Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2009-12-27

default

Nizar konar baring lalu terbalik depan bangunan UMNO !!

on Thursday, January 7, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Hari ini Nijar dan kereta terbalik dengan tayar ke atas


buat stunt man ke Nijar ?



Dulu ketika berkuasa mohon derhaka
raja Perak



Menurut dari cerita blogger Perak, Nijar accident betul-betul berhampiran Bangunan UMNO Perak dan Istana Kinta . Mungkin kerana meluat melihat bangunan UMNO pimpinan Zambry berhampiran situ , dia memecut laju ala rempit di jalan baru diturap itu dengan Camry nya . Nasib Nijar baik sekali hanya cedera ringan sahaja dan itulah isyarat dari Allah untuk dia supaya bertaubat dan insaf .

Itu lah dek kerana mempermainkan nama negeri Perak Darul Ridzuan ketika melancarkan buku Perak Darul Kartun karya kartunis PAS , Zunar .. dengan bangga sekali berkata

" Maka wajar sekali Perak digelar Perak Darul Kartun "

Akhirnya telah tersungkur di depan Istana Kinta . Sebagai rakyat Perak seharusnya beliau patut bangga dengan nama negeri Perak Darul Ridzuan yang bermaksud dalam bahasa Arab iaitu Bumi beradat @ bumi beradab .

Tetapi oleh kerana Nijar sanggup jadi barua dan puppet DAP , dia menghina nama negeri sendiri dengan gelarkan Perak Darul Kartun . klik di sini untuk baca

Menariknya mengenai kemalangan ini, sudah dijangka PAS menerusi Haprak daily mula main isu dan buat persoalan mengapa Nija kemalangan ini berdekatan Bangunan UMNO ? Ini bagi menuduh UMNO sebagai dalang sehingga mat nijar yang sendiri pandu laju tidak disebut pun .
Betapa dangkal dan bodohnya orang PAS ini kalau sudah sampai takdir Illahi , ia boleh terjadi di mana-mana tak semestinya di depan Bangunan UMNO !!

Inilah contoh terbaru fitnah PAS dan haprak daily yang tak masuk akal . Mungkin mereka mahu minta ditubuhnya Suruhanjaya Diraja pulak ...haha

baca juga sini ada sumber cerita menyatakan Nizar mabuk

default

Gereja didahulukan , tabika Kemas dilingkupkan

on Wednesday, January 6, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


nasib anak bangsa melayu digadaikan oleh PAS


Nampaknya di negeri Khalifah Umar PAS tidak habis2 lagi isu menutup Tabika KEMAS . Kali ini berlaku di Tabika Kemas di Surau Bandar Bayan Baru apabila tindakan Jawatankuasa Surau Bandar Bayan Baru yang baru telah mengarahkan tabika tersebut di kawasan itu ditutup secara serta –merta.klik di sini


Sekali usaha menjahanamkan masa depan anak Melayu dilakukan sendiri oleh Melayu dalam PKR dan PAS selepas mereka menguasai surau tersebut setelah YDP MAIPP bertukar yang baru dan Salleh Man dari PAS menduduki Timbalan YDP MAIPP. Arahan menutup Tabika Kemas Bandar Bayan Baru menyebabkan 10 kanak-kanak yang sepatutnya memulakan sesi persekolahan mereka semalam terpaksa dipindahkan.


Tindakan zalim oleh Jawatankuasa surau yang baru ini menutup tabika Kemas yang sudah beroperasi sejak 1983 lagi adalah bagi membolehkan orang mereka menubuhkan tabika swasta iaitu PASTI di bangunan tabika ini .


Amboi cukup senang la depa , KEMAS telah belanja sebanyak RM 50,000 untuk untuk membaik pulih tabika itu, tetapi selepas pelantikan ahli jawatankuasa baru surau yang terdiri dari puak PAS yang gila kuasa dan wang , mereka ini minta sewa bulanan pulak sedangkan 20 tahun dulu tabika ini tidak dikenakan bayaran pun .


