GPB agak terkejut muka Tok Ayah Datuk Seri Ridzuan Sulaiman berasal daripada P.Pinang dikehendaki Polis untuk membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Kalau dikehendaki POLIS untuk kes pencerobohan Lahad Datu ini kira besar la punya ceritanya .
Walaupun dia bergelar Datuk Seri , Tok Ayah ka , tindakan undang-undang wajib dikenakan jika dia didapati terlibat sebagai DALANG & pengkhianat negara .GPB yakin semua pertubuhan NGO Melayu seperti PEKIDA dan lain2 menyokong tindakan pihak Polis ini .
Esok jam 10 pagi dikhabarkan beliau akan menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi bersama peguamnya .
Walaupun dia bergelar Datuk Seri , Tok Ayah ka , tindakan undang-undang wajib dikenakan jika dia didapati terlibat sebagai DALANG & pengkhianat negara .GPB yakin semua pertubuhan NGO Melayu seperti PEKIDA dan lain2 menyokong tindakan pihak Polis ini .
Esok jam 10 pagi dikhabarkan beliau akan menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi bersama peguamnya .
Untuk pengetahuan , Mamak Datuk Seri YDP Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan ini pernah mengamuk di Bangunan UMNO Permatang Pauh gara-gara pasal duit keselamatan ketika PRK Permatang pauh . Habis masa tu kecoh dibuatnya bila mamak ini turun macam gangster tuntut duit kepada UMNO Bahagian .
Puak-puak ni tak boleh pakai aih..kalau bab duit kawan pun sanggup bunuh..pegirahhhh
betul sekali,,,,egois na orang orang ini,,,kalau bab duit nyawa pun tak ade harganye
Mana yang lebih berjasa. Tun M atau orang ni?