TERKINI !! SEBAB #MH17 TERBANG DI LALUAN UKRAINE TERJAWAB

on Friday, July 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan akan melihat kedudukan negara dalam perkembangan di Ukraine secara lebih terperinci berikutan nahas pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di sempadan negara itu dan Russia.
Beliau berkata, pucuk pimpinan bersama pasukan keselamatan akan menilai dan mengkaji situasi (keselamatan) di Ukraine dengan lebih mendalam. 



agak mengejutkan, kerana ia sesuatu yang tidak dijangka apabila negara perlu melihat kembali situasi ini (perkembangan keselamatan di Ukraine)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2014 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, sebentar tadi. 

Dalam pada itu
Hishammuddin turut mengesahkan laluan yang digunakan pesawat MH17 merupakan laluan yang dibenarkan dan bukan seperti didakwa laluan itu dilarang untuk laluan penerbangan.


"Saya difahamkan Thai Airways turut melalui laluan terbabit dan selepas insiden (nahas MH17) pesawat MH3 turut melalui laluan yang sama. Tidak timbul isu pesawat melalui laluan yang tidak dibenarkan," katanya.


** kalau flight Presiden Russia serta penerbangan yang lain  masih lagi menggunakan laluan berkenaan , ini bermakna ia selamat . Cuma nasib tidak menyebelahi MH17 . 
Al fatihah ...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.