JKM bidas Wardina banding bantuan OKU dengan Australia

on Thursday, July 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



- Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd. Hashim memberitahu bantuan yang diterima orang kurang upaya (OKU) di negara ini tidak sepatutnya dibandingkan dengan negara lain.

Menurutnya, bantuan yang diberikan kepada OKU mengikut kemampuan dan budaya negara ini.

"Saya rasa kita tak boleh nak bandingkan Australia dengan Malaysia.

"Kita ikutlah kemampuan dan budaya kita. Australia itu Australia lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan personaliti TV terkenal, Wardina Saffiyah yang mempertikai bantuan yang diterima OKU di negara ini dan mengambil Austalia sebagai contoh.

Dalam sidang media sama, Norani memberitahu, kerajaan terus menghulurkan bantuan kepada golongan OKU termasuk badan bukan kerjaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kepada golongan tersebut.

"Selain daripada kita beri bantuan kepada OKU, kita juga beri kepada NGO yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU kerana kerajaan beri geran tahunan kepada NGO ini untuk membantu.

"Kita cuba beri yang terbaik. Mungkin orang luar ada yang tidak tahu," katanya.

Setakat akhir Disember tahun lalu, sebanyak 131,000 OKU telah menerima bantuan.


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Apa salahnya kalau ada pendapat saperti Wardina, mana tau kalau2 ada contoh2 yang baik yang boleh dijadikan perbandingan? Kita mengakui bahawa kerajaan telah membuat yang terbaik dalam soal bantuan OKU ini, tetapi apa salahnya sesekali Datuk Pengarah JKM cuba keluar dari Jawatan Datuk dan duduk sekejap ditempat pihak OKU tersebut... Berlapang dadalah se3dikit.

  2. usin says:

    Wardina ni apa yg dia tau. Taunya bandingkan negara kita kurang baik berbanding negara lain. Asal mana agaknya makhluk wardina ni? Kalau negara luar sentiasa terlebih baik dari malaysia, cubalah mohon kerakyatan negara2 luar tersebut. Mana tau ada rezeki dpt kerakyatan ausie ke, afrika selatan ke, acheh ke etc. Otak kalau dh senget ke pembangkang, semua yg ada di negara ini tak baik belaka. Nilai rasional dah tiada dalam kamus.

  3. Anonymous says:

    Balik aceh..apa yg dia dapat...

  4. Anonymous says:

    Anon 12:47, apa kata ko war war kan hal tersebut kepada wardinok poyo tu. Minah tu perasan dia bagus sangat. Suruh wardinok tenok tu pergi jenguk rumah2 kebajikan yang di kendali kerajan sebekum dia nk bagi komen yang langsung tak bernas tu. Memang poyo la ko wardinok tenok

  5. Anonymous says:

    Wardina sedang bersiap2 nak bermastautin di Australia katanya....bolehlah terus jadi PR dan rakyat Ozzie...esok2 kalu dia jadi OKU terbela gak...

  6. Anonymous says:

    Salam Jumaat, Cakap dan bercakap, cakap, cakap....apa kementeraian buat,,,,,Menteri melalak sana sini bercakap apa akan di buat apa yang hendak dibuat apa yang telah dibuat tapi bila dah kena pasaL issue begini baru nak bercerita. JKM apa you buat, apa penjawat dalm JKM buat, berjuta habis duit raayat untuk rakyat, macam2....dah, telah, dan dalam perancagan tapi oleh kerana cuma 1 issue, terpalit lah kebodohan JKM. yang jadi masaalah nya ialah dakah pegawai buat kerja....dari bawah samapu lah keatas, bial orang atas dah cakap lebih orang bawah pun lebih kureng lah.... go to the fieild, not only received report and report and report but are that been done. Ya memeng di luar Negara mereka ambil tindkan yang cepat, tapi sin tidak....semau nya nak senang. dekat Raya bagi duit, dekat posa bagi duit, duit , duit , duit ,...hujung tahun bagi duit...senang nya duit....samapi rakyat naik malas....Bawa si Wardina sekali sekali masok kampong, pendalaman,, kawasan baru betul,,ini tidak cakap dlam media habis semua bercakap.....cuckup lah...sedar lah. No more finger pointing. sAMA LAH BUAT KERJA.....yang best nya Menteri juga kena jawap.
    orang lama 1957

  7. Anonymous says:

    Bo layan la org aceh tu

  8. Anonymous says:

    urusan kebajikan terutama OKU ni bawah federal gomen ke state gomen ???

    apa peranan state sampai semua salah federal ???

    aku betoi2 tak tau. Sapa tau boleh habaq tak ??

  9. Anonymous says:

    Kesian Wardina. Saya sokong Wardina. Apala otak2 karat korang ni. Orang bagi suggestion, korang nak bantai. Relaks la. Langsung tak open. Kalau kau tu sebut benda negative, pastu aku suruh kau blah dr Malaysia, suka? Hak dia la nak bagi pendapat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.