Debat Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia

on Monday, October 27, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments



Setelah Dato Seri Khir cukup pencalonan semalam berjaya mengikuti KJ dan Muhkriz bagi pertandingan Ketua Pemuda pada Mac ini . Cadangan yang baik oleh KJ untuk mengadakan debat antara ketiga-tiga calon ini mendapat reaksi berbeza dikalangan calon iaitu Muhkriz tidak bersetuju dengan debat ini . Saya puji Dato Seri Khir dengan berani menyahut cabaran untuk berdebat tetapi calon yang menggunakan tagline Berani Berubah takut untuk berdebat .

Adakah beliau takut untuk berdebat dengan menggunakan kekuatannya sendiri @ hanya berani dengan slogan ??? Saya mahu lihat Muhkriz tidak terlalu dibayangi sangat pengaruh bapanya dan cuba berdiri dengan usaha dan kekuatannya sendiri malah tidak perlu tunggu green light dari bapanya untuk berdebat .Jika Rais dahulu pernah berkatan Muhkriz mempunyai auranya tersendiri kini kita mahu lihat aura itu .

Reaksi pemimpin UMNO mengenai debat

BUKAN NAK GADUH …Khairy Jamaluddin kata debat terbuka yang dicadangkannya bagi calon-calon Ketua Pemuda bukan bermaksud untuk ‘ cari gaduh ’ tetapi ruang bagi mereka menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.Katanya pada para wartawan di Majlis Rumah Terbuka MIC di Kuala Lumpur Isnin debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib.Beliau enggan ulas Datuk Mukhriz Mahathir tidak mahu sertai debat dan terima kasih pada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana sahut cabarannya – 27/10/2008


BERANI BERUBAH... Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Malim Muhammad Yadzan Mohamad mahu Datuk Mukhriz hayati slogannya sendiri “ Berani Berubah” dengan berani berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo."Berani jangan hanya pada slogan",katanya pada Agendadaily sebagai mengulas kenyataan Mukhriz tak setuju diadakan perdebatan antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Beliau tidak nampak pemilihan soal dalaman parti harus dijadikan alasan.- 27/10/2008

NAK TAKUT APA???.... Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya (Yob) mahu debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO dibuat secara terbuka.Katanya ini zaman siber apa perlu tutup-tutup.Lagipun katanya kewibawaan pimpinan UMNO melibatkan seluruh rakyat Malaysia bukan saja ahli UMNO."Di Amerika setiap kali pemilihan Presiden diadakan debat secara terbuka dan live...semua orang boleh tengok dan menilai sendiri...apa yang perlu kita takut",tegasnya.- 26/10/2008


INI PULA PANDANGAN SHAHIDAN...
Bekas Menteri Besar Perlis itu juga tak setuju debat terbuka antara calon-calon jawatan tertinggi UMNO.Namun katanya ia boleh diadakan secara tertutup kepada para perwakilan yang faham apa erti debat itu.Shahidan menilai trend menunjukan debat terbuka boleh membawa kepada perpecahan.Beliau juga mengajak para ahli UMNO kembali ke jalan agama bagi mengukuhkan lagi parti- 26/10/2008

REAKSI DEBAT... Dalam ulasan pada pendirian Datuk Mukhriz tak setuju debat terbuka...Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob kata pada Agendadaily debat antara calon-calon Ketua Pemuda boleh diadakan secara tertutup khusus untuk para perwakilan sahaja.Katanya kenal calon adalah satu soal lain tetapi para perwakilan juga nak tahu apakah wawasan mereka untuk pergerakan itu dan sebagainya.Kata Khairuddin hal ini perlu dihuraikan secara jelas.- 26/10/2008


