PERKEMBANGAN TERKINI TIMB PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK !!

on Friday, April 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini. Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi. Shaharuddin Ibrahim.




Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia. Sebelum itu, beliau seperti rutin harian bergerak dari rumahnya pada jam 7.50 pagi menggunakan kereta Nisan Murano dari Dengkil dan sampai di lampu isyarat Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi sebelum ditembak 3 kali di leher.

Pemandu beliau telah membawanya ke hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi Anda mungkin juga meminati:


3 Responses

  1. Anonymous says:

    .
    ..
    ...

    Al-Fatihah.
    Semuga keluarga Allahyarham Dato tabah menghadapi situasi ini.

    ...
    ..
    .

  2. Unknown says:

    Aku berdoa pada allah agar allah akan merahmati alamarhum dan aku akan berdoa pada allah supaya allah akan memberikan petunjuk siapa dalang dalam insiden ini

  3. Unknown says:

    Aku akan berdoa agar allahyarham ditempat golongan y bertaqwa... Dan aku akan berdoa pada allah supaya menunjkn siapa dalang dan pembunuh yang telah membunuh tokpak. Aminnnnn

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.