PPS KERAJAAN DAP BERNILAI RM1.5 JUTA DUIT RAKYAT DIISYTIHAR HARAM !! @dzainalabidin

on Wednesday, August 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Rupanya  DAP selama ini berbohong kepada rakyat P.Pinang kononnya PPS ini untuk menjaga keselamatan dan membantu PDRM  bagi menghalalkan mereka sapu duit RM1.5 juta setahun

Tetapi sebaliknya PPS adalah pertubuhan haram dan mereka juga telah   memukul rakyat dan melakukan aktiviti parti DAP seperti memasang bendera dan menjalankan kerja-kerja kempen ketika pilihanraya .



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

"PDRM akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti pasukan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) mendesak kerajaan Pulau Pinang memperjelaskan status sebenar penubuhan PPS yang dianggotai kira-kira 10,000 orang dan diberi elaun sebanyak RM10,000 serta semua kelengkapan bagi menjalankan tugas-tugas keselamatan.

Perkara tersebut mendatangkan kebimbangan berikutan pihak ROS pernah memaklumkan pertubuhan itu tidak berdaftar dan dianggap pertubuhan haram mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Tambah Khalid, pihak polis akan mengambil tindakan dan menyiasat bukan sahaja individu yang bertanggungjawab menubuhkan PPS sebaliknya terhadap semua anggotanya, apatah lagi melibatkan tugas-tugas keselamatan.






Download Buletin Mutiara
PPS terima pengiktirafan ‘berpaku’
Posted on 01 January 2014.
Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
GEORGE TOWN – Seramai 225 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) bahagian pulau menerima pengiktirafan pangkat oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada satu majlis di Dewan Tunku Komtar di sini baru-baru ini.

Tiga jenis pangkat dianugerahkan iaitu tiga paku kepada Ketua Pasukan, Timbalan Ketua Pasukan (dua paku) dan Naib Ketua Pasukan (satu paku).

Guan Eng ketika menjelaskan dengan lebih lanjut berkata, pengiktirafan pangkat jawatan Ketua Pasukan ditetap dan dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal penubuhan sesebuah pasukan PPS, manakala jawatan Timbalan dan Naib Ketua Pasukan diputuskan melalui mesyuarat ADUN dan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Pasukan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Melalui mesyuarat ini, nama-nama calon untuk lantikan ke jawatan tersebut akan dibincang dan dilantik setelah mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa mesyuarat,” ujarnya pada Majlis Pelantikan Pangkat Anggota PPS di sini baru-baru ini.

Bagi rekod penubuhan, PPS ditubuhkan sejak 2011 bagi mewujudkan persekitaran selamat kepada komuniti dalam membendung kegiatan jenayah seperti ragut, bunuh dan lain-lain.

Secara tahunan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi melicinkan operasi PPS seperti membeli kemudahan peralatan walkie-talkie, vest, topi, lampu suluh dan terbaru sepasang kasut keselamatan serta seluar panjang untuk tujuan rondaan.
Malah, anggota PPS turut dilindungi insurans berkelompok di mana masing-masing layak menerima pampasan RM10,000 sekiranya berlaku kecacatan kekal atau kehilangan nyawa ketika bertugas.
Menurut Guan Eng, inisiatif penubuhan PPS adalah untuk membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dan ia terbukti melalui beberapa kes yang berjaya ditangani dengan bantuan pasukan berkenaan.

“Lanjutan itu, ia telah menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa PPS cuba mengambil-alih tugas polis sedangkan semua pihak mengetahui bahawa pasukan keselamatan terbabit (Polis Diraja Malaysia, PDRM) mempunyai bidang kuasa sah dalam soal keselamatan negara,” ujarnya.

Bagi rekod terbaru, beliau memberitahu bahawa, sebanyak 264 pasukan PPS berjaya ditubuhkan seluruh negeri termasuk Seberang Perai dengan kekuatan anggota seramai 8,263.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.