Khairy malukan Guan Eng yang buta sejarah komunis

on Wednesday, July 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

"Saya tidak faham kenapa dia (Guan Eng) tidak boleh membezakan antara kedua-dua entiti tersebut.

''Memang benar pada asalnya ideologinya sama tetapi Parti Komunis China telah melalui perubahan dan setelah Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memulakan hubungan dengan negara China maka mereka telah pun berhenti memberi sokongan kepada parti-parti luar negara terutamanya di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majli Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertikaikan hubungan diplomatik antara kedua-dua Pemuda UMNO dan Parti Komunis China yang disifatkan beliau telah menyerlahkan sikap kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, soal utama yang tidak ditekan Guan Eng ialah mengenai filem The New Village yang berdasarkan sedutan yang dilihat memberi gambaran positif terhadap pengganas PKM.

"Beliau sentiasa tidak menjawab isu pokok iaitu sensitiviti rakyat Malaysia yang masih lagi sensitif terhadap isu pengganas komunis," tegasnya.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak justeru, Pemuda UMNO meminta Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada filem itu.

"Tindakan Kementerian Dalam Negeri tepat untuk menangguhnya dahulu. Ini kerana kita lihat Tanda Putera, maka filem itu ditunda dan ditangguh selama satu tahun selepas penilaian semula.

"Dalam hal The New Village, kita mahu perkara sama dibuat juga. Itu perkara yang tidak disentuh Guan Eng kerana dia tidak faham perbezaan PKM dan Parti Komunis China hari ini dalam isu hubungan diplomatik," katanya.


2 Responses

  1. Orang yang bodoh mudah diperguna-gunakan. Sebab tu kiasu-kiasu harbi ni tak mahu belajar sejarah Malaysia sebab mereka tahu segala busuk dan pekung bangsa mereka sejak kejatuhan Melaka, kejahatan kongsi gelap dalam Perang Larut, keganasan komunis, insiden 13 Mei, Ops Lalang diketahui umum.

  2. Anonymous says:

    Bernas sekali cakap YB Menteri Khairy Jamaluddin kita! Parti Komunis Malaya (PKM) yang amat Komunis durjana itu, telah tidak lagi jadi sebahagian rejim Parti Komunis China (PKC - yang akhirnya, telah tukar haluannya untuk menjajah Asia Tenggara; apalagi dengan peningkatan kekuatan ASEAN sejak ditubuh dalam tahun 1967 dan lawatan BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN tercinta kita, Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein yang bijak dan berani ke China).

    Dari tahun 1959 lagi, PKM yang kemudiannya disyaki menerajui PAP-DAP, disyaki di rekrut PENJAJAH Barat-Israel, terutamanya diketuai CIA-MI6-Mossad, untuk melahirkan "Greater Israel" di Timur, dengan menawan Malaysia termasuk Singapura (ketika itu) dan Indonesia (sebab itu Bapa Kemerdekaan Indonesia yang amat Nasionalis, Allahyarham Presiden Sukarno ditumbangkan oleh rejim Suharto yang pro-Barat-Zionis, dan Pres. Sukarno disyaki dibunuh dalam penjara akhirnya), di mana Malysia dan Indonesia penuh minyak-gas. Tapi, tak berhasil, hanya S'pura dapat ditawan buat masa itu - tapi impian politik yang sungguh GANAS untuk "Greater Israel" ini bakal tercapai kalau Cina PAP-DAPBIAWAK/PKR MENJAJAH Malaysia, di masa hadapan (juga akan merangkumi Thailand dan Filipina dengan menumbangkan umat Islam di selatan Thailand dan Mindanao). Lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009:

    ....2. Impressed by the Israeli defence system when visiting Israel in 1959, Singapore’s 1st Minister of Defence, Goh Keng Swee (GKS) later invited Mordecai Kidron, Israeli Ambassador to Thailand, over to Singapore to help set up its army. By end- 1965, Israeli teams from Israeli Defence Forces (IDF) began arriving to help Singapore build its army, Singapore Armed Forces Training Institute (SAFTI) and the Defence Ministry....

    7. In a book entitled “The Israeli Connection: Whom Israel arms and why”, Benjamin Beit-Hallahmi (1988, pg26) wrote, “According to the CIA (1979), Singapore is the location of the main Mossad station in Asia. General Efrain Poran, a former military adviser to (Israeli) PM Begin, served a s Defense adviser to the Singapore Government (Kartin, 1984). In 1969, 45 Israeli advisers were on active duty in Singapore.”........

    Dan di dekad ini, Cina-Cina bekas PENGGANAS PKM, disyaki dalam DAP-PAP, bersama sekutu Barat-Israelnya, bukan menggunakan fahaman Komunis lagi untuk menghasut bangsa Cina-India, tetapi menggunakan fahaman Kristian palsu, iaitu fahaman Kristian Zionis. Kerana agama Kristian ini lebih mudah untuk menghasut lebih ramai Bukan Islam termasuk Bumiputera bukan Islam terutamanya di Malaysia Timur.

    Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.