Pemuda Kedah Hantar Lebih 100 Jentera Gempur Permatang Pauh

on Monday, August 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh Haris Razali

Alor Star -- Lebih 100 jentera Pemuda UMNO Kedah akan berkampung di Permatang Pauh bermula Khamis ini bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) berdepan dengan calon PKR pada pilihan raya kecil parlimen terbabit 26 Ogos depan.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Yb Mohd Rawi Abd Hamid berkata jentera terbabit akan membantu jentera setempat dari sudut logistik dan keperluan kempen lain yang akan ditentukan kelak.

Menurut beliau kumpulan terbabit yang terdiri daripada mereka yang cukup berpengalaman dan mahir untuk berdepan dengan parti lawan akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu kemenangan BN nanti.

"Kita sedar dan faham lawan kita kali ini bukanlah calang-calang orang dan tambahan pula kawasan terbabit merupakan kubu mereka. Namun kita akan pastikan kawasan yang ditentukan untuk Pemuda Kedah, kita akan gempur habis-habisan.

"Letaklah di mana-mana kawasan peti undi termasuk kawasan yang dianggap kubu kuat mereka, Pemuda Kedah sudah bersedia untuk memasuki gelanggang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Sabtu ini merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dan 26 Ogos depan merupakan hari pengundian.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu mesyuarat Pemuda cawangan di negeri Kedah berjalan lancar dengan 65 peratus daripada 1,397 Pemuda cawangan telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing.

Menurut beliau lebih 50 peratus Ketua Pemuda cawangan dibarisi muka-muka baru dan selebihnya masih kekal dengan kepimpinan lama.

"Manakala di peringkat Pemuda bahagian yang akan memulakan mesyuarat bulan depan, 9 daripada 15 Ketua Pemuda bahagian akan dipimpin muka baru setelah mereka tamat tempoh sebagai ahli Pemuda.

"Saya berharap mesyuarat pemuda bahagian akan berjalan lancar sepertimana mesyuarat Pemuda cawangan hari ini untuk memastikan jalinan perpaduan di kalangan ahli kita kukuh", katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.