APA MASALAHNYA???....
kata Ketua Pemuda UMNO Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman mengenai debat terbuka antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Katanya kalau tak setuju secara terbuka ia boleh dibuat secara tertutup antara para perwakilan.Rozabil hairan kenapa Datuk Mukhriz menolak cadangan Khairy nak berdebat kerana menggangap ia soal dalaman parti.Katanya apa bezanya dengan kenyataan-kenyataan kritik pimpinan dan sebagainya yang dibuat secara terbuka oleh Mukhriz sebelum ini- 26/10/2008



NO PROBLEM... Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sambut cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara mereka bertiga (+ Datuk Mukhriz ) yang sudah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia." Tiada masalah...saya sedia turut serta,"katanya kepada Agendadaily petang Ahad.Beliau juga setuju debat itu dianjurkan oleh Agendadaily.com- 26/102008

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang, Zainuri Datuk Zakaria:

“Apa yang susah sangat nak debat? Bukankah ia baik untuk percambahan minda?Selain itu ia juga akan mengajak masyarakat berfikir… UMNO harus mempelopori perubahan kearah globalisasi. Ini sebahagaian daripada anjakan paradigma yang UMNO harus juarai…selain keluarkan di TV, sebaik-baiknya debat ini perlu diadakan di negeri-negeri, biar perwakilan mendengar sendiri. Kalau soal bekerja, ramai orang yang boleh bekerja tapi ini politik, kita perlukan bukan sahaja orang yang mampu bekerja, kita juga perlukan mereka yang cekap berfikir, serta tangkas bertindak…kalau sesama UMNO pun tak berani berdebat, macam mana nak hadap pembangkang. Kita jangan jumud”

Ketua Pemuda Lembah Pantai, Haji Norazmi Mohamedan:

“Saya menyokong pandangan Dato Mukhriz dan Tok Pa mengena isu debat tersebut” (Mukhriz dan Tok Pa (Datuk Mustapa Mohamad) tidak setuju debat diadakan)

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhami Sulong:


“Kita jangan jadi jaguh luar gelanggang. Hari ini gelanggang dah dibuka, silakan berentap dan berdebatlah…apa perancangan, ke mana halatuju, apa pengalaman, apa yang perlu diperbaiki dan yang paling penting sejauh mana kesediaan kita mempertahankan agama, bangsa dan negara…Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga adalah Pengerusi Pemuda BN…Semua rakyat Malaysia bawah 40 tahun nak tahu apakah visi dan misi Pemuda…kita berkira dalam gelanggang…Calon-calon Ketua Pemuda mesti menggunakan kesempatan ini”


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman:


“Ini bukan soal tiru USA, di negara kita anak sekolah pun berdebat (Piala Perdana Menteri), di Universiti (Debat antara Universiti) di Parlimen dah lama kaedah ini diguna pakai. Apa pula timbul soal tiru USA-lah. Tak nak masyarakat tahu hal dalaman partilah, ini tak ada kena mengena dengan hal dalaman parti. Masyarakat mahu dengan visi pemimpin muda yang bakal menrajui negara. Masyarakat juga ada hak kerana akhirnya mereka juga akan memilih kita bila tiba pilihan raya…teruskan debat ini”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Irwan Zulkefli:

“Ahmad Nisfu kata ..jangan takut…lawan…! Jadi apa tunggu lagi. Shabery Cheek yang yang tidak Pemuda pun berani berdebat dengan DSAI, ini koma (istilah Perak untuk awak) Pemuda sama Pemuda pun nak ngelat (istilah Perak untuk elak diri)… kalau minta lawan cakap pun koma tak berani, jangan ceritalah soal mempertahankan ugama dan negara, rentikan je lah…”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong yang juga calon Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia, Ramli Simbok:

"Saya amat bersetuju debat antara calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia diadakan bagi memberi ruang yang seluas-luasnya kepada para perwakilan yang rata-rata 80 persen orang baru menilai siapakah pemimpin yang benar-benar layak dipilih. Perwakilan perlu didedahkan segala maklumat mengenai calon. Ia juga bertujuan elak penyalahgunaan wang bagi memenangi kerusi tersebut. Soal risiko tak timbul kerana hal yang sama turut dilakukan di negara-negara maju. Kita tidak mahu Ketua Pemuda dipilih atas dasar populariti tetapi hingga terlupa yang berkualiti”

Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Nasarah:

“Kalau Pemuda UMNO mahu berperanan sebagai badan yang mewakili generasi muda dalam negara ini, kita perlukan pemimpin yang punyai kehebatan dalam segala bidang termasuk kepetahan berhujah. Sebab itu kita sokong debat diadakan dalam soal pemilihan pemimpin Pemuda UMNO. Kerana dalam situasi kini, untuk memperlihatkan Pemuda UMNO hebat, Pemuda bukan hanya sekadar hebat dan mewakili generasi muda dalam kelompoknya sahaja tapi mesti dilihat hebat dan memperjuangkan kepentingan keseluruhan generasi muda Malaysia. Pemuda UMNO mesti dibawa berada di tengah-tengah orang muda dan memperjuangkan kepentingan mereka. Jesteru, debat membolehkan penilaian dibuat oleh keseluruhan generasi muda. Alasan ia boleh memburukkan parti adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana sebelum ini kenapa kita tidak berkata demikian apabila pelbagai kritikan secara terbuka yang mendedahkan kelemahan pemimpin dan parti kepada umum?”

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Tajudin Ahmad:

“Sokong debat diadakan. Orang dalam belia pun nak tahu hala tuju kepimpinan Pemuda UMNO. Debat bukan nak cari salah tapi kita mahu lihat kepimpinan muda yang berkarisma dan debat adalah salah satu cara untuk lihat perkara itu”

Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia (era 80-an)

“Saya cadang debat di tukar bentuk forum untuk calon-calon Ketua Pemuda UMNO. 3 calon menjadi ahli panel. Kalau saya boleh terlibat sama, saya nak tanya 3 soalan saja iaitu halatuju kepimpinan Pemuda, usaha untuk kembalikan idealisme perjuangan Pemuda dan apakah pendirian mereka terhadap hak Melayu yang semakin dicabar”

“INI SUARA DR MAHATHIR ...Beliau berpendapat debat pemilihan calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO tidak perlu diadakan kerana ia tidak beri sebarang kesan. Katanya, apa yang didebatkan hanya berkisar soal parti dan bukan negara. Kita juga belum sampai ke tahap Amerika Syarikat, katanya – AgendaNews”

“INI UJIAN...Ketua Pembangkang DUN Kelantan D Alwi Che Mat setuju debat terbuka dibuat tetapi harus terkawal kerana itulah ujian kebijaksanaan pemimpin. Namun katanya, tidak semua perkara dapat diselesai melalui debat khususnya perkara sensitif yang libatkan agama dan kaum. Dalam pada itu ADUN Benut yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian D Hasni Mohamad cadang debat kepimpinan Pemuda UMNO diadakan di kampus dahulu sebagai langkah awal atau 'test case' – AgendaNews”

“TERTUTUP OK...Calon Naib Presiden DS Khaled Nordin kata, siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO 2007 patut dijadi iktibar sebelum debat terbuka pemilihan UMNO hendak diadakan. Sebab itu perlu ada kebijaksanaan dan kalau nak buat perbahasan, kena buat secara tertutup dan bukannya secara terbuka, katanya – AgendaNews”

“Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sokong diadakan debat terbuka sebagai satu cara pemilihan pemimpin dalam Umno.Katanya di Kapit,Sarawak hari ini pendekatan itu akan bolehkan orang ramai menilai personaliti calon, tahap kebijaksanaan, kekuatan dan paling penting, kewibawaan.-Agendanews”

“SOKONG…Calon Naib Ketua Pemuda UMNO, D Reezal Merican sokong agar debat dianjurkan bagi calon2 Ketua Pemuda UMNO. Biarlah namanya debat atau bicara politik asalkan ia tertib dan berhemah, katanya. Beliau kata demikian sebagai ulas polemik cadangan debat yang timbulkan reaksi ada yang setuju dan tak setuju – AgendaNews”

