SUHAKAM pentingkan hak asasi , negara menjadi sarang penjenayah ok ?

on Tuesday, February 14, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat kecewa dengan pengusiran pulang kolumnis Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari, yang menurutnya telah dilakukan secara terburu-buru atas permintaan pihak berkuasa negara itu, kelmarin.

Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, pengusiran beliaumenjadi satu kejutan walaupun rayuan bertulis telah dibuat oleh Suhakam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mempertimbangkan kesnya agar selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan 'refoulment' di mana seseorang yang menghadapi penganiyaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut.

"Pengusiran pulang Mohammad Najeeb akan mempunyai kesan negatif kepada negara kerana telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Katanya, kolumnis itu telah pun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa.

Dalam hal ini, kata beliau, Suhakam mengulangi seruannya kepada kerajaan, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menunjukkan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

Semalam, Hishammuddin menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri menjadikan negara ini sebagai destinasi untuk bersembunyi.

"Jangan ingat Malaysia negara yang selamat untuk mereka bernaung dan tinggal bagi mengelak mereka diburu.

"Kita tidak akan membenarkan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit," katanya.

Mohammad Najeeb, 23, dihantar pulang ke negara asal kerana didakwa menggunakan Twitter untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Hishammuddin memberitahu bahawa penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan kerajaan Arab Saudi dan bukannya daripada Interpol seperti yang didakwa beberapa pihak.

Hishammuddin turut menafikan wujud injunksi mahkamah untuk menghalang penghantaran pulang kolumnis Arab Saudi itu.

Katanya, Malaysia punya polisi bukan sahaja pada negara Arab Saudi tetapi juga negara lain termasuk Amerika Syarikat jika diminta berbuat demikian.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Nak jadi penjenayah pun adalah hak asasi seseorang yg tidak boleh dipertikai oleh org lain..gitulah gamatnya.
    Kalau ingat lagi masa mereka berhimpun di lebuhraya KESAS dahulu..sehingga menghalang pengguna lebuhraya dan menafikan kuasa dan tanggungjawab anggota2 Polis yg mengawal ketenteraman awam....'mereka' asyik memikirkan soal hak asasi mereka sahaja....TETAPI tidak pernah memikirkan hak asasi orang lain atau pihak lain....itu maknanya mereka hanya pentingkan diri sendiri dan orang seperti ini tidak ada tempat di dunia ini....setan laknattullah.....

  2. Anonymous says:

    hak asasi mukmin beriman pula bunuh manusia yg menghina rasul allah,manusia kafirun,munafikun,fasikun,wajar dilupus saja keberadaan atas muka bumi ini.

  3. ado363 says:

    SUHAKAM PI MAMPUS DGN HAK ASASI KAU TU,HARAP ADALAH SEDARA MARA SUHAKAM NI KENA SEKALI DGN PENJENAYAH DAN LIHAT HAK ASASI PENJENAYAH TERSEBUT MCM MANA PLAK DIA NAK JAGA

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.