Khalid Ibrahim tinggal lagi 1 Buah Catur kekalkan MB Selangor

on Saturday, August 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



SELEPAS 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan buat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini hanya tinggal 'pencaturan terakhir' untuk mengekalkan jawatan iaitu membubarkan dewan.
China Press dalam satu analisis melaporkan, Abdul Khalid telah menampakkan keengganan melepaskan jawatan apabila beliau menyatakan dalam Twitter bahawa sokongan majoriti terhadap Wan Azizah perlu dibuktikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Secara asasnya, keengganan Abdul Khalid berundur adalah kerana beliau telah mendapat perkenan Sultan.
"Semasa menghadap Sultan, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
"Namun kelebihan Abdul Khalid terhakis apabila sebanyak 30 ADUN menyatakan tidak lagi menyokong beliau."
-
Selepas Wan Azizah mendapat sokongan majoriti, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memohon dengan Istana bagi menghadap Sultan dan cuba mendapat perkenan supaya calon dengan sokongan majoriti dilantik sebagai Menteri Besar.
Sultan bagaimanapun tidak berada dalam negara dan hanya akan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini.
Spekulasi yang bertiup sekarang ialah Abdul Khalid yang menyedari perkembangan yang tidak berpihak kepadanya akan menghadap Sultan lebih awal dan memohon pembubaran DUN.
Menurut China Press, keputusan Sultan mencuri tumpuan kerana dua senario boleh diwujudkan.
Pertama ialah pembubaran DUN dan kedua ialah titah Sultan supaya Abdul Khalid yang kehilangan sokongan majoriti untuk meletak jawatan, seumpama apa yang berlaku di Perak pada 2009. - MalaysiaGazette



One Response

  1. berasiam says:

    sebelum bubar dean, khalid boleh membeli beberapa orang pkr supaya keluar parti dan menyokong beliau dalam dun sekiranya undi diadakan. sudah pasti taktik begitu akan dicuba bagi mengelakkan pembubaran dun. yb-yb yang terlibat boleh dianggap hero sebagaimana kes di Perak kerana tindakan mereka berjaya mengelakkan pilihanraya negeri yang menelan kos kewangan dan masa yang tinggi. khalid ibrahim sedaya upaya mengelak daripada pilihanraya kerana beliau tidak pasti kekal sebagai mb sekiranya dun dibubarkan. oleh itu, taktok memujuk dan mempengaruhi 2 atau 3 orang yb pkr lebih membantu dan lebih mudah dilaksanakan untuk mengekalkan jawatan mb. dengan umno telah pasti tidak menerima jawatan exco, mustahil eberapa orang di kalangan pkr tidak kempunan untuk menjadi exco. sekadar mengisytiharkan diri keluar parti dan menyokong khalid ibrahim sebagai mb, mereka tidak rugi apa-apa bahkan untung berganda-ganda. 6 exco telah dipecat bermakna 6 ugalah yang boleh dijadikan pertaruhan oleh khalid ibrahim. jika orang pas pun sanggup melanggar sumpah, wala, dan baiah, apatah lagi orang pkr yang dnanya lebih berbaur politik berbanding dengan agama.

    masih ada beberapa hari untuk khalid memuktamadkan langkahnya. 6 kerusi exco boleh dijadikan umpan dan pertaruhan. kalau separuh pun di makan, khalid sudah menang. malahan seoertiga pun memberi kemenangan kepada khalid dalam perbalahan ini. mengapa tidak beliau mencuba sebelum terpaksa membubarkan dun. bubar dun adalah petunjuk kekalahannya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.