“TAK SETUJU......Ketua UMNO Bahagian Paya Besar,Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin pula kata penonjolan melalui debat tidak akan bantu pemilihan pemimpin yang tepat.Menurutnya malah ia boleh melindungi kewibawaan sebenar calon dan debat hanya berkesan jika ia melalui tapisan intregriti calon dulu-Agendanews" - 29/10/2008

DATUK MUKHRIZ TAK SETUJU DEBAT ...katanya di Alor Star Ahad debat terbuka akan menyulitkan usaha mengukuhkan parti kerana isu-isu yang berbangkit semasa debat itu akan disensasikan oleh pihak pembangkang.Mengulas cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO,Mukhriz menggangap pemilihan itu adalah soal dalaman parti.Lagipun katanya ahli-ahli parti sudah kenal calon-calon dan cukup matang untuk buat keputusan yang betul.- 26/10/2008


Pemuda Kepala Batas calonkan Khairy, Reezal
27/10/2008 1:15pm


KEPALA BATAS 27 Okt. – Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang juga Exco pergerakan Pemuda UMNO pula dicalonkan secara sebulat suara bagi jawatan Naib Ketua.

Persidangan tersebut menyaksikan Reezal Merican menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian selepas penyandangnya, Datuk Ahmad Darus mengosongkan jawatan setelah dilantik sebagai Setiausaha UMNO bahagian itu.

Nor Faiz Hassan yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian itu pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua. - Utusan


19 Responses

  1. kata berani berubah ??? apa yang hendak diubah ?? kita mahu dengar..masuk la debat . jangan hanya berani tulis surat shj suruh Presiden UMNO letak jawatan .

    Muhkriz ni berani dengan kalau ada bapanya kot ..hehe mesti minta pendapat bapa dia dulu untuk masuk debat ni .

  2. Anonymous says:

    saya setuju .. jom kita ramai -ramai cabar Mukhriz sahut seruan KJ.

  3. ahlang says:

    jom laa berdebat..
    kater 'berani berubah'
    tak kan debat pun x berani...

    sahut cabaran...
    jgn malu kan anak melayu 'berani berubah'

    salam setiakawan
    http://perigijernih.blogspot.com
    -ahlang-

  4. Satu kerja yang tidak berfaedah. berdebat untuk pilih Ketua Pemuda. Tapi kalau berdebat dengan puak pembangkang saya setujulah.

  5. ahlang says:

    en taipingmali...

    aper yg x faedah nyer..
    heehheh
    debat ngan pembangkang dah sudah...

    kita debat lak sal Ketua Pemuda..
    jgn laa takot 'berani berubah'
    ahaks...

    debat jer.. bukan maki hamun pun..
    kan kita negara demokrasi...

    salam setiakawan
    http://perigijernih.blogspot.com
    -ahlang-

  6. Anonymous says:

    selamatkan lagu kebangsaan kita. ada kumpulan mahu menghinanya di sini www.musicforum2007.blogspot.com.
    bgtau teman2 yang lain minta support supaya lagu kebangsaan kita tak dimalukan lagi.

    - nasionalis

  7. Anonymous says:

    aku rasa Mukhriz akan akur dengan desakkan ahli Umno untuk berdebat. kalau kerana menjaga imej keluarga yg jadi alasan. Buat secara tertutup yang penting jangan biarkan orang hina Mukhriz kerana duduk di bawah ketiak bapak. Ketakutan seperti tikusss.

    ---------------------------------

    http://syokmymode.blogspot.com

  8. debat ini bukan nak gaduh @ menyerang peribadi .Kita berdebat mengikut tertib dan ada pengerusi spt Dato Johan Jaafar yang akan mengawal .Berdebat ini lebih kepada menyampaikan visi dan misi untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.


    apabila orang luar melihat debat ini diadakan ,baru la orang nampak UMNO ini terbuka dan demokrasi. saya rasa ramai generasi muda setuju dengan debat ini .Jika kita mahu remajakan UMNO ,UMNO perlu lebih menjadi parti yang mengikut aspirasi golongan muda.