Kebanyakan ibubapa di kawasan itu cukup kecewa dengan tindakan Jawatankuasa surau ini yang menutup tabika ini kerana ia berdekatan dengan kawasan perumahan mereka . Jika tabika itu ditutup , mereka ini yang majoritinya berpendapatan rendah ini tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke tabika swasta atau tabika yang jauh dari kawasan perumahan .


Ini sikap sebenar PAS , bila bab isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian, mereka ini menjadi penakut dan kecut teloq !! tetapi kalau bab nak tutup tabika KEMAS ini dan pelingkup orang Melayu sendiri , itu mereka cukup cepat sekali melakukan tindakan .


PAS memang pelingkup Melayu !! selepas jadi penyokong sejati gereja , mereka kini dalam proses perjahanamkan anak orang Melayu pulak . Bukankah mereka ini tidak suka sebut perkataan “ Melayu, “ .. hanya islam sahaja yang mereka kata.


Itu lah memang betul cakap Datuk Azhar Ibrahim , Melayu 2-3 kerat dalam kerajaan negeri ini tak buat apa untuk orang Melayu .

default

Harun Din dan Lajnah PAS Pusat berbeza version dalam isu Kalimah Allah . Mana satu ahli PAS nak ikut ?

on Tuesday, January 5, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Apabila PB membaca keputusan daripada Lajnah PAS Pusat dan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS , Datuk Dr Haron Din dalam isu penggunaan kalimah Allah ini , jelas mereka tidak sehaluan dalam satu suara .

Lajnah PAS Pusat sehingga tengah malam semalam akhirnya membuat keputusan secara dasarnya seperti menyokong dengan menjelaskan berdasarkan kepada kaedah Islam , penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi iaitu Kristian dan Yahudi . klik di sini

Sebaliknya , PAS seperti menyalahkan umat Islam yang membuat bantahan dalam isu kalimah Allah dengan memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan umat Islam @ menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.


Beginikah pendirian sebuah Parti Islam Semalaysia ?? Adakah mereka bermesyuarat seramai 40 orang pemimpin PAS semalam hanya untuk bincang buat kenyataan rasmi PAS dengan menyalahkan umat Islam di seluruh negara yang melakukan bantahan dan UMNO ?? PAS sudah tidak berani ke menyatakan pendirian bahawa nama Allah hanya hak ekslusif umat Islam seperti yang telah difatwakan oleha Majlis Fatwa Kebangsaan .

Serentak dengan Lajnah PAS buat kenyataan rasmi mengenai pendirian PAS dalam isu ini, Timbalan Mursyidul Am PAS , Datuk Dr Haron Din pula menyifatkan
mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald Tribune boleh membawa kekufuran serta syirik .

Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam bermakna kita redha. Bila redha, juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik,” kata Dr Haron dalam sidang media di kediamannya di Bangi, petang Isnin.

Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya pada penulis blog termasuk pemimpin parti-parti politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.


Datuk Dr Haron din juga mempersoal dan meragui niat akhbar berkenaan yang masih lagi bertegas mahu mendapatkan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya


Lihat sendiri pandangan Dr Haron din dalam isu kalimah Allah dan beliau telah menjelaskan dengan detail mengapa kalimah Allah ini harus dipertahankan oleh umat Islam di Malaysia. Harun Din lebih cepat menghidu taktik dan niat sebenar akhbar Herald Tribune ini berbanding pemimpin PAS dalam Lajnah PAS Pusat yang menyalahkan umat Islam yang membuat bantahan dan UMNO .

Mana satu ahli PAS nak ikut ??? samada nak ikut Nik Aziz - Haron Din @ Erdogan ??

ikut video sidang media dengan Dr Haron din


default

Anwar Ibrahim bohong !! ,Salleh Man kempunan YDP Maipp

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semua orang sedia maklum bahawa YDP Maipp disandang oleh Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Hj Elias Zakaria yang dilantik berkuatkuasa tahun 2010 ini . PB menyambut baik perlantikan Hj Elias Zakaria ini kerana di atas kelayakan beliau iaitu pengalaman selama 15 tahun dalam MAIPP , latar belakang pendidikan agama, dan juga bersikap neutral dalam politik .

