PEMUDA PAS HENTAM ANWAR PASAL NAK BERTEMU KERAJAAN BN !!

on Tuesday, September 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Pemuda Pas melahirkan rasa curiga terhadap kesediaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara seperti yang dilahirkan melalui perutusan sempena kemerdekaan baru-baru ini. 

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, sebelum ini, apabila terdapat pemimpin Pas yang menyuarakan hasrat sama telah dikritik dengan teruk.



“Mengapa beliau (Anwar) begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pas yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan.

“Dalam hal ini, Pemuda Pas sekadar mengingatkan Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh.

“Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jumaat lalu, Anwar telah mencadangkan pertemuan segera antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan masalah negara yang perlu ditangani.

Kata Anwar, titik pertemuan antara  BN dan PR perlu segera bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara hari ini.

"Kami cadangan rundingan terbuka secara telus dan kondusif," katanya.


Mengulas perkara sama, Raja Ahmad berkata, Anwar sepatutunya merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden PR sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan kerajaan BN.

“Pemuda Pas menganggap baik cadangan beliau untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu besar perlu melibatkan kerajaan dan pemimpin PR agar kemelut negara dapat ditangani dan diselesaikan secara bersama.

 “Kerajaan dan pembangkang sebaiknya duduk semeja dengan tidak mempolitikkan sesuatu isu supaya rakyat dan negara mendapat manfaatnya.

 “Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan neg


7 Responses

  1. Anonymous says:

    persoalan mudah untuk dijawab cuma puak pas kena la bukak mata hati sikit....jangan kena bangang sepamg masa oleh puak anwar dalam pas....kalau tok nik pluralisme masih mentri besar kelantan dan jadi mur'shit' pas kerja anwar senang sikit...bila MB orang baru anwar panik dan gelabah terdesak untuk menyaingi pengaruh anwar dalam pas...pasal tu nak ade kan dialouge dengan kerajaan .... ura -ura kerajaan perpaduan pas-BN semakin mendapat tempat perhatian serius...anwar gelabah ...pasal tu nak adakan dialouge dengan kerajaan...anwar gelabah pengaruh dia semakin lemah dalam pas....puak syiah yang menyokong anwar dalam pas akan berkubur semasa pemilihan parti dalam pas nnti...awnar panik dan gelabah....




  2. Anonymous says:

    Sesungguhnya DS Anuar sahaja yang dapat menyatu padukan orang melayu. Dengan kebijaksanaan nya berpolitik , maka harapan untuk penyatuan orang melayu hanya dapat dilakukan oleh DS Anuar. DS Anuar sahaja yang tidak dapat Dr M hancurkan dipentas politik Malaysia. Berbagai usaha dan cara yang digunakan oleh Dr M untuk menjatuh serta menamatkan DS Anuar namun dengan izin ALLAH SWT DS Anuar masih bertahan sehingga kesaat ini.Musuh utama Dr M ialah DS Anuar

  3. Anonymous says:

    Biarlah aku berdoa bkn anwar yg jadi PM selepas ini..sebenarnya dia adalah puppet kpd DAP..DAPlah sebenarnya yg mengatur gerak geri anwar

  4. Anonymous says:

    DS Najib dan Pimpinan UMNO/BN kena hold dulu atau abaikan permintaan dpd Anu Waa Brahim untuk sebarang perundingan tentang keselamatan negara dan isu2 lain, Anu Waa baru nak mengaku kalah dlm PRU 13 selepas bnyk petisyen2 yang dijangka akan memihak kepadanya telah dikekalkan kemenangan utk UMNO/BN....Anu Waa semakin pening dgn kemelut dlm PKR sndiri, DAP pula makin bergelora, Geng harapan Anu Waa dalam PAS pun bnyk yang gugur 'syahid' dlm PRU lepas.... So, Ini Kali Lah Anu Waa cuba nak berbaik dgn UMNO, kot2 masih ada ruang kosong atau kerusi buruk sbg tempat utk bertenggek, yg mungkin akan diberi oleh segelintir ‘peminat2’ sebagi talian hayat utk Anu Waa...
    Lagi pun perundingan DS Najib & Anu Waa mungkin menyebabkan terganggu tugas2 polis dalam Ops Cantas, untuk mencantas semua yang terlibat dgn Gansters atau Kongsi Gelap termasuk Ketua Umum atau Presiden atau CEO atau Jenero Geng atau Kumpulan masing2, tak terkecuali Funders/Back Up/Kabel Besi…. Yg memungkinkan terencat sebahagian Fund/Kantung sebahagian mereka…. Heheh.
    Dan lagi kebimbangan besar Anu Waa adalah tentang kes liwat beliau yang akan bermula pada 17 September 2013, beliau bakal dikalahkan oleh DS.Mohd Shafee Abdullah(yg amat digeruni oleh Anu Waa, sbb itulah Anu Waa beria-ia menentang pelantikan DS Md Shafee sbg Tim.Pendakwa Raya)… Selain itu Anu Waa juga takut kepada kes-kes Rasuah yang bakal menyusul terhadap beliau….
    Itulah pasal dalam laporan The Star, Anu Waa berharap PM akan mengadakan rundingan dengan segera,dengan alasan Semangat Merdeka kini.. walhal supaya cepat sikit hilang fening dan sakit kopalo Anu Waaaaa….

  5. Anonymous says:

    betul tu hanya anwar yg hebat sebab dia depan boleh blkang pon boleh...lubang kunyit pon dia terann

  6. Salam Saudara Blogger yg hebat,

    Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

    Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

    Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

    Salam perkenalan
    http://smvonline.blogspot.com/
    https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

  7. Anonymous says:

    Astarafirullah!

    Dunia memang dah terbalik...sepatutnya kerajaan yang harus hati2 dengan permainan Anwar Ibrahim . Dari Indonesia ke Australia ke Russia semua dah tau permainan licik Anwar Ibrahim, masih ke ada yang percaya Anwar Ibrahim boleh jatuh dalam pernagkap atau sebaliknya!!! Sudahlah tak masuk akal punya cakap.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.