Ada unsur Sabotaj utk KJ

on Sunday, October 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Dalam suasana pemilihan ini, berbagai cara dicuba untuk menjatuhkan calon-calon yang bertanding dan berbagai cara juga dicuba untuk menyekat penyokong calon berkenaan dari bermesyuarat agar tercetus kekecohan dan terus menyekat bahagian berkenaan memberikan pencalonan kepada calon yang disokong. Berbagai usaha telah dilakukan kepada bahagian-bahagian yang menyokong Khairy Jamaluddin, antaranya adalah di Sabah, Johor dan juga di Kelantan. Ada pihak yang cuba mengupah orang membuat kacau bagi membatalkan bahagian yang menyokong Khairy.

Khairy menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian di seluruh negara didalangi kumpulan yang diupah pihak tertentu bagi mencetuskan ketegangan untuk memalukan institusi itu. Katanya beliau menerima beberapa laporan daripada Pemuda Bahagian wujudnya kumpulan yang diupah pihak tertentu yang semata-mata datang bagi mengganggu dan menimbulkan kekecohan.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan akan pastikan ia tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kekecohan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Rantau Panjang, Kelantan, semalam sehingga Unit Tindakan Ringan (LSF) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dipanggil bagi menenangkan keadaan. Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian ini. Saya dimaklumkan peringkat awal, ada satu kumpulan yang tidak puas hati tetapi telah di hasut untuk mengganggu gugat perjalanan mesyuarat Pemuda”.

“Perbuatan ini memalukan institusi Pemuda dan mengaibkan pemimpin. Ia adalah satu yang tidak sihat. Kalau hendak bertanding, ikut ah lunas demokrasi…akhirnya yang malu adalah institusi Pemuda Umno sendiri,” katanya.


p/s dalam apa2 pertandingan pun mesti ada yg BERANI MAIN KOTOR bukannya BERANI BERUBAH pun . kes di Rantau Panjang aku ada dengar Ketua Pemuda dia cakap mereka ini penyokong kepada ketua mereka yg digantung keahlian UMNO dari AJK sehingga ketua Bahagian . Insyallah jika KJ ditakdirkan menjadi Ketua Pemuda maka segala rintangan dan halangan itu oleh musuh2nya maka tidak terjadi juga.


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Ait, yg aku tau Khairi yg dok bg rasuah. Mcmana dia nak siasat? Bengap la blog ni. Semua orang menyampah ke Khairi, hang dok nak puji dia. Kalau khairi menang, alamat PRU13 confirm milik DAP .

    Ubahlah fikiran tu... fikir baik baik kenapa orang semua menyampah kat Khairi.

  2. itu la muhkriz kem muhkriz dok merasuah hangpa wat bodoh ... aku tidak bengap dan aku menyokong KJ bersebab ..seperti Anwar berjuang kerana bersebab.

    aku hairan melihat kau begitu cetek ilmu .Sekarang ini MP parti mana paling banyak di Parlimen ?? UMNO bukan .Macamana hang boleh cakap PRU 13 milik DAP .

    aku tidak suka kepada Muhkriz bersebab iaitu kebiadapan mulut dia itu menyalak cukup besar sangat menyuruh Pak Lah resign selepas PRU 12 .SIAPA MUHKRIZ ??ANAK BAPAK BESAR UMNO KE ?? BARU MENANG MP JERLUN SUDAH BESAR SANGAT KE ??? APA JASA DAN SUMBANGAN KEPADA UMNO SEHINGGA MELAYAKKAN HANG MENYURUH PAK LAH MELETAK JAWATAN ???

    ini contoh tidak baik bg seorg pemimpin Pemuda untuk berjuang dalam UMNO .Sudah biadab kepada pemimpin sendiri .

  3. ahlang says:

    salam pejuang melayu...

    syabas diatas prinsip anda..
    terus kan berjuang...
    usah gentar...

    pantang anak melayu gentar...

    salam setiakawan
    -ahlang-
    http://perigijernih.blogspot.com/

  4. Mahathirlah sebenarnya yang memporakporandakan UMNO, tapi ahli2 UMNO kata DSAI yg punca orang Melayu berpecah. Mahathir sbenarnya nak hapuskan KJ pasal dia IRIhati dengan keistimewaan KJ (katanya) yang sama tarafnya thinking dia. Mahathir terpaksa membelasah PakLah untuk kepentingan kesnimbungan anaknya Mukhriz. Bukan untuk kepentingan bangsa Melayu atau UMNO. Sekarang bila PakLah dah goyang, dia rasa KJ dah x ade tempat untuk bergantung, Mahathir dah mula nak tunjuk simpati pada UMNO dan nak masuk semula UMNO.. mana keikhlasannya????? KJ adalah aset UMNO sebenarnya...

