Dalam mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai presiden PAS.
"Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
"Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.
Menurut bekas pengerusi BN itu, ebelum ini PAS mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti mewakili bukan muslim seperti MCA dan MIC, tetapi cadangan mereka kali ini umpama meludah ke langit.
Mahathir berkata PAS sepatutnya tidak mempunyai masalah bagi menerima bukan Islam sebagai presiden parti itu, kerana selama ini pun mereka mempertahankan dan membenarkan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat yang memetik ayat-ayatal-Quran pada ceramah politik.
“Lagipun, jika mereka bukan Islam, mereka faham tentang Islam dan sekarang boleh menggunakan petikan al-Quran dalam ucapan mereka.”
It's a wake up call to every Malays, message delivered.
Always The Great Tun, The Sultan of Swing.
kalau hadi awang dgr depan2 confirm nangis...
musibatul ampas moshe nik ajis kalau dgr mesti dia gelak sebab jawatan musibatul ampas tak disindir tapi aku rasa dah presiden pas lim kit siang...
timb.presiden stay dgn mat sabu(sebab pandai ketawa dan belakon)...
musibatul ampas ni kapal sing...
confirm pas akan mengepalai pakatan rakyat...
hehehee...
pejuang hamas...
hubaya2 wahai umat Islam!...bekas s/u sulit anwar,Anuar shaari dedahkan terdapat pihak t,tentu dlm pas yg cuba bawa masuk S.Ambiga bekas president majlis peguam utk diangkat jadi naib presiden dah lupa ke si Ambiga tu pendukung kuat Suruhanjaya antara agama (IFC) pembela kuat kes murtad Lina Joy!...antara pejuangan IFC adalah...orang bukan Islam tak perlu anut Islam jika nak kahwin org Islam dan... penganut Islam dibenarkan murtad sekiranya nak kahwin bukan Islam!... tanpa dikenakan tindakan undang2!...mana dia perjuangan menegakkan Islam?...inikah yg dinamakan perjuangan negara berkebajikan?...Mashaallah!..bersama2lah kita berpesan2 dgn kebenaran!... wassalam!