GILIRAN MELAYU PKR BANTAH KERAJAAAN BANTU EKONOMI BUMIPUTRA !

on Thursday, September 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




PKR menyokong pendirian PAS berhubung Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan kerajaan. Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR senada dengan PAS kerana berpandangan setiap kaum wajar mendapat hak yang sama rata tanpa sebarang diskriminasi.

 "PKR menghormati dan menyokong pandangan itu kerana di pihak PKR sendiri, ianya sangat selari," katanya kepada pemberita yang ditemui di luar perkarangan kamar mahkamah di sini hari ini.

 Terdahulu, PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ia hanya fokus kepada satu kaum sahaja. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.

 Mengulas lanjut Saifuddin berkata PKR juga sebelum ini telah mengeluarkan satu dokumen 'Agenda Ekonomi Malaysia' pada 2007 yang menolak pemberian bantuan berdasarkan kaum. Justeru katanya program yang diperkenalkan kerajaan itu tidak dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat yang memerlukan.

 "Itu juga tidak jauh berbeza dengan pendirian PKR yang pernah diungkap dalam satu dokumen, yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar pada 2007.

 "Dokumen yang dinamakan Agenda Ekonomi Malaysia itu menegaskan tentang keperluan Malaysia berganjak daripada pemilihan berasaskan warna kulit, kaum kepada tindakan berdasarkan keperluan," ujarnya.

 Kerajaan sebelum ini mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, berpayungkan MEB, yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Lima strategi utama itu adalah meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Makin bertambah nanti kerusi UMNO dari 88 kepada 100 nanti PRU-14. Sayonara pada PAS nanti mesti Lim Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am hamPAS yg baru selapas kemangkatan Nik Aziz

  2. Q-ri says:

    Melayu pas pkr boleh blah! Ini negara melayu & bumiputera majoriti. Suka hati kitorang la nak buat ape! Jilat la anwar sampai licin bodoh!

  3. Anonymous says:

    Bertambah bencilah orang-orang melayu kepada melayu yg berjiwa hasat dan dengki yg menyokong dan cuba mengambil hati cina bangsat. Bodoh yg bertingkat-tingkat.

  4. Anonymous says:

    Apa nak jadi perkhidmatan kutipan sampah di Klang @ MPK ? Kawasan Taman Sri Andalas Klang udah seminggu lori sampah tak masuk buat kutipan ...mana YB Dr Mariah & YB Xavier ...kamu tidor macam YB Khalid Ibrahim ke ?? Menyesal aku undi PAS + PKR..

  5. Anonymous says:

    Melayu bahalol PKR n PAS na bantah no hal punyer....tapi sgl peluang yg di beri utk bputra sok jgn sebok nak rebut pulak,,,,mulut macam 'cibai'...cakap atas lain, cakap bawah lain....
    Aq pon xsabaq nak timggu pakar ludah PAS tu mampoih...

  6. Anonymous says:

    Bertapa bodohnya mereka, punya nak tunjuk liberal, untuk memancing undi, depa buat2 lupa, Melayu & Bumiputera lah yang patut dibantu bagi meningkatkan Ekonomi, supaya kekayaan Negara dapat dirasai bersama, kaum China dah kaya, India, telah pun mendapat perhatian Kerajaan, tidak salah lah Kerajaan sekarang beri sedikit tumpuan pd Melayu & Bumiputera, dlm PRU13 pun Melayu & Bumiputera, yang memilih Kerajaan, olih itu molek sangatlah, kesetian mereka dihargai, Pas & Pkr x perlu lah menyebok lebih, mereka selama ini pun bukan ambil tahu sangat hal2 kebajikan & ekonomi serta kesejahteraan rakyat, yang depa tahu bangkang & nak rebut kuasa memerintah saja, sedarlah diri sedikit.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.