KEJATUHAN MORSHI MELALUI PENGGULINGAN PATUT DIJADIKAN PENGAJARAN UNTUK MALAYSIA

on Thursday, July 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Peristiwa penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Beliau berkata, detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.
Katanya, perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh.
"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Bernama melaporkan Hishamuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rampasan kuasa oleh tentera Mesir terhadap presidennya, semalam.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang pada prinsipnya menolak penggulingan Morsi kerana pemilihan presiden itu dibuat melalui sistem pilihan raya yang diiktiraf dunia, telus dan bersih.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mengharapkan masyarakat antarabangsa turut bersama-sama mengutuk tindakan penggulingan presiden itu.-4/7/2013


2 Responses

  1. Pirah Nuar...

    Aku bayangkan jika Anwar jadi PM melalui rusuhan dan revolusi. Adakah orang-orang dan penyokong BN/UMNO akan diam, wa'la, toat dan redho jer?

    Adakah DAP tak akan minta apa-apa yang boleh merugikan umat Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu?

    Apakah PM Anwar akan diam jer jika berlakunya penentangan demi penentangan hingga berlaku rusuhan balas yang lebih dahsyat dari penyokong BN/UMNO. Tak nak guna polis? tentera?, ISA? Penjara?, Tangkap wartawan?, tutup media? atau tak minta US masuk campur?

    Morsi naik melalui revolusi...dan dia juga jatuh melalui revolusi dan rampasan kuasa...yang jadi Presiden dan pemimpin sementara Mesir sekarang adalah kristian Qibti dan Yahudi Mesir...puas hati?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.