PANAS !! Malaysiakini malu besar , kantoi menipu lagi !

on Monday, February 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menolak laporan portal berita yang memetik kenyataannya berhubung cadangan melarang rakyat Malaysia di luar negara mengundi jika tidak membayar cukai .

Katanya, laporan tersebut tidak tepat kerana beliau tidak pernah mengeluarkan cadangan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.

Beliau menjelaskan, kenyataannya sebelum ini sebenarnya menyentuh cadangan SPR untuk mengadakan syarat tertentu bagi rakyat Malaysia di luar negara yang harus pulang dari semasa ke semasa ke tanah air bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.

"Apa yang saya nyatakan ialah cadangan untuk menentukan syarat kepada rakyat kita di luar negara mengundi secara pos seperti yang dilakukan di negara-negara lain.

"Ada sesetengah negara lain menetapkan syarat seseorang warganegaranya yang tinggal di luar negara dalam tempoh lima tahun dibenarkan mengundi secara pos jika mereka ada pulang ke negara asal dalam tempoh berkenaan. Ada juga negara yang menetapkan syarat empat tahun.

"Mengenai warganegara tidak membayar cukai tidak boleh mengundi secara pos, saya merujuk contoh di Amerika Syarikat (AS) iaitu pengundi pos di negara itu adalah terdiri daripada pembayar cukai," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor yang diadakan di Stadium Malawati di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan malaysiakini.com 2 Februari lalu yang memetik kenyataan beliau bahawa AS mempunyai sistem yang hanya membenarkan warganya yang bekerja di luar negara dan membayar cukai untuk mengundi.

Menurut laporan itu lagi, Abdul Aziz mengatakan, hak mengundi hanya perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan pulang ke negara dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan, cadangan SPR untuk mensyaratkan rakyat Malaysia di luar negara harus pulang dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka mengundi secara pos adalah bertujuan mewujudkan 'satu ikatan' golongan itu dengan perkembangan semasa di negara ini.

"Jadi, cadangan syarat-syarat itu telah kita bincangkan akan dibawa ke Jawatankuasa Parlimen. Kalau dipersetujui, kita akan pinda undang-undang, namun yang paling penting ialah rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi secara pos, mereka harus memohon dan kita akan teliti syaratnya.

"Melalui cadangan syarat ini, kita mahu supaya ada ikatan rakyat kita di luar negara supaya mereka tahu negara dia, tahu kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dia.

"Kalau tak pernah balik ke Malaysia selama 10 tahun, 20 tahun duduk di luar negara, jadi tidak ada makna. Dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di negara ini," ujarnya.


One Response

  1. Anonymous says:

    kalau nak tahu ramai org malaysia yg menetap diluar negara adalah orang Cina....sebab tu DAP beriya iya sgt untuk bagi org malaysia yg menetap di luar negara mengundi...

    Kalau dah tak pernah balik ke malaysia, perlu ke mereka mengundi??? Tak menyumbang kepada negara.. Cadangan ni tak perlu dipertimbangkan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.