MALAYSIA BERI PENGHORMATAN & BERTAFAKUR KEPADA JENAZAH #MH17 #MalaysiaBerkabung

on Friday, August 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanahair hampir 40 hari selepas insiden yang mencampakkan negara ke dalam tragedi berganda melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Jalur Gemilang di seluruh negara dikibarkan separuh tiang bagi mengenang semua 298 penumpang dan anak kapal dan secara khusus 43 anak watan yang menaiki pesawat malang yang terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Istiadat penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta dif-dif kehormat dan orang kenamaan. Istiadat dikelolakan oleh Briged ke-12 Infantri Malaysia melibatkan 450 orang anggota.

Pesawat khas MAS yang berlepas dari Schipol pada pukul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia mendarat di KLIA tepat pukul 9.54 pagi tadi.

Sejurus kemudian, satu demi satu keranda dibawa turun dengan hormat dan cermat oleh kumpulan pengusung terdiri daripada sembilan orang.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.