YB Salleh Man yang gah memenangi Dun Prmtg Pasir hanya diberikan jawatan Timbalan YDP Maipp , itu pun baru di create bagi meletakkan juga nama Salleh Man dalam Maipp. Ini menunjukkan pembohongan satu lagi oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti LGE yang menjanjikan kepada rakyat Permatang Pasir bahawa Salleh Man jika menang akan dilantik YDP Maipp . Anwar Ibrahim sebenarnya tahu bahawa jawatan itu telah diisi oleh orang lain lebih awal tetapi dek kerana mahu point baik untuk mendapat undi , mereka mencanangkan Salleh Man jika menang akan mendapat ganjaran YDP Maipp . klik di sini

Ini game politik Anwar dan pembohongan dan janji -janji merupakan strategi mereka untuk menarik sokongan rakyat. Anwar hanya fikir kuasa saja dan pembohongan beliau ini boleh dihalalkan oleh janji mereka berkuasa dan menang dalam Pilihanraya .

Ada seorang Singh Is King pernah bercakap iaitu "Anwar Ibrahim patut bertaubat " ..

default

Penanti Bangkit !! : Hardcore ahli PAS sertai UMNO , satu tamparan hebat untuk Dr Mansor

on Monday, January 4, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

YB Datuk Arif Shah dan Pemuda UMNO Bahagian
bergambar kenangan dengan penduduk Kg Guar Jering


Tn Hj Rahim Man selaku Yb Angkat Penanti bersemangat
menerangkan isu semasa yang sedang berlaku dan
usaha untuk merampas kembali Dun Penanti

Sdr Zaidi Mohd Said ,Ketua Pemuda UMNO Bahagian
memberikan sedikit ucapan




Kelmarin berlangsungnya program pertama dalam tahun baru 2010 ini iaitu Santai Pagi Bersama Pemuda UMNO Permatang Pauh . Program ini dianjurkan oleh UMNO Cawangan Kg Guar Jering diketuai oleh Sdr Saiful Azhar . Turut bersama dalam majlis ringkas ini ialah YB Datuk Arif Shah , Adun BN Seberang Jaya ,Naib Ketua UMNO Bahagian yang juga YB angkat Dun Penanti , Hj Rahim Man , Ketua Pemuda UMNO Bahagian , Sdr Zaidi Mohd Said serta Exco-Exco Pemuda Bahagian .

Program ini dianjurkan bagi meraikan beberapa ahli PAS di kampung itu yang menyertai UMNO. Ia diketuai Sdr Zafar Abu Bakar bersama keluarganya serta rakan-rakannya yang sudah hilang kepercayaan terhadap parti PAS yang dilihat kini seperti kuda tungangan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan juga di Pulau Pinang sendiri . Walaupun ramai saudara-mara mereka di kampung kebanyakannya adalah hardcore PAS dan Anwar Ibrahim tetapi oleh kerana sudah dapat membezakan perjuangan PAS sudah lari dari perjuangan asal , mereka tekad untuk menyertai UMNO meskipun kesannya nanti mereka akan dipulaukan oleh saudara-mara .

Mereka yang menyertai UMNO ini merupakan antara penyokong kuat PAS dan boleh dikategorikan keluarga PAS . Sebelum2 ini rumah mereka inilah sering dijadikan port @ tempat anak muda PKR dan PAS ini berkumpul untuk bersembang2 waktu malam ketika mereka masih di dalam PAS. Tetapi hari ini dalam sejarah , bendera PAS telah digantikan dengan bendera Sang Sakabangsa UMNO di rumah beliau . Secara rasminya rumah Sdr Zafar ini dijadikan Bilik Gerakan utama UMNO Cawangan Kg Guar Jering .


Yang pastinya , ia memberi satu tamparan hebat kepada PAS Cawangan di kampung Guar Jering yang menganggap Kg Guar Jering merupakan kubu kuat PAS dan tidak boleh ditembusi . Tempiasnya juga pastinya terarah kepada YB TKM 1 Dr Mansor yang merupakan Adun Penanti . Menurut sumber daripada penduduk kampung itu sendiri, Dr Mansor selepas berkempen dulu di PRK Penanti , jarang turun padang langsung berjumpa dengan penduduk kampung ini mereka walaupun Pusat Khidmat Adun Penanti tidak jauh daripada situ .

