Polis memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran makanan segera KFC I-City, Shah Alam, Isnin lepas supaya tidak campur tangan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun mana-mana parti politik tidak perlu campur tangan dan menghangatkan lagi keadaan kerana undang-undang telah tersedia untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya perlu.
Katanya, insiden itu boleh diselesaikan anatara dua pihak yang terlibat tanpa perlu campur tangan orang lain agar pertelingkahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.
“Insiden ini membabitkan pelanggan dan sebuah restoran makanan segera sahaja. Orang lain tak perlu terlibat dan panaskan lagi keadaan. Masalah akan selesai tanpa melibatkan orang lain.
Bagi saya, polis pun tidak perlu campur tangan sebab tak ada yang cedera," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja anjuran Polis Pulau Pinang di Padang Kota di sini hari ini.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang pelanggan dan pekerja restoran berkenaan disebabkan ketiadaan bekalan ayam goreng, namun ada yang mendakwa pergaduhan itu berlaku akibat timbulnya elemen perkauman.
Khalid berpendapat perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan.
Beliau berkata, NGO dan parti-parti politik tidak harus campur tangan dalam hal ini supaya isu itu dapat diselesai dengan aman.
"Sebenarnya polis juga tidak perlu campur tangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat," katanya.
Polis beri amaran, DAP jangan masuk campur insiden KFC
on Saturday, February 11, 2012
by Generasi Pejuang Bangsa
-
1 Comment
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2012
(827)
-
▼
February
(44)
- Tun Mahathir sindir PAS ,sepatutnya lantik Kit Si...
- Anugay mesti suka sebab mengapa China Doll suka da...
- Guan Eng gagal jawab 20 soalan skandal tanah Bayan...
- Kecoh ! Penyokong Israel tak mahu terima memorandu...
- Sokong Israel: Anwar terus hilang punca menjawab...
- Annapolis Summit bukti Anwar sokong kuat iktiraf ...
- PANAS ! Penyokong PKR tentu berang Tun Mahathir ge...
- Guan Eng buat hal lagi , pertikai Melayu jadi PM ?
- Nurul Izzah tentu malu besar pasal berita gembira ...
- Guan Eng lega syarikat pemaju Ivory jawab pasal te...
- Guan Eng tentu berang sindiran Amy Search
- Dr Asri nasihat jangan guna agama sebagai senjata ...
- Soi Lek malukan Guan Eng pasal kitab buku Jinggay
- Video transformasi apa Jamil Khir nak buat ??
- Guan Eng kantoi,Umno ada bukti skandal Bayan Mutiara
- Guan Eng pertahan syarikat Singapura sebagai perun...
- Sokong Israel: Anwar salahkan UMNO , Nik Aziz tegu...
- BR1M : Dana bukan pinjaman bukti kerajaan BN ceka...
- SPRM sahkan BR1M bukan rasuah
- Live ! AMAN KAMPUS serang Parlimen Batu Kawan
- Hari Kekasih: NGO Islam bantah kenyataan Karpal
- SUHAKAM pentingkan hak asasi , negara menjadi sara...
- Rafizi hidup mewah , gaji RM 25 ribu sebulan ??
- Mengapa Anwar jumpa pemimpin tertinggi HAMAS yang ...
- Ustaz Azhar Idrus kecewakan penyokong Pas
- Polis beri amaran, DAP jangan masuk campur insiden...
- Isu perkauman pekerja KFC mainan DAP mendapat lipu...
- Bila Nik Aziz nak keluar fatwa insiden KFC ?
- Guan Eng tension BR1M , desak beri lagi tahun depan
- PANAS !! DAP guna isu Ayam KFC untuk juara isu ...
- NGO Melayu pertama berani tampil pertahankan peker...
- TERKINI !! Video versi budak Cina jerit & maki p...
- Boyfriend Eli Wong lari pi Batam ,mengapa lelaki A...
- Fitnah Umno sekat duit zakat kantoi !
- Azizan berang difitnah letak jawatan !
- Anak muda Melayu pekerja KFC terajang penyokong D...
- Hindraf gila populariti ,nak saman Najib & Muhyiddin
- Adakah ini model pengganti Persona iaitu P3-21A-2...
- Hindraf nak sabotaj kehadiran Najib di Batu Caves ?
- PANAS !! Malaysiakini malu besar , kantoi menip...
- Sambutan Maulidul Rasul yang menghina Rasulullah d...
- Salahuddin balik tanding di Johor,Mat Sabu bila la...
- Khir Toyo ramal 50 -50 BN boleh tawan Selangor ,...
- Panas! Anwar mencari Dana PRU sampai ke Turki ?
-
▼
February
(44)
Jgn Ganggu Kerja Polis...Jgn Biadap...Biar Undang2 Tentukan Siapa Yg Bersalah...