    Say juga hairan melihat pemikiran sempit seperti Menteri Pertanian Dato Pa dan Shahidan yang tidak setuju diadakan debat ini diadakan merupakan langkah yang ke belakang dan kuno . Survival UMNO sekarang bergantung kepada golongan muda dan UMNO perlu berubah dan langkah untuk berdebat ini adalah tepat untuk kita menilai calon untuk mengetuai Pemuda

  9. Cheguman says:

    Assalamualaikum,

    Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

    http://deklarasijandabaik.blogspot.com

    Satu usaha memartabatkan para bloggers dengan menjejak dan mengumpulkan para sahabat untuk berjuang.

    Terima kasih.

  10. "debat ini bukan nak gaduh @ menyerang peribadi .Kita berdebat mengikut tertib dan ada pengerusi spt Dato Johan Jaafar yang akan mengawal"

    PA LA YG SINGKAT SGT..TGK LA PA JD PD SHABERY BIBIR..DH LUPA KAH??

    DAH ORG XNK XPAYAH LA NK KECOH2..

    KLU BT FORUMKN LEBIH BAGUS..
    NK DEBAT APA??NK BODOH2 KN ORG MCM BUAT MYTEAM DL..DH DPT JAWATAN DLM FAM..CUKUPLA..KE MANA PEGINYA BUDAK2 DLM RNCANGAN MYTEAM 2..

    NI SUMA POLITIK BANGSAT

  11. Cadangan agar kerajaan menarik balik syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam sejenis "tekanan politik MCA ke atas Umno ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini," kata Pemuda PAS.

    "Dengan jumlah kerusi (BN) yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar-menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka," kata Salahuddin Ayub, mengulas cadangan naib presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai kelmarin.

    Desakan parti-parti komponen BN semakin lantang menekan Umno, tambah ahli parlimen Kubang Kerian, setelah Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada BN bulan lepas.

    "Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk India, UPKO pula mendesak supaya hak bebas keluar daripada Islam, manakala Gerakan mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini.

    "Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera dihapuskan," tambahnya.

    "Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan selain mencetuskan api perkauman.

    "Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

    "Senjata yang paling baik ialah membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi."

    *** Umno nampak diasak depan dan belakang oleh komponen BN..Umno perlu tegas dlm pertahan hak org Islam dan Melayu

  12. Anonymous says:

    Hadi , kalau yang penakut tak payal nak cakap apa lagi .Selagi duduk bawah ketiak bapa memang susah la nak keluar dari kepompong la jwbnya .

    Debat ini bukan nak serang peribadi ke cuma nak ketengahkan visi,misi dan wawasan yg dibawa untuk dipilih menjadi Ketua . kita tidak mahu lagi ke belakang zaman Tun lagi ,debat adalah cara terbaik untuk menilai pemimpin .bukan hanya guna duit ja untuk jawatan ..

  13. Apa yang susah sangat nak debat?

    Bukankah ia baik untuk percambahan minda ?Selain itu ia juga akan mengajak masyarakat berfikir…

    UMNO harus mempelopori perubahan kearah globalisasi. Ini sebahagaian daripada anjakan paradigma yang UMNO harus juarai …

    Kalau soal bekerja, ramai orang yang boleh bekerja, tapi ini politik, kita perlukan bukan sahaja orang yang mampu bekerja, kita juga perlukan mereka yang cekap berfikir,agresif,bijak serta tangkas bertindak…kalau sesama UMNO pun tak berani berdebat, macam mana nak hadap pembangkang yang lebih hebat berhujah seperti DSAI,saifudin nasution,Mahfuz..

