Apa isyarat Najib mahu ahli pilih pemimpin Umno menang pilihanraya ?

on Saturday, July 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


"Kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti, tetapi juga dalam pilihan raya sekali," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemilihan Umno yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
 
Dengan pelaksanaan perlembagaan baru dalam pemilihan kali ini, Najib yang juga merupakan Presiden Umno yakin ia bakal menjadi pemangkin kepada meletakkan parti itu pada asas yang lebih kukuh.
 
Pemimpin yang berjaya di dalam parti sahaja ujar beliau belum mencukupi untuk terus menjamin kedudukan Umno sebagai sebuah parti yang diterima oleh keseluruhan rakyat di negara ini.
 
"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat. 
 
"Inilah yang paling penting sekali, kerana kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali. 
 
"Kita harap Umno ini sebagai parti yang diterima rakyat. Jadi bila Umno nak diterima oleh rakyat bererti bahawa kita mesti mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang disenangi oleh rakyat. 
 
"Jadi proses pemilihan dalam parti diharap dapat melontarkan (menonjolkan) mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif di kalangan rakyat," ujar beliau.
 
Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.
 
Kenyataannya itu dilihat bakal memberikan kesan kepada beberapa pemimpin parti itu yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Mei lalu.
 
Untuk rekod, penyandang Ketua Wanita Umno ketika ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula tidak dicalonkan pada pilihan raya lalu selepas tewas kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada penggal sebelumnya.
 


One Response

  1. Anonymous says:

    Ini bermakna pemimpin atau perdana menteri yg gagal wajib berhenti!!!! Najib harus disingkirkan sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.