BR1M : Dana bukan pinjaman bukti kerajaan BN cekap uruskan kewangan negara

on Wednesday, February 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak termasuk Bank Dunia atau menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai Program Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa kerajaan melaksanakan program BR1M menggunakan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2012.

Oleh itu, adalah jelas kerajaan tidak meminjam daripada mana-mana pihak. Kerajaan juga tidak menggunakan wang KWSP atau mana-mana entiti tempatan untuk membiayai program ini," katanya.

Program BR1M yang bertujuan mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup mendapat sambutan mengalakkan daripada kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

Sehingga kelmarin, sebanyak RM602,579,500 baucar BR1M sudah ditunaikan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,597,434 orang sudah membuat permohonan BR1M dan 3,580,916 permohonan diluluskan.

Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula BR1M boleh dibuat sehingga 15 Mac dan format khas rayuan BR1M boleh didapati di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan www.treasury.gov.my.

Menurut Kementerian Kewangan, sebanyak 54,531 permohonan borang rayuan sudah diterima dengan 31,368 permohonan rayuan masih diproses dan 21,827 permohonan diluluskan.

Antara sebab permohonan BR1M tidak berjaya ialah maklumat di borang permohonan tidak lengkap atau salah, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan permohonan lebih daripada sekali oleh individu dalam isi rumah yang sama.

"Kerajaan amat berpuas hati dengan kejayaan program BR1M yang sedang dilaksanakan dengan giatnya. Bagi mereka yang tidak berjaya dan belum mengemukakan rayuan, mereka dipohon berbuat demikian dengan segera," katanya. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.