    Kita jangan jadi jumud dan pemikiran sempit

  14. itu la masalahnya..

    zaman P.LAH ni byk sgt bercakap kerja x jalan..terlalu byk ckp

    asal je org bleh bercakap je 2 lah pmimpin..jgn lupa ANWAR..pemidato terhebat di Malaysia..sbb 2 la benda yg salah bila pandai bercakap terus jd betul..kerna org yg jujur bercakap atas fakta bukan outa

    sama la mcm kat mahkamah..peguam bela pandai putar..penjenayah pn boleh terlepas..

    jd kita nk yg mcm mana pndai berckp tp pengkhianat atau sebaliknya?

    stakat pmimpin yg pandai ckp mcm DSAI,saifudin nasution,Mahfuz 2 sumanya ckp byk pusing..klu pemimpin kita xpndai berhujah pn klu kerja nya betul CNFIRM bleh pangkah punye..

    1 lg klu nk tuduh MUKHRIZ atau sapa guna politik wang lapor la kt BPR bersama bukti..stakat menyalak dlm blog ni budak kecik pn boleh..

    komen pandai tp xda susulan..xheran la klu org dulu berborak dari pg smpai mlm kt kdai kopi..pi mai tang tu gak

    nk bt mcm mana MELAYU MUDAH LUPA

  15. http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=544&Itemid=53

  16. OK kalau zaman Pak lah semua orang banyak bercakap ..bagus ada keterbukaan dan semangat demokrasi.Zaman Tun ,dia seorang je cakap yang lain semua Yes Man ..dia kan diktator @ seperti MSO gelarkan Mahafiraun .

    Ciri2 pemimpin adalah kemampuan untuk berhujah ,kalau setakat hendak buat kerja sapa pun boleh .You lihat sendiri Anwar ,kemampuan berhujah dia telah berjaya memukau orang semasa PRU 12 dan ramai orang tahu dia mmg cakap auta ja tetapi kenapa orang tertarik untuk dengar ceramahnya ..

    Cadangan Dato Seri Khir dalam rancangan Hujah di TV9 menarik iaitu dia menyarankan lebih banyak forum dan debat dalam UMNO kerana beliau melihat perlunya kita mendengar pendapat dan pandangan orang muda. Orang generasi muda sekarang lebih tertarik kepada ini tetapi pemimpin lama dalam UMNO masih berfikiran ke belakang .itu yang Musa Hitam cakap UMNO sudah terlalu tua .

    tak pa la kalau Muhkriz tak mahu berdebat ,kita tak boleh paksa. sudah bapak dia tak green light nak buat macamana.

  17. antara salah 1 sbb jdnya masalah bangsa lain kurang ajar ngan bangsa kita ni adalah KETERBUKAAN yg di berikn oleh P.LAH..

    btul mmg ia demokrasi..tp MALAYSIA ni xboleh diberikn semua org bercakap..masih ada yg perlu disekat..kita ni bkn AMERIKA..suka hati je bleh ckp..

    mngkin bngsa melayu boleh berlapik bila berckp..tp pd kaum lain??lihat la apbila HINDRAF,DAP,MAJLIS PEGUAM,TERESA KOK,GERAKAN DAN YG TERBARU PENGHAPUSAN EKUITI 30%..
    SLPS NI PA LG YG DIORG NK BANGKITKN..

    APAKAH JADAHNYA??SEMUANYA BERPUNCA DARI KETERBUKAAN..DAN KONONNYA DEMOKRASI..NNTI BILA DH BERPECAH2 KEPALA BARU LA MENYESAL..

