NENDA TIRI NAJIB & HISHAMUDDIN JUGA TURUT TERKORBAN TRAGEDI #MH17

on Friday, July 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.
AL FATIHAH ....


Tiada berita yang lebih menyedihkan apabila mengetahui salah seorang ahli keluarga berada di dalam pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine semalam dan itulah yang bakal dirasai jika berita ini benar.
Menurut sumber rapat, salah seorang ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Huseein berada dalam pesawat itu iaitu nenek tiri kedua-dua pemimpin negara ini iaitu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma.
nenek tiri najib n hisham
Puan Sri Siti Amirah bersama Tan Sri Mohd Noah
Dalam laporan terbaru, sumber rapat dengan keluarga melaporkan Puan Sri Siti Amirah adalah isteri kedua datuk Najib dan Hissamuddin,(kedua-duanya sepupu), Tan Sri Mohd Noah.
Tan Sri Mohd Noah adalah bapa kepada Tun Raha (ibu Najib) dan Tun Suhaila (ibu Hishammuddin).
Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan daripada kedua-dua pemimpin negara ini berhubung kesahihan berita itu. – bnbbc.my


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.