Kehadiran Pemuda UMNO dan pemimpin UMNO Bahagian seperti YB Datuk Arif Shah dan Hj Rahim Man jelas memberi semangat baru kepada UMNO Cawangan Kg Guar Jering untuk terus bangkit dan kehadiran Sdr Zafar ke dalam perjuangan UMNO kini menambahkan lagi kekuatan dalam cawangan ini .


Banner yang buat ahli PAS tengok sakit mata

Menggunakan Moto " Demi Ketuanan Melayu & Islam " dan blog Penanti Bangkit sebagai platform untuk bersuara di alam maya , mereka akan terus bangkit bagi membantu UMNO merampas semula kerusi DUN Penanti . Syabas diucapkan kepada Sdr Zafar Abu Bakar dan rakan-rakanya di atas usaha ini .

Kepada cawangan-cawangan lain di dalam UMNO di Pulau Pinang , ayuh marilah kita sama-sama bangkit !!

Hidup UMNO !!

link

Bulan semakin Gerhana di N12 Penanti

default

Video Anwar gadai nama Allah di depan orang kristian

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Anda boleh nilai sendiri video di ketika semua umat Islam membuat bantahan penggunaan kalimah Allah oleh Herald Tribune , ada manusia yang bercita-cita menjadi PM Malaysia membangkitkan semangat orang kristian agar penggunaan nama Allah digunakan oleh agama mereka .

Itu lah sebabnya ramai orang menggelarkan Anwar Pengkhianat Melayu kerana semua masalah dan ketegangan kaum termasuk isu sensitiviti agama ini berpunca daripada beliau yang membuka segala pintu untuk bangsa lain menuntut dan pertikai macam2 yang menyentuh tentang isu hak keistimewaan orang Melayu dan Islam .

Demi mahu melangkah masuk ke Putrajaya , beliau sanggup menggadai maruah Islam kepada puak2 kafir yang sememangya mempunyai agenda tersendiri .

Anwar Ibrahim , Khalid Samad memang layak digelar pengkhianat kepada umat Islam di Malaysia ..

default

Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pulau Pinang bersatu bantah penggunaan Kalimah Allah oleh Herald Tribune

on Sunday, January 3, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

KP UMNO PP ,Sdr Norman memberi ucapan

Ucapan berapi yang membakar semangat semua hadirin oleh
Ustaz Hafiz Bin Nordin, Mantan Ketua Pemuda PAS P.Pinang






Umat Islam Pulau Pinang bersatu dalam isu kalimah Allah



ketika ditemuramah oleh pihak media


sumber gambar : Pemuda Nibong Tebal


Hari ini berlangsung lagi bantahan di negeri Pulau Pinang. Kali ini perhimpunan aman ini diadakan di depan Dewan Sri Pinang sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang hakimnya bukan dari Islam membenarkan nama Allah digunakan dalam majalah Kristian, Herald Tribune. Himpunan ini disertai hampir 300 orang yang datang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira fahaman politik seperti UMNO, PAS dan PKR manakala lebih dari 10 NGO turut hadir bagi menyatakan bantahan secara aman ini.

Yang menariknya, ini adalah kali pertama berlaku persefahaman diantara Pas dan juga Umno di Pulau Pinang apabila ahli2 kedua-dua parti ini bergabung suara menyatakan bantahan demi maruah Islam. Ini telah membuktikan kepada kita bahawa umat Islam boleh bersatu jika agama Islamnya terancam .

Ini dapat dilihat melalui persefahaman diantara gandingan 2 pemimpin iaitu bekas Ketua Pemuda Pas PP , Ustaz Hafiz Nordin dan juga Ketua Pemuda Umno negeri Pulau Pinang iaitu saudara Norman, berkongsi pentas untuk melaungkan suara mempertahankan Islam.