    1 contoh wlaupn xbleh di bndingkn dgn negara kita ialah IRAQ..sejak kejatuhan SADDAM..negaranya smakin kucar kacir..peperangan antara sunah dan syiah smakin menjadi2..AMERIKA pn xbleh nk kawal..

    benar SADDAM merupakan diktator tp jika 2 yg terbaik bg negaranya..rasanya semua org hidup aman..tnpa pertumpahan darah sesama rakyat..bkn kah 2 lebih baik??


    siapa kata bekerja sbg pemimpin itu sape pn bleh buat..mmg mudah bila berckap..tp bila diberi lngsung xbleh buat..

    bila diberi tnggungjawab oleh rakyat kita umpama telah berjanji..pemimpin adalah imam kpd rakyat..sekiranya keje yg salah n x amanah jatuh hukumnya haram gajinya..tanggung sendiri la akibatnya!!!

    x salah pn klu nk berdebat??xda sape pn kata debat x bagus cuma biarlah tertutup lbih elok..atau pn berforum atau wawancara lebih relevan..

    bila nama pn berdebat masing2 akan menunjukkan dia yg menang(contoh shabibir n anwar yg di kawal oleh dato johan)..sudah tentula kpd yg pndai putar belit..sbb cite putar belit ni lg sedap didgr..

    KHAIRY NI MMG BIJAK..SBB 2 LA AJAK MUKHRIZ DAN KHIR TOYO YG KURANG PETAH MCM DIA BERDEBAT..

    KRNA DR SITU DIA DH BLEH MNANG N STRUSNYA MENAMBAH SOKONGAN..sbb DIA TERDESAK..

    MARI KITA BERDOA AGAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI ALIHKN KPD TARIKH ASAL DISEMBER INI..INSYALLAH ORG YG BENAR DITUNJKKAN JLNNYA

  18. mngkin bngsa melayu boleh berlapik bila berckp..tp pd kaum lain??lihat la apbila HINDRAF,DAP,MAJLIS PEGUAM,TERESA KOK,GERAKAN DAN YG TERBARU PENGHAPUSAN EKUITI 30%..
    SLPS NI PA LG YG DIORG NK BANGKITKN..

    APAKAH JADAHNYA??SEMUANYA BERPUNCA DARI KETERBUKAAN..DAN KONONNYA DEMOKRASI..NNTI BILA DH BERPECAH2 KEPALA BARU LA MENYESAL.

    saya setuju denga hadi tentang ini dan keterbukaan ini telah disalahgunakan oleh pihak opportunist spt pembangkang. tetapi pendapat saya la zaman sekarang tak perlu sekat2 orang bercakap kerana zaman sekarang di dalam internet ,you tube semua berita boleh tengok .

    cuma UMNO perlu berani untuk berhujah balik @ kita tetap dengan dasar utama iaitu menjaga hak orang melayu dan islam . Kita tidak perlu tunduk dengan mereka seperti apa Najib buat minta maaf dgn kaum cina. kita tgk lian hoe ada ke minta maaf balik kpd orang melayu???

    debat boleh diadakan tertutup pun tidak apa ..dan ia dihadiri hanya ahli perwakilan UMNO . KJ bukan terdesak @ bijak dengan mengajak untuk debat tetapi saya rasa ini langkah terbaik untuk elak politik wang . Biar perwakilan menilai sendiri calon mana yang dirasakan terbaik .

    saya Pehimpunan tak perlu bulan Disember ini ,bukan sudah dipersetujui MAC 2009 .tak sabar lagi ke Muhyidin nak kerusi Timbalan Presiden ..jangan la gelojoh dan tak sabar sangat ,kalau Allah sudah tentukan Muhyidin dapat Timbalan Presiden,insyallah tak ke mana ..seperti Pak lah mana nak disangka akan menjad PM yang dipilih oleh Tun sendiri .Ini semua takdir ALLah ..

  19. Anonymous says:

    Anwar hebat berhujah sebab tu anwar dapat perhatian...malangnya bila kita nak mantapkan artikulasi pemimpin muda kita marah.

    sedangkan benda ni tidak ada ( baca : kurang sangat ) pada pemimpin kita..

    pernah dengar Datuk Malek Munip berceramah ? katanya ada PM Singapura diberi kursus 6 bulan belajar cara berartikulasi dgn betul dan mantap.

    kita ?

    Sokong debat utk rakyat pro atau anti Umno melihat bakal pemimpin mereka.

    Berani berubah ? hahaha retorik bolehlah...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.