju negara tersebut tanpa mengira ideologi politik.
Fahami kenyataan beliau sedalam-dalamnya dan jangan hanya mentafsir pada permukaan sahaja...selami dan hayati maksud disebalik pengucapan beliau...Melayu harus dan wajib bersatu bagi memastikan kelangsungan kuasa ini kekal. Jika tidak....
Maaf cakaplah.. Rasanya penulis tidak belajar Pengajian Am mahupun merujuk kepada Perlembagaan Malaysia. Secara ringkasnya saya cuba jelaskan kepada tuan penulis :
Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa seseorang Perdana Menteri perlu dipilih dari kalangan wakil parti politik yang mempunyai wakil terbanyak di Parlimen. Sehingga kini, UMNO adalah parti terbanyak mempunyai wakil di Parlimen. Secara otomatiknya, Presiden UMNO jadi PM, Timbalan presiden jadi TPM. Kerusi Perdana Menteri bukan hak orang Melayu. Ini hakikat.. Kecuali bagi negeri-negeri beraja, ketuanan Melayu dilindungi oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang mewajibkan HANYA orang Melayu menjadi Menteri Besar. Contohnya Perak. Jika tidak ada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, maka Ketua DAP Perak akan dilantik menjadi MB. Bagi persekutuan, tidak ada istilah HANYA MELAYU YANG BOLEH JADI PM.. Tun Dr. Mahathir hanyalah mengingatkan kita bertapa pentingnya Melayu bersatu.. Kenanglah jasa-jasa pemimpin kita.. Tanpa Tun, rasanya saudara penulis, saya dan yang lain-lain tidak akan merasa keseronokan menaip di skrin komputer ini untuk memburuk-burukkan orang lain.
Salam.
Piggy sigh dan madie
1- Orang berillusi maybe faham tetapi bagaimana orang di kampung ,pekerja kilang,dan orang tua2 .Apabila mereka membaca muka hadapan suratkhbar tentu akan terkejut dan ini yang sy tengok di persekitaran tempat saya.Jangan hanya fikir beberapa orang dalam laman intenet ini .Anda mungkin bukan melayu piggy singh ,tetapi bagi aku sebagai bangsa melayu tidak sanggup melihat PM diberikan kepada bukan melayu .Amerika pun selepas ratus tahun baru diberikan Presiden kepada Obama. Inikan kita baru 51 tahun merdeka.
2-Saya amat meminati sejarah sejak dari kecil lagi dan addres blog saya juga bermula dgn sejarah .Memang undang2 tubuh negeri perak mahu MB dari Melayu shj ,kalau tiada undang2 tu tentu Ngeh sudah jadi MB Perak.Saya amat kenang jasa pemimpin2 dahulu termasuk Tun ,cuma apa yang dia buat selepas pencen mengkritik individu tertentu ,kerajaan dan UMNO sendiri sy tidak boleh terima.
3- Apabila sy berhujah dgn rakan sy dr pembangkang ,mereka pun cakap lihat la Mahathir pun sokong PM bukan Melayu seperti Anwar. Dulu orang UMNO bukan main marah sangat kepada Anwar kini Che det pun sendiri setuju .Mcmamna orang melayu nak sokong UMNO ,UMNO pun tidak membela dan menjaga ketuanan melayu . Jangan kita buka jalan untuk orang lain mengambil peluang.
3-Sebenarnya ilmu ini tidak pernah cukup dan jika siapa cakap dia sudah cukup ilmu itu adalah orang yg sombong dan ego .Islam sendiri menyuruh umatnya menuntut ilmu itu dan jangan mendabik dada dan berlagak bahawa kita ilmu tinggi sperti piggy sigh dan madie
wahai pejuang bangsa.
saya bukan lah nak sokong tun m. malahan pada saya sesiap juga boleh buat statement begitu. cuba lihat perlembagaan persekutuan kita. baca dgn betul2.
tun m perasan dia bijak atau tdk bukan isunya di sini. dan banyak jasa tun juga bukan perkara yang dipersoalkan di sini.
tetapi saya suka bila kamu kata orang melayu mengelabah dan runsing dengan kenyataan tun itu. biarlah org melayu mengelabah. untung-untung mereka bolewh berfikir sedalam-dalamnya. biar org melayu dari semua parti sedar dari tidurnya. itu pun kalau kamu faham maksud yang tersirat.
Cik salina Sari
saya rasa orang Melayu dalam UMNO mungkin sedar perkara ini tetapi dalam Melayu PKR dan PAS cukup susah .Fikiran mereka telah ditanamkan kebencian terhadap UMNO dan bagi mereka UMNO itu tidak membela orang Melayu. Mereka tida kisah lagi Islam dan orang Melayu dihina oleh DAP dan orang bukan Melayu.
Tun Dr.M ni memang melingkup UMNO..
Dia anggap dai saja yg betul..
Org lain semua salah..
Nak jadi tuhan ke?
Lebih baik Tun DR.M balik didik Mukriz dan Marina..
sebelum dia org jadi sasau...
Kata2 Tun M adalah benar!! -ikut undang2!!
Tun M tak pernah kata dia je yg betul..tu adalah anggapan kita sendiri.
Tun M pun tak pernah kata semua orang salah..tu pun anggapan kita je pada sesapa yg tak sehaluan pendapat ngan kita.
Grow up!!