Semakin kalut , mahasewel belaan PKR pulak tak puas hati tukar MB Selangor

on Thursday, July 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak agar tidak menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Datk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebelum mendapat keputusan suara rakyat negeri itu.

Ketua Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Safwan Anang berkata, satu referendum perlu dilaksanakan dengan mengemukakan sebab utama mengapa Menteri Besar negeri tersebut perlu di tukar kepada Presiden parti untuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami (Lensa) menyarankan agar dijalankan sebuah referendum rakyat Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri itu yang sedang berlaku.

"Secara khususnya, pandangan rakyat Selangor harus diambil kira samada mereka bersetuju atau tidak menteri besar di tukar dengan yang baru," katanya pada sidang media di Bangsar sebentar tadi.

Jelas Safwan, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus dengan keputusan untuk menukar Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah tanpa pandangan rakyat Selangor tidak mustahil ia akan menerima nasib yang sama seperti Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah pada satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Lensa turut mempertikaikan 17 asas perjuangan politik PKR yang ingin membentuk sebuah pemerintahan demokratik serta prinsip perjuangan PR yang dilihat sudah lari dari persimpangan sebenar.

"Demokrasi yang dicanang pemimpin pemimpin pembangkang ini tidak berbeza seperti demokrasi yang dilaungkan oleh pemimpin kerajaan persektuan selama ini.

"Jika Kerajaan Negeri PR terus menerus dengan corak pentadbiran begini maka rakyat boleh melupakan impian untuk menikmati sebuah demokrasi baru dibawah pentadbiran pembangkang," katanya.

Pada Selasa yang lalu selepas Mesyuarat Majlis Pempinan Pusat (MPP) PKR Anwar telah mengumumkan cadangan nama pengganti Khalid adalah Wan Azizah.

Walubagaimanapun Khalid Ibrahim dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya beliau akan kekal mempertahankan jawatnnya itu sehingga habis penggal.


8 Responses

  1. Unknown says:

    Kao orang janganlah bodo.... sangat..... Mana boleh peliwat tu nak suka2 tukar MB Selangor ikut seleranya.... Hei Selangor ada undang2 tubuh negeri yang mesti dipatuhi mengenai perlantikan MB. Lupe ke peranan dan kuasa Sultan Selangor? Kenapalah kao orang ni bangang sangat.... Mesti X boleh punya....

  2. Aku sokong Anwar tukar MB SELANGOR tu...kau apahal LENSA...nak dengar suara kau pulak...kita kena sokong ANWAR...diakan pemimpin terbaikkk...

    Safwan Anang...pg mampussss la sape nak dgr suara kau....pemimpin sampah...

  3. Anonymous says:

    Budak ni kata tak ada beza PR dan BN.Aku rasa jauh bezanya.BN dah perentah lebih 50 tahun sekarang je baru nampak ada kelemahan,tapi tiu pun jauh lebih baik dari PR yg baru perentah Selangor tak samapai 10 tahun pun.Sakan berebut jawatan,puak atasan berebut nak jadi MB,puak pertengahan berebut nak jadi ketua cabang,puak bawahan berebut nak dapat habuan.Memalukan.

  4. Anonymous says:

    Tak perlu kalut ...sebab memang PKR (Parti Keluarga Anuwar)

  5. Anonymous says:

    Selangor akan diperintah mengikut acuan Anuar Ibrahim,Nak perintah PP tak dapat ,pasal LGE ada pengaruh besar,Yang peliknya ramai rakyat tak boleh nampak ke yang Anwar hanya nak kuasa hanya untuk family dia dan bukan untuk membantu rakyat,dalam islam pun wanita tak boleh duduk di kerusi no 1 ,Maaf kalau tersalah tafsir

  6. Anonymous says:

    Bdak kecik tau apa....

    Anwar ama khalid tawa guling2....

    Kene main satu msia....

    Rakyat slgor kene sodom...

    duit kaut semua....

  7. President parti patu memegang jawatan itu... bukan DS Khalid...

  8. Anonymous says:

    Ada aku kisah PKR nak tukar MB. Khalid gagap dan Jiejah sekali pun MB hatta Bang Non pun nak jadi MB semuanya HAPRAK.

    PKR- Parti Keluarga Rosak letak lah sesiapa pun mmg sentiasa merosakkan jer.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.