Kesilapan besar jika pengundi Kuala Besut jadikan Ali Baba sebagai wakil rakyat !

on Tuesday, July 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa berkata, kenyataan calon Pas DUN Kuala Besut, Azlan Endut sekiranya Pas menang di PRK Kuala Besut, beliau akan menggajikan seorang pegawai untuk bertindak sebagai wakilnya kerana dirinya sibuk menguruskan perniagaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, ini menunjukkan bahawa calon Pas ini tidak komited dengan tugasnya malah meletakkan tanggungjawab yang diamanahkan sekiranya menang sebagai ‘enteng’.
“Jelas calon Pas ini lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyat. Sekiranya sedar dia sibuk dengan perniagaan, buat apa bersetuju untuk menjadi calon.
“Adakah Pas beranggapan undi yang rakyat beri itu sebagai mainan dan tidak penting. Jelas ini menunjukkan bahawa mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi sekadar atas nama parti.
“Mereka tidak bersungguh dalam membela nasib rakyat. Jika pemimpin sebegini dipilih menjadi pemimpin maka rakyat akan menjadi mangsa. Ianya terlalu jauh dengan slogan kita rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh itu ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, para pengundi di DUN Kuala Besut harus memikirkan dengan sebaik mungkin siapa yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Kenyataan calon Pas tersebut jelasnya, sudah menunjukkan dengan nyata bahawa sekiranya Pas menang maka nasib rakyat tidak akan terbela kerana apa yang menjadi keutamaan Pas adalah bidang perniagaannya.
“Tugas sebagai wakil rakyat bukan mudah. Jangan kerana taksub kepada parti, tanggungjawab dan amanah di ‘alibaba’kan. Saya benar-benar menyeru agar para pengundi menilai dengan sebaik mungkin sebelum membuang undi pada 24 Julai nanti,” ujarnya lagi. - MediaUM


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.