Mr Bean PAS cakap negara sudah tidak stabil

on Friday, January 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Mr Bean Malaysia gila publisiti

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.

Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya. “Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein wajar dipersalahkan juga kerana dilihat lebih bermain politik dari memastikan kestabilan dalam negeri kembali pulih belakangan ini.

“Sampai sekarang tiada penyelesaian (dari KDN), paling tidak tangkap saspek...kata wajah sudah dikenal pasti...(Polis perlu) siasat dan dakwa, jangan sekadar buat kenyataan politik, kerana ini (kes gereja dibom) isu keselamatan negara,” tegasnya.klik di sini



Komen PB

PB suka mengulas dan baca kenyataan Mr Bean PAS ini kerana apabila dia menyalak dalam Haprak daily cukup mengelikan hati .

EKORAN POLITIK MALAYSIA TIDAK STABIL .. Apa maksud sebenar ayat ini oleh Mr Bean dan juga penulis penjilat tegas PAS ini ?? Adakah negara kita sudah kucar kacir sehingga pelabur dan pelancong tidak berani datang ke Malaysia lagi ekoran politik Malaysia tidak stabil seperti yang ditulis oleh haprak daily ini ?? Adakah kedai-kedai ditutup @ darurat diisytiharkan ketika ini sehingga haprak daily ini menggambarkan Malaysia sudah tidak stabil !! Ini semua tuduhan palsu oleh mereka ini yang cuba membuatkan rakyat benci kepada kerajaan .

Tuduhan Mr bean pulak kononnya negara di ambang bahaya ini ialah kenyataan orang gila yang cuba mengelirukan rakyat . Polis sendiri memberi amaran dalam isu ini jangan dengar khabar2 angin @ sms dan boleh merujuk sendiri maklumat di IPD berdekatan . Mengapa Mr Bean ini kalut sangat dalam isu ini ?? dia seperti cukup seronok betul menyalahkan kerajaan sehingga lawatan Najib dan Muhyiddin ke luar negara pun dipertikaikan .Bila dia pergi Medan, Indonesia berseronok di sana ketika berlangsungnya Sidang Dewan Rakyat tahun lepas , tak pulak ada orang lain mempertikai absent beliau ke Dewan Rakyat ??

Isu pembakaran gereja yang berlaku di negara disebabkan perbuatan jenayah individu tertentu. BUKANNYA PENGEBOMAN GEREJA seperti yang berlaku di negara-negara luar sehingga menggugat keamanan di Negara. Ambil contoh pengeboman yang berlaku macam di selatan Thailand, Indonesia, Pakistan, Iraq, India dan banyak lagi. Wahai Datuk Mahfuz Omar, janganlah mereka-reka cerita bohong dengan niat memberi gambaran buruk tentang kerajaan kepada rakyat, khususnya pemimpin-pemimpin negara asing. Janganlah nak membakar api kemarahan penganut-penganut agama lain terhadap agama sendiri.

Berkaitan dengan siasatan polis sekarang ini , Timbalan IGP sendiri sudah memaklumkan sudah ada petunjuk wajah dan fizikal suspek tetapi perlukan masa lagi untuk meneliti maklumat ini . Awat Mr bean ini gelojoh sangat , dalam bab keselamatan kita perlu rasional ,ada bukti dan tidak bertindak mengikut perasaan dan melulu . Insyallah kita serahkan tugas ini kepada pihak polis untuk selesaikan kes ini tidak lama lagi ..

PAS jangan cuba hendak menimbulkan ketegangan kaum dan agama dalam hal ini .. mereka cukup seronok negara ini kucar kacir bagi membolehkan mereka hantam BN . Selepas itu Mr Bean and the geng boleh la tunjuk sebagai hero dan tonjol diri itu hebat kononnya mementingkan keamanan dan keselamatan rakyat .






4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kalau KDN nak kenakan I.S.A setan sekor ni jangan terlepas...

  2. Anonymous says:

    Mr Bean barua ni patut ditahan di bawah ISA ja sebab menghasut dgn mengatakan negara tak stabil... Polis sepatutnya tak perlu tunggu orang ramai buat laporan terhadap anjing kurap ni...Tangkap dan sumbat dalam lokap... Jangan belembut pada syaitan2 yang sukar buat onar dalam negara ni.....

  3. Anonymous says:

    Barua ni mmg tolol dan bangang..sepatah cakap dia langsung x boleh pakai..cakap macam dia sorang yg bagus!piiirah..

  4. Anonymous says:

    barua sekor mmg x boleh pakai..cakap macm dia sorang je yg bagus!piirah..meluat aku

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.