Hot ! Ketua Wanita PKR P.Pinang tak mampu bayar gantirugi saman fitnah RM30 ribu

on Thursday, July 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyita barang-barang milik Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Norhayati Jaafar di rumahnya di Taman Sri Kijang di sini.

Tindakan itu dilakukan sejurus mereka menyerahkan writ penyitaan ekoran kegagalan Norhayati mematuhi perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah setelah kalah dalam satu kes saman fitnah tahun lalu.


Menurut peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar, tindakan sita terpaksa diambil selepas Norhayati mengingkari arahan mahkamah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese pada 27 September tahun lalu untuk membayar ganti rugi kepada Aminah.

"Hari ini pihak mahkamah telah menyerahkan writ sitaan dan jualan bagi menyita barang-barang milik defendan pertama dalam kes itu iaitu Norhayati.

"Dia diberi masa 14 hari untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi atau barangan terbabit boleh dilelong oleh pihak mahkamah," katanya kepada pemberita di Balai Polis Machang Bubok di sini hari ini.


Selain Norhayati, dua lagi pimpinan PKR iaitu Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamaruddin dan Timbalan Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam, Jab Samad turut diarahkan membayar ganti rugi RM30,000 setiap seorang kepada Aminah.

Aminah mengambil tindakan saman itu ekoran satu kenyataan dalam akhbar parti Pas, Harakah edisi 20-22 Mei 2011 yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya. - UTUSAN 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.