Ustaz Hafiz ketika ditanya menyatakan bahawa bantahan ini bukan demi politik, malah ia wajib dinyatakan bagi menjaga maruah Islam keseluruhannya di bumi Malaysia.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, saudara Norman pula menegaskan bahawa setiap umat melayu yang beragama Islam haruslah bertanggung jawab didalam mempertahankan kesucian agama dan harus tahu membezakan di antara berpolitik dan juga kewajiban menjaga aqidah muslim.

Gabungan NGO-NGO Islam serta Pemuda Pas dan juga Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang ini jelas menunjukkan bahawa "endorsement" Nik Aziz dan juga Khalid Samad didalam penggunaan nama Allah oleh pihak gereja mendapat tentangan daripada semua muslim di Malaysia termasuklah dari akar umbi Pas sendiri.

Jelas kepada kita, ternyata di negeri Pulau Pinang telah dibuktikan bahawa pandangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa iaitu umat Islam tidak kira apa fahaman politik harus bersatu dalam
mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.klik di sini selanjutnya

Selain itu , Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said juga turut mengulas dalam isu kalimah Allah ini
.


" Ini adalah terjemahan perlembagaan yang direka oleh penjajah British , 135 ahli Parlimen Islam yang berada di Parlimen hari ini perlu melakukan sesuatu dengan mengenepikan fahaman politik sempit masing-masing . Kuasa berhubung dengan agama Islam dan yang berkaitannya perlu jelas diserahkan pada Majlis Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan demi kesejahteraan negara " katanya
..

default

Masih lagi ada pihak bacul menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pemuda UMNO tetap dengan pendirian mempertahankan kalimah Allah


Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Di dalam kita cuba mempertahankan penggunaan istilah 'Allah' khas untuk umat Islam di negara ini, terdapat pihak di parti PAS yang masih mahu menangguk di air yang keruh, mengaitkannya dengan politik serta mahu memburuk-burukkan parti politik yang lain.

Malah, pandangan yang diberikan tidak menjawab kepada isu asas serta menunjukkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang tidak faham dengan jelas tentang isu kalimah 'Allah' ini.

Web pro-pembangkang telah menyiarkan satu artikel yang menunjukkan bahawa mereka tidak faham dan cuba mengolah isu tanpa banyak berfikir. Di antaranya :-

Bila hari raya, deepavali dan Krismas Umno sanggup nak kongsi dengan mereka sedangkan itu lebih merbahaya dari segi akidah kerana kita mencampur baurkan amalan kita dan mereka dalam satu upacara pesta.

Orang yang benar-benar memahami Islam tidak akan kecoh pasal hal ini, kerana Akidah Islam tidak akan rosak bila orang bukan Islam menyebut Allah itu tuhan mereka juga. -

Umat Islam berhak untuk marah kalau perkataan atau nama Allah digunakan untuk merujuk binatang, manusia atau apa jua makhluk, tapi kita janganlah melenting tak tentu pasal kalau orang Kristian kata Allah itu Tuhan, kerana itulah kedudukanNya yang sebenar. - BuletinOnline


Apabila membaca artikel di atas, satu persoalan timbul, apakah si penulis tidak akan melenting atau marah apabila nama 'Allah' merujuk kepada tuhan yang mempunyai anak iaitu Jesus?

Apakah web BuletinOnline dan penulis dapat menerima 'Allah' dalam pengertian tersebut?

Sejak bila pula parti PAS begitu liberal dan sanggup untuk berkongsi 'Allah' yang mempunyai anak bernama Jesus?

Di sini penulis sertakan pandangan Ketua Pemuda PAS :-

“Pendirian kami (PAS), siapa pun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut”, -Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS.

Yang memalukan ialah artikel dan kenyataan Ketua Pemuda PAS di atas ternyata begitu kontra dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS sendiri!

Ketua Penerangan PAS menyatakan pandangan yang tidak sama dengan artikel dan Ketua Pemuda PAS Pusat dan isu yang bercanggah itu merupakan satu isu yang sangat asas di dalam Islam!

Sungguh memalukan sekali!

