Penahanan dua exco Perak bukti penambahbaikan BPR berkesan - PM

on Thursday, August 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KUALA LUMPUR 20 Ogos — Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam mencerminkan langkah yang diambil untuk memperbaiki kemampuan agensi itu sedang membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau gembira kerana BPR kini aktif menjalankan siasatan dan membuat tangkapan hasil daripada penambahbaikan terhadap agensi itu daripada segi pertambahan bilangan pegawai dan kemudahan untuk membuat penyiasatan.

“Sekarang BPR sudah cukup aktif dan saya gembira dengan BPR...kapasiti BPR telah ditambah maka kegiatan mereka telah bertambah.

“Oleh kerana itu apa yang kita lihat pada masa ini adalah hasil kegiatan dan pengawasan yang lebih rapi daripada dulu. Penahanan dua Exco negeri Perak tepat dan timbul daripada penambahbaikan BPR,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-4, di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam dua anggota Exco kerajaan negeri Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan bersama empat lelaki lain oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di Perak.

BPR dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata mereka, yang ditahan juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Seorang anggota Exco yang ditahan itu dipercayai akan dikenakan tahanan reman esok.

Lima suspek yang lain dibawa ke Mahkamah Majisteret Ipoh pada 11 pagi tadi dan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.- BERNAMA.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.