KAHERAH: Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ditahan bersama pembantu kanannya di bawah kemudahan ketenteraan selepas tentera mengumumkan penyingkiran beliau, kata seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin, hari ini.
"Morsi dan kumpulannya berada dalam tahanan rumah di Kelab Pengawal Republikan Presiden," kata anak lelaki kepada pembantu atasan Morsi, Gehad El-Haddad kepada AFP. Bapa Haddad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi yang ditahan. - AFP