Ambiga tuduh #PRU13 paling kotor tapi bisu pemilihan CEC Dap

on Wednesday, April 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga terus menoktahkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai yang paling kotor tetapi mulutnya dikunci rapat daripada mengulas mengenai 'kesilapan' dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada hujung tahun lalu.

Kata Ambiga, senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak bersih dan mendakwa SPR tidak memberikan sebarang jawapan ketika isu itu dibangkit oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Kami dapat laporan senarai undi tidak bersih dan pada pendapat Bersih, PRU-13 ini adalah yang paling kotor," katanya.

Ambiga yang sepatutnya lebih tahu apa yang berlaku pada pemilihan CEC DAP selepas banyak aduan berkaitan penipuan dalam proses pengundian, manipulasi undi dan perwakilan haram, diihat tidak bersikap adil untuk memperjuangkan hak pilihan raya bersih dalam proses pemilihan parti untuk menentukan kepimpinan DAP.

Namun dalam ceramah anjuran DAP malam ini, Ambiga terus menyalahkan pihak media terutamanya arus perdana dengan mendakwa parti politik terutamanya pakatan pembangkang tidak mendapat tempat sewajarnya ketika melancarkan manifesto mereka.

"Apabila manifesto Barisan Nasional (BN) dikemukakan pada hari Sabtu, berapa lama ia ditayangkan dalam media arus perdana (televisyen), hampir dua jam tetapi pakatan pembangkang berapa minit, 10 minit pun. Adakah itu adil?" katanya.

Beliau juga berkata, kehadirannya dalam banyak ceramah politik anjuran pembangkang kerana dijemput.

"Bersih tidak memihak pada mana-mana parti politik, kita tidak sokong mana-mana parti politik, tetapi pakatan pembangkang sokong Bersih. Pakatan pembangkang sokong pilihan raya bersih. Kalau ada jemputan dari BN, tentulah saya akan pergi," katanya.

Ambiga juga mahu rakyat mencabar ketelusan PRU-13 ini, melalui projek Jom-100 peratus, dengan meminta pengundi keluar beramai-ramai sehingga mencecah 100 peratus pengundi untuk tujuan melawan penipuan yang dikatakannya berlaku itu.

"Bila semua keluar mengundi, kita boleh menyiasat penipuan ini. Satu lagi cara ialah rakyat sendiri boleh menjadi pemantau kepada proses pilihan raya. Kita mahu pilihan raya yang bersih dan aman," katanya.

Pada akhir ceramahnya, Ambiga melaungkan 'hidup Bersih', tanpa membersihkan isu berkaitan pemilihan CEC DAP di mana sepatutnya dia meminta Pertubuhan Pendaftar (ROS) menyiasat dan bertindak untuk menentang DAP. - UTUSAN ONLINE


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Cuba tengok blog EMPAYAR PEMUDA article: Hot: UGUTAN BUNUH SEBAGAI UPAH APABILA PENDEDAHAN INI DIBUAT...#GE 13 #PRU13 #TOLAK PR #PG13 Lihat videonya sungguh memeranjatkan.

  2. Anonymous says:

    PALING KOTOR KERANA DIA DAN PUAK PUAK DIA YANG NAK MAIN KOTOR. KALAU BN MENANG BESAR, SAMA SAMA KITA HALAU DI KELUAR DARI TANAH AIR MELAYU INI. SURUH DIA TINGGAK KAT AMERIKA.

  3. Anonymous says:

    Ambiga ni dah sah dan terang tidak menyokong usaha kerajaan, sebaliknya sikap propembangkangnya amat jelas dilihat, waima orang buta sekalipun.

    Ambiga perlu bertanding atas tiket PKR untuk membuktikan dia mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Itupun kalau dia berani.

  4. Anonymous says:

    Puki ambiga kena bersih dulu.barua sial.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.