Di antara kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat:-

PAS Kecewa Mahkamah Benarkan Perkataan Allah Dalam Mingguan Herald The Catholic

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Pemahaman dan keteguhan berpegang maksud Allah merupakan satu perkara yang sangat asas untuk setiap umat Islam di dunia ini. Akan tetapi, kelonggaran yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sangat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku!

Diharapkan agar ahli-ahli dan penyokong PAS sedar tentang kepincangan yang berlaku. Dan isu kalimah 'Allah' merupakan isu kita, orang Islam di negara ini.

Perkara ini melangkaui ideologi politik dan memerlukan sokongan serta penyertaan seluruh umat Islam di negara ini.

Sila Rujuk Di Sini

klik di sini Zul Kulim hantam Khalid Samad

default

Pemuda UMNO PP bantah Isu Kalimah Allah , mana Pemuda PAS ??

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Satu Suara .. Naib Ketua Pemuda UMNO PP Sdr Shaikh Hussein
bersama pemimpin Pemuda Bahagian mengangkat tangan sebagai
bantahan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald.










Suara umat Islam yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh gereja Khatolik ini semakin hari semakin meningkat . Hari ini Pemuda UMNO Pulau Pinang juga membantah penggunaan kalimah Allah digunakan oleh gereja disertai KP UMNO Bahagian di negeri Pulau Pinang. Sidang media ini diketuai oleh Sdr Ir Shaik Hussein , Naib Ketua Pemuda UMNO PP .

Tun Mahathir juga menyuarakan kebimbangan mengenai perkara iaitu kemarahan umat Islam
jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang. klik di sini

PB juga menyokong usaha JPM dan KDN sendiri segera memfailkan rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Hakim bukan Islam yang tidak tahu mengenai Islam .Akhirnya suara rakyat yang beragama Islam didengar oleh kerajaan Najib dan bukannya seperti pemimpin PAS yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi nama Allah digunakan di gereja .


Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom hari Sabtu dalam satu kenyataan berkata, JPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi Khamis lalu demi memastikan kesucian Islam terpelihara.

Serentak itu beliau meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam agar bertenang dan memberi peluang agar perkara berkenaan diselesaikan melalui proses perundangan negara.

Saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam kenyataan tersebut.

Link berkaitan isu ini

Kalimah Allah - Tun M dan Nasharuddin nyatakan kebimbangan

http://abangtuah.blogspot.com/2010/01/pejuang-melayu-hebat-menyanggah-khalid.html

http://azlishukri.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-menjawab-kebobrokan.html

TERKINI !!

Hebahkan-Ahad,3/1/10:-1)Pkl 10pg-Himpunan besar2an Umat Islam dpn Dwn Sri Pinang mengadap Mahkamah Tinggi PP bantah kputusn membenarkn pggunaan nama 'ALLAH' dlm majalah Kristian Herald Tribune.
2)11.30pg-Berkumpul d hdpn rumah TYT PP,serah memorandum kpd TYT & minta majlis Raja2 + tgn.Jemput Beramai2.

default

Kemarahan umat Islam yang menentang nama Allah masuk gereja

on Friday, January 1, 2010 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan
milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya,"
jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini."
oleh : haprak daily



Walaupun tidak ramai umat Islam yang hadir membantah mengutuk tindakan mahkamah membenarkan Majalah Herald menggunakan perkataan ALLAH , tetapi ini pejuang Islam yang sebenar seperti mana ketika membantah juga forum kontroversi oleh BAR Council dulu.

Ini umat Islam yang hadir bukan seperti puak2 PAS yang sanggup melacurkan agama Islam dan kalimah Allah hanya kerana mahu sokongan politik . Mereka yang hadir ini adalah umat Islam yang rasa ada tanggunjawab terhadap agamanya dan akidah umat Islam di Malaysia agar tidak jadi seperti di Indonesia .



Video demo bantah keputusan nama Allah boleh dibenarkan masuk gereja ini di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat.



Video ini adalah ketika Datuk Seri Zahid Hamidi memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Agama Islam sedang berucap. Datuk Seri Zahid memberi laluan kepada Ustaz Taib Azamuddin atas dasar beliau sebagai bekas Imam Besar Masjid Negara untuk menjelaskan tentang penggunaan perkataan Allah.

