Penanti Bangkit !! Ramai ahli PKR dan PAS di Permatang Pauh lompat parti besar-besaran ke UMNO

on Saturday, January 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



Pagi tadi PB mendapat call dari rakan blogger di Permatang Pauh yang menyampaikan maklumat terbaru iaitu ramai ahli PAS dan PKR akan lompat masuk UMNO besar- besaran !!! Mereka yang semua akan lompat ini terdiri daripada orang penting di akar umbi PKR dan PAS.

Minggu lepas PB sudah masuk cerita hardcore PAS di Kg Guar Jering yang telah masuk UMNO. Kg Guar Jering ini merupakan antara kubu kuat PAS di dalam Dun Penanti . Menggunakan semangat Penanti Bangkit , gerakan mereka ini telah mengejutkan PAS Cawangan situ apabila telah merobohkan tembok kubu kuat mereka dengan membuat bilik gerakan di situ dan membuat program bersama Pemuda UMNO Bahagian . Menurut sumber , sehingga kini saja 200 orang terdiri daripada penyokong PAS dan PKR telah keluar parti untuk menyokong UMNO .

Rata-rata yang keluar parti ini semuanya adalah pengundi muda yang telah mula sedar dan kecewa dengan tindak tanduk pembohongan Anwar serta isu-isu semasa yang berlaku dalam Pakatan . Jika trend dan kebangkitan Penanti Bangkit ini berterusan , Dr Mansor dan PKR boleh tumbang di Penanti.Harus diingat Dr Mansor dapat hanya 46% sahaja undi dan tidak sampai separuh pun masa PRK Penanti . Semakin hari rakyat semakin muak dengan pembohongan dan janji oleh mereka dulu ketika berkempen.

Dijangka juga Kubang Semang iaitu kawasan diibaratkan ibu segala kekuatan PAS & PKR di Prmtg Pauh juga akan ditembusi oleh gerakan gelombang Penanti Bangkit . Cuma tunggu masa dan ketikanya sahaja untuk lompat !! Pasti Anwar dan PAS akan kelupoq la lepas ni ..haha


akan bersambung ...


9 Responses

  1. Anonymous says:

    salam.
    Insyaalah seluruh Seberang Perai akan bangkit dan meninggalkanPakatan reput !!

  2. AMENO Chacha Marba says:

    IYO-lah tu...DREAM on,Bro.....

  3. Orang UMNO jer percaya cerita hang. Aku orang sana la bongok. Dapat sumber pun tak sah. Memang sah UMNO juara tipu rakyat.

  4. Dolah Badwi ,

    itu terpulang bro kalau nak percaya ke tidak .aku juga orang Permatang Pauh dan sumber2 ini aku sendiri pergi jumpa orang PAS dan AMK PKR ..haha

    tunggu la ..Dr Mansor mampuih la lepas ni di Penanti !! Orang bekas Pakatan sendiri akan goncang PKR dan PAS di Prmtg pAUH !!

  5. Anonymous says:

    apa duk kecoh2 daaa...

  6. Anonymous says:

    jangan mimpi...

  7. Anonymous says:

    berjuanglah atas islam dan bukan kerana melayu.umnolah yg buat pp jadi macam ini sekarang.sejarah tidak terpadam, kerana umnolah gadai pp !!!tiada apa yg dibanggakan oleh melayu pp.Mamaklah yg jadi tunggak ekonomi negeri ini.Antaranya nasi kandar dan kedai emas !

  8. Anonymous says:

    org melayu suport pas n pkr mmg bodo la... islam konon?slogan membangun bersama islam nak bina negara islam pun dah buang!tukar bg negara kebajikan pulak!lawak!!!!

  9. Anonymous says:

    pakatan rakyat ramai anak muda, umno dah x berapa nak ada...so...macam mana la awak boleh kata macam ni kan...haaahaaah...buat lawak laaa...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.