Khir Toyo ramal 50 -50 BN boleh tawan Selangor , pengundi bukan Melayu belum kembali sokong BN

on Saturday, February 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.

Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.

“Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

“Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

“Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.


52 peratus pengundi bukan Melayu

Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

“Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Pusingan akhir

Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.

“Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.

“Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya,” tambahnya.FMT


One Response

  1. Anonymous says:

    Salam.....

    Nasihat sy kepada Khir Toyo, saudara memperkatakan sedemikian justeru diharap saudara lakukan apa yg saudara katakan dan pastikan berjaya. Ini adalah cabaran kepada saudara dan seperkara perbuatan saudara dahulu (kes mahkamah) sedikit sebanyak telah merosakkan nama UMNO dan BN. Harap saudara dapat menebus dgn membantu jentera UMNO dan BN merampas kembali selangor jgn sekadar pandai berkata tanpa tindakan...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.