..

..

KJ DESAK " KELVIN YIP " DIHUKUM TEGAS KERANA HINA ISLAM WALAUPUN MINTA MAAF

on Friday, August 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut agar tindakan setimpal dikenakan ke atas seorang pemuda yang mempersoalkan amalan mengalunkan bacaan ayat suci melalui pembesar suara.

Khairy dalam kenyataannya menyebut, pemuda tersebut masih perlu dikenakan tindakan walau sudah meminta maaf atas tulisan menggunakan bahasa kesat di Facebook yang menimbulkan kemarahan penganut Islam itu.

Beliau merujuk kepada tulisan pemuda yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook, yang berang kerana bacaan ayat suci itu dialunkan seawal jam 6.45 pagi, dipercayai semasa sambutan hari raya.

"Eh hello bangsat, aku tahu Hari Raya tapi tolong hindarkan doa anda kepada Tuhan dari pembesar suara pada jam 6.45 waktu pagi... ini sangat menjengkelkan," tulisan Yip dipetik.
Yip bagaimanapun dipercayai meminta maaf dan memadamkan tulisan tersebut selepas menerima kecaman dari pengguna laman sosial tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati beliau juga memadamkan akaun Facebook tersebut.

Menteri tersebut berkata, lelaki yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook itu masih boleh didakwa untuk memberi pengajaran.

Beliau membandingkan kes tersebut dengan kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau telah meminta maaf atas perbuatan khianat ke atas seorang warga emas dalam satu kes kemalangan jalan raya.

"Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum,'' kata Khairy di Facebook.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu memerintahkan Siti Fairrah menjalankan khidmat masyarakat selama 240 jam dan membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kiki mengaku salah mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta milik Sim Hiak Hong, 68, dengan menggunakan pengunci stereng kereta yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Sudahlah Khairi, aky guaranti kes nie akan senyap begitu saje tapi kalau melayu dah lama kena charge. I must admit we got a weak leader! Sayang kaum cina, bagi apa saje srbab kemaruk undi. Kalau kami yg hardcore supporter ni naik muak dan tak pangkah lagi, baru tak kangit tinggi rendah

  2. Anonymous says:

    Nak suruh siapa dakwa China keparat ni.kits tungu Dan lihat
    .bosan
    Bosan

  3. Anonymous says:

    Hanya di Malaysia dibawah PM Najib orang melayu dilayan macam sampah.Tidak pernah dalam sejarah Malaysia,orang melayu atau islam dihina sebegini rupa oleh PM yang kebas bini orang.Sebab itulah negara kita dilanda musibah satu demi satu. Memang benar kata Rayer-UMNO celaka.

  4. Anonymous says:

    AKU MEMANG SUKA KJ, BERANI KERANA BENAR !!! TAK SERUPA LANGSUNG MACAM TUK JAMIL KHIR, BOMOH TEMBERANG PUN TAKUT NAK CHARGE! ALLAH SELAMATKAN KJ DAN LALUTKAN MENTERI PENGECUT DAN OGHANG ATASAN MAJLIS AGAMA YANG PENAKUT TAIK ANJING KERING!@ SI KELVIN NI MUKA DAH LAH HUDOOH TAK TAU NAK RESPEK OGHANG LANGSUNG...LEBIH BAIK HANG DUDUK DIAM-DIAM BELA BABI KAT LUKUT BARU HANG TAHU MACAM MANA MERENGEK BISING BABI SIANG MALAM DAN BUSUUK MASIN MACAM JUBOQQ HANG PA YANG LAP KERTAS..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.