Masih lagi ada pihak bacul menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja

on Sunday, January 3, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Pemuda UMNO tetap dengan pendirian mempertahankan kalimah Allah


Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Di dalam kita cuba mempertahankan penggunaan istilah 'Allah' khas untuk umat Islam di negara ini, terdapat pihak di parti PAS yang masih mahu menangguk di air yang keruh, mengaitkannya dengan politik serta mahu memburuk-burukkan parti politik yang lain.

Malah, pandangan yang diberikan tidak menjawab kepada isu asas serta menunjukkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang tidak faham dengan jelas tentang isu kalimah 'Allah' ini.

Web pro-pembangkang telah menyiarkan satu artikel yang menunjukkan bahawa mereka tidak faham dan cuba mengolah isu tanpa banyak berfikir. Di antaranya :-

Bila hari raya, deepavali dan Krismas Umno sanggup nak kongsi dengan mereka sedangkan itu lebih merbahaya dari segi akidah kerana kita mencampur baurkan amalan kita dan mereka dalam satu upacara pesta.

Orang yang benar-benar memahami Islam tidak akan kecoh pasal hal ini, kerana Akidah Islam tidak akan rosak bila orang bukan Islam menyebut Allah itu tuhan mereka juga. -

Umat Islam berhak untuk marah kalau perkataan atau nama Allah digunakan untuk merujuk binatang, manusia atau apa jua makhluk, tapi kita janganlah melenting tak tentu pasal kalau orang Kristian kata Allah itu Tuhan, kerana itulah kedudukanNya yang sebenar. - BuletinOnline


Apabila membaca artikel di atas, satu persoalan timbul, apakah si penulis tidak akan melenting atau marah apabila nama 'Allah' merujuk kepada tuhan yang mempunyai anak iaitu Jesus?

Apakah web BuletinOnline dan penulis dapat menerima 'Allah' dalam pengertian tersebut?

Sejak bila pula parti PAS begitu liberal dan sanggup untuk berkongsi 'Allah' yang mempunyai anak bernama Jesus?

Di sini penulis sertakan pandangan Ketua Pemuda PAS :-

“Pendirian kami (PAS), siapa pun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut”, -Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS.

Yang memalukan ialah artikel dan kenyataan Ketua Pemuda PAS di atas ternyata begitu kontra dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS sendiri!

Ketua Penerangan PAS menyatakan pandangan yang tidak sama dengan artikel dan Ketua Pemuda PAS Pusat dan isu yang bercanggah itu merupakan satu isu yang sangat asas di dalam Islam!

Sungguh memalukan sekali!

Di antara kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat:-

PAS Kecewa Mahkamah Benarkan Perkataan Allah Dalam Mingguan Herald The Catholic

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Pemahaman dan keteguhan berpegang maksud Allah merupakan satu perkara yang sangat asas untuk setiap umat Islam di dunia ini. Akan tetapi, kelonggaran yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sangat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku!

Diharapkan agar ahli-ahli dan penyokong PAS sedar tentang kepincangan yang berlaku. Dan isu kalimah 'Allah' merupakan isu kita, orang Islam di negara ini.

Perkara ini melangkaui ideologi politik dan memerlukan sokongan serta penyertaan seluruh umat Islam di negara ini.

Sila Rujuk Di Sini

klik di sini Zul Kulim hantam Khalid Samad


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau anda orang Islam cuba fikir baik-baik ye. Gereja Keristian semenjak dulu lagi mmg mengakui Tuhan mereka yg tak bernama tu ada anak namanya Jesus. Tak percaya tanyelah mana-mana paderi yg kau orang kenal.

    Bila Guan Eng mintak Kerajaan merestui pengunaannya bererti Tuhan yg tak bernama itu yg kini dikenali sebagai Allah dah ada anak pulak ? Apa macam tuan-tuan semua boleh terima dan bertenang ke ? Tak takut ke dgn dosa syirik ?

    Aku tak tahu macamana Nik Aziz yg pengikut PAS gelar tok guru itu boleh bersetuju dulu? Bila bab utk menafikan dia kirim Tuan Man pulak utk jadi juru cakap. Apakah dia tak kisah menganggap Allah kini ada anak setarap dgn manusia dan haiwan? Apakah matlamat mampu menghalalkan cara? Dan tidak mengapa sbb yg penting Paderi gereja katolik Keristian suka dan mahu menyokong parti PAS nanti begitu?

    Dia tak tahu ke Allah sudah keluarkan amaran berikut lebih 1400 tahun dulu sebelum kita semua dilahirkan di dunia ini?

    Surah Mariam ayat
    19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
    19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
    19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
    19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

    Mana lagi besar agak-agak tuan-tuan semua? Nik Aziz PAS ke, Anwar Ibrahim PKR ke, Lim Guan Eng DAP, Karpal Singh DAP ke atau Gereja katolik Malaysia ke zat Allah sendiri? Kalau anda rasa Allah memang Maha Besar patut kah kita tunduk dgn permintaan mereka supaya pihak Gereja Katolik bolih guna nama Allah utk bible bahasa Melayu mereka?

    Fikir-fikir lah sebelum membuat kesilapan yg besar ye. Ingatlah sekiranya kamu masih mengaku Islam dan menjelang PRU13 ini, sebarang sokongan yg di beri kepada mana-mana parti samada PAS, PKR atau pun DAP. Bererti kita orang Islam pun bersetuju dgn gereja Katolik bahawa Jesus adalah anak Allah!! Nauzubillah !!

    Jangan kata tuan-tuan semua tidak ada orang yg memberi peringatan ye !!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.