Terkini ! Khalid Ibrahim sah dipecat PKR tapi masih MB Selangor

on Saturday, August 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Seperti dijangka , Khalid Ibrahim   telah dipecat dari parti  demi nak lantik Bini Anwar jadi MB Selangor .

Seorang ahli akademik bidang undang pernah mengulas jika berlaku pemecatan Khalix  dan  beliau berkata dia masih lagi MB kerana masih  Adun Pelabuhan Klang  dan untuk menyingkirkan beliau perlu sokongan majoriti ADUN .

Kalau PKR mahu tendang beliau  , mereka perlu bentang usul tidak percaya di DUN .

Kita tunggu apa langkah Khalid Ibrahim seterusnya dalam krisis MB Selangor yang mana beliau mendapat sokongan padu PAS menerusi Majlis Syura Ulama .


SIDANG MEDIA KHAS.
9 OGOS 2014 1800H.
IBUPJBT PKR TROPICANA DAMANSARA
OLEH: YB DATO DR. TAN TEE KWONG.

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).

Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut. Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2.

. menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor.

. Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor.

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

. Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014


2 Responses

  1. Unknown says:

    He Manage the state... HIS STATE WHERE HE RULE! why did the rest interfere? HE SUCCESS...!!! So what did u care about? Please lah AnWar... Please STOP!

  2. Anonymous says:

    LAWAN TETAP LAWAN. I hope Khalid live up this spirit. Selangor selamat di dalam tangan Khalid PNB. Yang kacau dia boleh berambus jauh jauh.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.