Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan teguran Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."
Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Nik Aziz Isnin depan berikutan jadual kerjanya yang padat.
"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok (Thailand), Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.
"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya.Bagaimanapun, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai pertemuan itu.
Sebaliknya kata Anwar, beliau akan mengeluarkan kenyataan media petang ini.
WSJ telah diperalatkan oleh UMNO/BN...ini adalah konspirasi terkini masakini....kehkehkeh
Politik suku, agama suku..... perghh! ayat ini Hadi Awang selalu guna zaman dulu. Hadi telah tag haram untuk keadaan sebegini. Tapi semua orang berubah, Hadi dah tua, Nik Aziz pun lagi tua, Anwar pun macam tu. Pemikiran mereka telah berubah. Dulu Mahfuz sanggup dipenjarakan sebab kriket Israel, sekarang kenyataan Anwar Mahfuz hanya lihat sebagai angin yang lalu..
Cuma licik berpolitik dengan topeng pelbagai masih kekal...