  5. APA PLAK JASA DAN SUMBANGAN KHAIRY SAMPAI JADI NAIB PRESIDEN PEMUDA TANPA BERTANDING??

    BIASANYA SENANG NAIK SENANG LA TURUN..

    BTUL LA pejuang melayu MUKHRIZ RASUAH LA,PATUTLA PENCALONAN MUKHIRIZ JAUH SGT MENINGGALKAN KHAIRY,SILAP2 KHIR TOYO PN POTONG KHAIRY..MSTI TOYO PN RASUAH KN??

    KLU MCM 2 PA LG SUH LA KHAIRY RASUAH..NK BT MCM MANA BYK BHGIAN SUKA MAKAN RASUAH..

    TAPI XPA SEMPAT LG NK BG RASUAH 3-4 BULAN LG..CNFIRM LA KHAIRY BLEH MENANG..DUIT BYK..KLU X XKN LA BELI ECM LIBRA X HUTANG..

  6. Anonymous says:

    Bunga Raya berkata,
    Aku bukan lagi Pemuda UMNO.
    Aku Ketua Pemuda UMNO Bahagian 1987. Lepas tu UMNO diharamkan. Apabila UMNO dihidupkan semula, aku tidak lagi menjawat jawatan Ketua Pemuda. Aku sudah naik ke Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Jadi aku sedikit sebanyak memiliki pengalaman dalam kepimpinan Pemuda.
    Time aku, Najib selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
    TDM sebagai PM Malaysia. Presiden MCA menjadi Pengerusi BN sekejap pun time aku diantara UMNO dan UMNO ( baru ).
    Antara Mukriz dengan KJ aku rasa KJ lagi baik. Suara beliau lantang memperkatakan tentang Rasuah, Penyalahgunakan kuasa, kemalasan jentera kerajaan dan berbagai-bagai lagi dalam kerajjaan yang beliau luah serta utarakan. Saban kali perhimpunan agung UMNO, KJ pasti bising tentang perkara ini. Mana Mukriz ketika itu? Diam dan tidak bersuara. Beliau hanya nampak apakala beliau suruh Pak Lah berhenti dari jadi PM. Satu kebiadapan dari seorang yang baru saja bergelar YB. Kemudian adalah sekali-sekala beliau kenampakan di Acheh dan di Palestine. Sudah tentulah mewakili Pemuda bagi membantu orang yang dilanda musibah ditempat tersebut. Yang ini Ngo's pun boleh buat. Tapi yang buta aku terkilan ialah kelancangan mulutnya menghentam Pak Lah dan menyuruh Pak Lah berhenti dari PM.
    Jika kau masih Pemuda, sudah barang tentu aku akan kempen kuat untuk KJ. Bukan kerana beliau anak menantu Pak Lah. Tapi kerana beliau sama jiwanya dengan generasi muda yang inginkan perubahan dan pembaharuan. Kalau mahu melihat Mahafiraun baru sokonglah Mukriz. Aku boleh rasa 90% nasihat bapanya akan digunapakai dalam mentadbir Pemuda, jika beliau menang.

  7. kj dah ada bola tanggong isu mca bagi... tunjuk lah dia pejuang melayu. cabarlah mukriz untuk debatkan isu biasiswa jpa tu. dan isu pendatang... bangkitlah kj. nampak kj tak ada isu dan tagline untuk perjuangan... mana budak tingkat 4 yang gaji beribu2 tu... bagi lah idea. hah kalimullah... apa laga rebuttal lah.... bagi nampak kj pejuang melayu ulung pada masakini...kj cabut kris dan cium....baru nampak kj @ kambing jantan!

  8. kita no hal ...aku rasa call 3 orang muhkriz ,KJ ,dan Khir ..kita debat mcm Presiden US..perkenal visi dan misi utk Pemuda jika anda mahu dipilih sbg Ketua. Baru kita tgk siapa yg lebih layak dan mpy karisma...
    Muhkriz asyik dok bawah ketiak bapa dia saja ,wat open house sbg strategi .

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.