Kelab Putera 1Malaysia &Biro Kebajikan Umno hantar misi bantuan kemanusiaan GAZA

on Sunday, July 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



SEREMBAN - Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bertempat di Sekretariat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
   
 Beliau berkata orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan serta barangan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan dan peralatan lain boleh berbuat demikian melalui sekretariat itu yang terletak di Kampung Attap.
   
 Kelab Putera 1Malaysia boleh dihubungi di talian 03-22736004

 Beliau mengagihkan buah kurma, air zam zam dan pakaian kepada imam dan anggota jawatankuasa masjid di Negeri Sembilan di sini hari ini.
   
 Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
 
 Abdul Azeez juga berkata Biro Kebajikan Umno dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa.
   
 Bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah, katanya.
   
 "Saya juga menjemput doktor pakar pelbagai bidang perkhidmatan dari negara ini untuk ke Gaza," katanya. - Bernama


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Mintak la Pak Jib call Obama nasihatkan tokeynya (Israel), mereka berdua ni kawan baik kan.. Siap berselfie lg..

  2. izwan1129 says:

    Tuan bagaimana untuk menjadi sukarelawan?? Saya teringin untuk mengerahkan kudrat sy utk membantu saudara islam sy dipalestin. Ni email sy izwan1129 @ yahoo.com tlg bg feedback..sy teringin utk menbantu..hanya ini termampu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.