Tweet saya untuk hina Umno bukan Nabi

on Monday, April 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Bila laporan polis dibuat dan kecaman oleh para Mufti , pemimpin Pemuda Pas ini bukannya nak tarik balik atau memohon maaf tapi sebaliknya menuduh Utusan Malaysia salah tafsir dan beliau hanya maki Umno sahaja.


Tangkap saja mangkok bangang ni..nak maki dan fitnah  Umno tapi guna jual nama Nabi Muhammad SAW .



Kenyataan Media

Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW.

Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula.

Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.

Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.

Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.

Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.

UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa.

Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni.

Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jemgkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH..

Khairulfahmi Matsom
1 April 2013


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Khairulfahmi Stupid Dog!!! belajar agama tinggi lagi lh wei!!! sukahati je nak permain nama Prophets.

  2. q0l0p says:


    Maaf la fahmi bahalol oii! dalam tweet ko tu ko telah menurunkan taraf Nabi Muhammad SAW yang maksum ke taraf Anwar dan Saharuddin!! itu tak menghina??

  3. Xpas says:

    Sifat org beriman, bila bersalah mengaku salah, minta ampun dan bertaubat. Ali Imran 135, At Taubah 102.
    Sifat org yg tidak beriman, sentiasa menyalahkan org lain. Al Ahzaab 67, Al An'am148, AnNahlu 35, Az Zukhruf 20, Al Anbiya' 53. Menyalahkan tok nenek, pemimpin, hingga ke peringkat menyalahkan takdir, namun utk mengaku salah sendiri tidak sekali.

  4. Anonymous says:

    Dunia dah akhir zaman....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.