Talqin untuk PKR Kuala Selangor , MB Selangor hilang sokongan

on Wednesday, January 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


akibat terlalu dengar cakap DAP daripada Sultan dan rakyat
PKR kawasan MB Selangor sendiri umum keluar parti


KUALA SELANGOR 20 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini diumum dibubarkan setelah 13 ahli jawatan kuasanya (AJK) meletak jawatan.

Perletakan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita itu bermula November lalu hingga kelmarin.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar. – Utusan

MB boneka ini bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada rakyat Selangor, malah dari bahagian sendiri.

Selangor dikuasai oleh DAP, kerana DAP merupakan parti yang terbanyak mendapat sokongan dalam DUN Selangor (namun masih dibelakang BN), cuma oleh kerana syarat Mentri Besar mesti daripada orang Melayu, maka Khalid dipilih.

Beliau bukan sahaja tidak boleh bekerja, malah hendak bercakap pun susah.

Selangor semakin bankrap sehingga duit zakat mahu digunakan untuk meneruskan agenda politik Pakatan Selangor, terutamanya bagi membersihkan photo-photo salah seorang EXCO yang terdedah di internet.

Oleh kerana sudah bankrap, penasihat ekonomi yang telah disabit dengan kes liwat, rasuah dan salahguna kuasa dilantik menjadi penasihat ekonomi dengan berbayarkan elaun sebanyak RM1.

Lawatilah negeri Selangor, tahun melawat Selangor 2010 – negeri bankrap pemimpin korup.

Selangor maju 2010.

Fakta negeri Selangor, wbhimpedia;

  1. Negeri yang pernah menjadi nadi ekonomi Malaysia, kini hampir bankrap.
  2. Satu-satunya negeri yang mempunyai wakil rakyat celebrity.
  3. Gaji paling murah di dunia, RM 1.
  4. Projek mega – Ladang babi Sepang, kuil sek. 19
  5. BTN diharamkan, arak dihalalkan
  6. Kereta rasmi – Toyota Camry dan Toyota Lexus (kenderaan peribadi turut ditanggung oleh kerajaan negeri)
  7. Anda pernah tonton filem Godfather atau Underworld? Selangor juga ada.
  8. Negeri pemaaf – anda bersekedudukan, anda dipeluk dan disambut seperti wira
  9. Penjenayah diarak disepanjang jalan macam mati syahid.

Selamat datang ke Negeri Selangor. Semuanya tidak mustahil di sini.


sumber : written by him


2 Responses

  1. Salam bro, salah satu doa TGNA yang dimakbulkan......... tunggulah akan kehancurannya...

  2. jiwakita says:

    salam.....

    pernah dengar selangor darul funfair,selangor darul takebeer...terkini selangor darul bankrap,
    selangor darul korup lah pulak....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.