Setelah hujah panjang lebar dan nas-nas yang dikemukakan oleh Ustaz Taib, kelihatan Khalid Samad masih lagi tidak berpuashati dan beliau tetap ingin mempertahankan agar perkataan Allah dapat digunakan di gereja.


Inilah sebenarnya muka2 pemimpin PAS yang mahu gadai Agama Islam dan sepatutnya mereka ini tidak patut berada di dalam PAS . Mereka ini meletak kepentingan politik lebih dari kepentingan agama. Selagi mereka berdua terus bersama PAS ,maka selagi itulah nama PAS akan turut sama terpalit sebagai parti yang menyokong tindakan gereja menggunakan perkataan Allah. Patut lah JAIS tidak mentauliah Khalid Samad untuk berceramah di Selangor kerana dia ni kalau berceramah boleh mengelirukan umat Islam .


Baca juga di sini pautan isu kalimah Allah ini !!!

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2010/01/jangan-biarkan-nama-allah-tercemar-dan.html

http://theunspinners.blogspot.com/2010/01/mystery-taib-atau-erdogan-siapa-pas.html

http://warisan2057.blogspot.com/2010/01/pabila-allah-sudah-boleh-masuk-gereja.html

http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2010/01/isu-allah-kristian-natrah-ke-2.html

http://www.drkhir.com/2010/01/nasib-islam-di-malaysia-bila-melayu.html

KESAN-KESAN DISEBALIK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH GEREJA

oleh : che wan

Cuba kita bayangkan jika suatu hari nanti kita dihidangkan dengan ayat "Jesus anak Allah" dan juga "Mary itu wanita pilihan Allah" didalam bible digereja-gereja seluruh negara. Apakah ini tidak menimbulkan kekhuatiran didalam hati sanubari kita?

Bagaimana pula jika generasi muda kita di khabarkan, "Jika kita berdosa kepada ALLAH, jumpalah paderi di gereja untuk pengampunan" ?

Apakah ayat sebegini tidak mengelirukan pemikiran umat Islam terutamanya anak-anak muda muslim yang masih didalam proses mengenal Allah SWT?

Sekalung tahniah buat parti Pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini.

Selepas ini, jangan pula hairan jika kita melihat tulisan GEREJA ALLAH bagi menggantikan House Of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara.


Ini dia Bapa Pejuang Gereja sebenar

default

NGO Islam bantah keputusan isu kalimah Allah

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


NGO juga dulu yang menentang Forum kontroversi
anjuran BAR Council







KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kerajaan digesa mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam.

“ABIM juga memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk menghentikan segera polemik penggunaan kalimah Allah ini.

“Gesaan ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja-raja Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Mohamad Raimi berkata, keputusan itu tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini.

“Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau autoriti agama Islam adalah tidak sah,” katanya.

Timbalan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang pula berkata, keputusan itu bukan sahaja satu pukulan yang hebat terhadap agama Islam.

Menurutnya, PGSM tetap berpendirian perkataan Allah hanya eksklusif kepada penganut Islam.

“Bagaimanapun, PGSM akur dengan keputusan tersebut kerana menghormati mahkamah, namun akan mengkaji keputusan itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk membawanya ke mahkamah yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim, Muhamad Burok turut kecewa dengan keputusan itu dan mahu kerajaan mengambil langkah sewajarnya kerana perkataan Allah bukan satu mainan terutamanya untuk orang bukan Islam.

Menurutnya, perkataan Allah ditauhidkan sebagai ‘satu’ dan bukannya tuhan seperti yang difahami orang bukan Islam.

“Umat Islam memahami penggunaan perkataan Allah mengikut syahadah iaitu Allah adalah satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah dan ini bertentangan dengan pemahaman orang bukan Islam,” katanya.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, keputusan itu dilihat bertentangan dengan undang-undang yang terdapat di 10 negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

JIM berasakan perlu penglibatan Mahkamah Syariah dalam isu melibatkan penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan bersama KDN untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Menurutnya, dalam konteks masyarakat Malaysia dan Melayu, kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang hanya merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja.

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps